6 Mac 2013

Lahad Datu: Musuh Menyusup Melalui Projek IC – Brig Jen (B) Hadi


Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh Sulu di Lahad Datu bukan penyelesaian penuh berikutan musuh negara sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah.

Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata ‘musuh sebenar’ sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara leluasa.

“Sekarang mereka hendak buat apa? Kita hantar jet pejuang, pasukan tentera bom mereka. Tak semudah itu kerana orang-orang yang jadi musuh dibawa oleh Mahathir, diberi IC.

“Yang inilah yang jadi musuh sebenar, bukan mudah hendak kenal pasti mereka sekarang,” katanya ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat di Ampang Malam tadi.

Pengerusi Majlis Perundingan Keselamatan Tentera KEADILAN itu juga mempertikai penghantaran tentera ke Sabah dengan menaiki pesawat komersil, Air Asia.

“Pergerakan tentera pun naik Air Asia. Hendak bagi Tony Fernandez dapat duit? Komisyen? Mana pergi pesawat TUDM? Mana pesawat tentera?

“Atau spare part (alat ganti) tak ada? Enjin jet dijual? Sebenarnya, percayalah – terlalu banyak penyelewengan dan penipuan berlaku,” katanya, sinis.

Beliau juga mengulangi kekecewaannya berikutan pertahanan negara mudah bolos dan menyalahkan kegagalan risikan tentera yang mengikut telunjuk orang politik.

Hadi juga kesal kerana pimpinan negara lambat membuat keputusan hingga menyebabkan ramai anggota pasukan keselamatan terkorban.

“Perdana Menteri kelabu, (Datuk Seri) Zahid Hamidi kelabu, (Datuk Seri) Hishamuddin (Hussein) tak tau hendak buat apa.

“Saya malas sentuh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, IGP (Ketua Polis Negara). Saya pun dalam sistem yang sama dulu. Tapi, terlalu ramai yang lembap, tak tau buat keputusan,” katanya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang tindakan diambil lambat.

Tanpa Nama berkata...

Macam yahudi APCO masuk ke Malaysia atas jemputan UMNO/BN....

Tanpa Nama berkata...

Jawapan kenapa hantar polis terjawab, sebab mereka BN beri IC

Tanpa Nama berkata...

Lambat atau sengaja dilambatkan. Kenyataan pemimpin pula berbelit2. Jangan salahkan orang lain kerana seribu persoalan boleh timbul. . Perlu dibahaskan bagi mendapatkan situasi sebenar.

Tanpa Nama berkata...

Khabarnya Mahathir perancang utama peristiwa Lahad Datu?

Tanpa Nama berkata...

Memang UMNO dalang nak tanggih PRU13?

Tanpa Nama berkata...

Apa2 pun kita mesti bersatu tumbangkan BN dulu, lepas tu baru lah kita bincang apa yg patut kita buat.

Tanpa Nama berkata...

Lambat bertindak tu, sbb mulanya masih ikut skrip, at last jadi macam aziz dan sudin baca script pulak jadinya, terus ahmad nisfu pengsan.

Tanpa Nama berkata...

Apa pun diakhirnya Tenteralah juga yang menjadi penyelamat kepada pdrm dan negara tanpa tentera pasti sudah ramai anggota polis yang tekorban jiwa itu pun ada juga manusia dajal yang kata tentera takde kerja makan gaji buta dan tak perlu naikkan gaji.

Tanpa Nama berkata...

Apa - apa pun jangan berikan undi pada UMNO pada PRU akan datang. Undilah PAS dan rakan - rakannya untuk selamat negeri Sabah dari dijual kepada negara Kristian Philipines, anggap ini sebagai satu jihad untuk pertahankan tanah orang Islam dari tergadai ke tangan negara Kristian.

Tanpa Nama berkata...


Plan A - matlamat tertentu

Plan B - batalkan Plan A - pull out

Tanpa Nama berkata...

APA YANG DITERANGKAN OLEH HADI BENAR... MUSUH DISEKELILING PASUKAN KESELAMATAN SUKAR DIKENALPASTI KERANA DALAM DOMPET ADA IC / MY KAD . SO BEBAS KEMANA JUA... MALAH BOLEH MASUK TENTERA DAN POLIS... SYARAT WARGA NEGARA MALAYSIA...SO THINK.