5 Mac 2013

[VIDEO & GAMBAR] Haramjadah Timpa Najib, Gambarnya Dibakar Di Pejabat Kedutaan


Aktivis Filipina mengadakan protes di hadapan Kedutaan Malaysia di Makati City, Manila, mendesak supaya ditamatkan keganasan terhadap kumpulan bersenjata yang menyokong Kesultanan Sulu di Sabah.

Menurut laporan ANS-CBN News, mereka turut membakar gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III.

Kira-kira 100 penunjuk perasaan berkumpul di luar kedutaan pagi ini sejurus selepas pasukan keselamatan Malaysia mula menyerang Kampung Tanduo, Lahad Datu tempat tentera Kesultanan Sulu berkubu.

Penunjuk perasaan itu terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza. Sebahagian daripada penunjuk perasaan itu jelas menyokong Kesultanan Sulu, dengan menyifatkan tentera Sulu di Sabah sebagai "Syahid Tausug".

Manakala yang lainnya mendesak kerajaan Filipina memulihkan tuntutan negara itu ke atas Sabah.

Connie Bragas-Regalado, yang mengetuai kumpulan hak migran Filipina - Migrante - memberitahu portal berita Filipina, Inquirer.net bahawa tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah adalah "benar-benar sah".

Kumpulan itu beredar secara aman sebelum tengah hari, tetapi memberi amaran bahawa akan ada lebih banyak lagi protes.

Kedutaan ditutup pagi ini. Kira-kira 50 anggota polis memantau protes tersebut.








Ulasan GB

Demikianlah apabila hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Di sini Najib boleh takabbur dan berlagak sombong serta angkuh, kerana media massa arus perdana 100% menyokongnya. Apa yang Najib lakukan akhirnya menimpa kepada dirinya semula!

Segala sandiwara (seperti yang diucapkan oleh balu Sultan Sulu) akan terbongkar jua akhirnya.

Seperti biasa GB dan lain-lain akan terus berdoa

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Allahuakbar..terima kasih pd owner blogger krn banyak maklumat tntang kezaliman PM telh dibongkarkn..moga Allah S.W.T bersama2 kita untuk menentang pemimpin yg zalim..

Tanpa Nama berkata...

Kalau demo tu berlaku kat msia, sudah tentu anjing2 kepala merah dikerah utk membelasah rakyat. Skrg mungkin rundingan sedang dibuat utk merasuah krjn Philipina spaya menutup kes ini, berapa banyak byran Najib tentu akan sanggup, buktinya sperti yg dirasuahkan kpd wartawan US utk manaikan namanya.

Tanpa Nama berkata...

UMNO nak bakar gambar siapa pulak?

Tanpa Nama berkata...

Sekarang rakyat philipines mahu tuntut Sabah. Kalau diaorang berjaya dapat Sabah habislah umat Islam di Sembelih oleh tentera philipines. Sebab itu UMNO mestikan ditumbangkan supaya negeri Sabah tidak dijual ke Philipines yang merupakan negara Kristian. Lebih baik ia berada pada negara M'sia (Islam) bukan dijajah oleh negara kristian. Anggap mengundi kepada parti PAS dan rakan - rakan merupakan satu jihad yang besar supaya tanah orang Islam tidak dijual kepada negara Kristian, Philipines yang juga merupakan tempat pergerakan FREEMASON terbesar di Asia tenggara.