6 Mac 2013

Lajim Ukin: Insiden Lahad Datu - Sandiwara Yang Makan Tuan


SSabak Bernam: Selepas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai 'sandiwara', malam tadi seorang lagi pemimpin pembangkang tampil dengan mengatakan krisis yang telah mengorbankan wira negara itu adalah ‘wayang’ yang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Dataran Sungai Air Tawar, di sini malam tadi, dengan lantang menyatakan bahawa insiden tersebut merupakan ‘wayang’ yang Umno-BN bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah yang mana katanya akan menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada parti pemerintah itu.

“Sekarang ini Lahad Datu sudah hancur...yang mana ini adalah merupakan tanggungjawab kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan.

“Tapi oleh kerana ada wayang yang dimainkan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah, tapi apa yang mereka lakukan ini akan balik makan kepada Umno dan BN,” ujar beliau di dalam ceramahnya.

Katanya lagi, perkara itu tidak akan sama seperti pada tahun 2008 dimana rakyat di Sabah kini sudah mula sedar dan bersedia untuk menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Justeru katanya, ‘wayang’ yang dimainkan kerajaan di Lahad Datu itu tidak akan berjaya di dalam merubah hasrat rakyat di ‘negeri di bawah bayu’ itu untuk melihat perubahan.

“Rakyat Sabah sudah bangkit. Kita pada tahun 2008 kita ketinggalan sedikit dengan rakan-rakan di Semenanjung Malaysia. Sebab Semenanjung Malaysia, Umno sudah kalah... BN sudah hampir kalah... hanya mempunyai kerusi 86.

“Tetapi kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak yang menyumbang 54 kerusi, sebenarnya Umno dan BN sudah ‘habis’ tahun 2008.

“Apa pun berlaku, apa pun mereka (BN) buat, apa pun wayang yang mereka buat di Sabah, wayang tak laku lagi. Wayang tak orang nak tengok lagi. Orang nak tengok perubahan yang akan berlaku dalam PRU ke 13 ini,” tegas bekas Timbalan Menteri Kabinet itu.

Dalam pertempuran Jumaat lepas 12 orang daripada kumpulan penceroboh itu terbunuh manakala dua anggota komando VAT 69 terkorban dan tiga lagi cedera.

Di Semporna, enam anggota polis gugur sebagai wira negara setelah diserang hendap sekumpulan bersenjata manakala tujuh anggota kumpulan itu terbunuh Sabtu lepas. -antarapos

Ulasan GB

GB tertarik dengan satu ulasan di fb:

Bekas Tim Menteri Umno - Insiden Lahad Datu Sandiwara Umno.
Kalau Tian Chua yang bersuara, maka gegak gempita riuh rendah 1Malaysia mengelatat kepanasan...
Ha ha ,, bila orang Sabah bekas Timbalan sendiri yang bersuara dengan nada yang sama Tian Chua... ha ha apa macam?

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dan begitu jugak dengan balu sultan Sulu dakwa bahawa pencerobohan itu hanya Drama. pendapat Kerajan dalam hal ini?

kg senduk bukit gantang berkata...

mana dia mayat penceroboh..... mana dia penceroboh yg masih hidup...penjarakan mereka kalau mereka benar2 bertindak jahat..... jgn sia2kan pengorbanan nyawa anggota keselamatan kita.....

XUMNO berkata...

Sama seperti di Sauk, Al-Maunah. Apabila skrip drama tersasul, maka aktor2nya terpaksa dibunuh atau dimatikan.Pengarahnya akan cuba buat cerita baru.

Tanpa Nama berkata...

lepas ni kita tengok pulak norian mai dgn kuncu2nya buat demo lagi depan patung tugu pahlawan yang telah diharamkan oleh ulama sebagai perbuatan syirik...

Ammy Hassan berkata...

Sementelahan kita bersedih dan "kachiwa" dengan gugurnya perajurit2 kita di Lahad Datu, usaha "mempolitikkan" kemelut Sabah adalah keterlaluan kerana sanggup mempertaruhkan nyawa anggota-anggota keselamatan kita demi mempertahankan kuasa yang ada. Itulah sandiwara UMNO-BN dulu, kini dan selamanya. Dia kata kita "tidak ada hati perut!" Mengorbankan seorang wanita Mongolia kerana berebut wang haram "ada hati perut" ke?

WarFitnah berkata...

Pendapat UMON/BN, senyap???

Sbb apa kami berkata demikian, kerana banyak perkara2 yg berlaku pada insiden Lahad Datu yg boleh dipersoalkan. Contohnya, mengapa terlalu lama utk pihak keselamatan ambil tindakan. Takkan org yg datang utk berbincang secara aman bawa senjata kan? takkan dah terhantuk baru nak terngadah pulak!!! ada otak boleh fikir laa kan......kita tak menyalahkan mereka2 yg gugur dlm medan pertempuran tuu tetapi kasihan kerana diPERALATKAN oleh UMNO/BN. Cukup celaka rancangan depa2 nie. Semoga Allah membalas kpd depa2 tuu dgn setimpal atas segala kerosakkan di muka bumi yg depa buat, AMIN

Tanpa Nama berkata...

Tadi tengok berita tv arus perdana. Tunjuk gambar mayat penceroboh dwn tempat di tanam. Masaalahnya tidak nampak mayat dalam kubur besar sebab ditutup papan. Juga Zahid dan Hishamuddin dua- dua x pasti 12 atau 13 mayat penceroboh yang di kutip. Jadi mereka confuse. Dalam hal memberi informasi kepada rakyat tidak boleh keliru dan berkata "maybe/mungkin" ada satu lagi - menjadikan jumlah 13. Lawak betul. Rakyat di beri informasi sebelum ini bahawa penceroboh yang terbubuh "mungkin 20-30 orang". Sekarang baru jumpa 12. Ini bermakna yang dah lari menyelusup ke tempat lain ramai. Macam mana nak percaya info yang di beri. Esok lusa kita rakyat Malaysia di kejutkan dengan korban lagi. Moga Allah melindungi pasuoan keselamatan kita dari penceroboh/pengganas dan daripadq kerja tidak professional pemimpin yang nampak tidak tahu atau sengaja mengelirukan rakyat dengan maklumat yang keliru. Inilah kalau tidak telus pada rakyat. Kalau negara lain liputan 24 jam di berikan untuk memberi gambaran yang tepat dan jelas pada semua pada masa yang sama strategi dapat di lindungi untuk musuh tidak tahu. Wallahua'lam.

Tanpa Nama berkata...

mana perkasa, pekida, veteran polis dan lain2 lagi moh kita bawa banting banner, dan apa saja sepandok kita kecam datuk lajim hj.ukin, dia kata sandiwara... sebelum ini bagai nak rak kita kecam tian chua....ambil lah pengajaran ingat lah yg hak akan menghapuskan kebathilan.mana suara2 ahli umno...mengapa tiada yg bersuara dgn dakwaan datuk lajim...tak kan tak nak bakar dan pijak gambar datuk lajim ...gambar Tian Chua Lunyai hampa kerjakan...

Unknown berkata...

Depa nk kalau org kata penipu kan marah.tapi dia buat rakyat tk percaya