24 Feb 2013

PAS Kini Sedia Mengatasi Umno - Raja Nazrin [Berserta Teks Penuh]


Kuala Lumpur: Pemangku Raja Perak, Tuanku Raja Nazrin Shah bertitah, PAS kini berada dalam satu tahap keyakinan diri yang amat tinggi akan kekuatan politiknya.

PAS kini mempercayai pengaruh parti tersebut tidak lagi terbatas di kalangan Melayu tetapi yakin bahawa perjuangan mereka semakin difahami oleh bukan Melayu.

"PAS kini berada dalam psyche pemikiran bahawa kekuatan dari segi gerakan politiknya telah mengatasi UMNO, malah menganggap bahawa secara relatif, kekuatan politik UMNO semakin rapuh kerana UMNO telah terlalu lama selesa bergantung pada jentera dan sumber kerajaan.

"Suara PAS menyentuh isu urus tadbir negara secara telus, memerangi rasuah, sistem kehakiman yang bebas lagi adil, penguatkuasaan undang-undang secara saksama, membasmi kemiskinan, menangani keruntuhan moral dan jenayah, masalah kos sara hidup yang tinggi, adalah isu-isu popular yang memberikan kelebihan retorik untuk digunakan oleh PAS sebagai senjata ofensif menyerang lawan," titah Raza Nazrin.

Baginda bertitah demikian dalam Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari lepas bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran". Harakahdaily diberikan ucapan penuh baginda. Ia akan disiarkan selepas ini.

PAS, titah baginda, telah melalui pahit maung perjuangan, era jatuh dan bangun.

"Bermula dari sebuah organisasi, terdiri dari kumpulan ulama di dalam UMNO, kemudiannya keluar dari UMNO, memilih untuk mewujudkan entiti politik sendiri,"
titahnya.

PAS telah melakukan pelbagai anjakan untuk kelangsungan perjuangan dan menerokai pelbagai titik perimbangan untuk mengembangkan pengaruh.

"Dari organisasi yang amat daif, menumpang ihsan berteduh di bawah bumbung madrasah milik ulama UMNO, dengan berbekalkan mesin taip buruk, PAS hari ini telah muncul sebagai kabilah politik yang menguasai pelbagai teknologi komunikasi moden, di dokong bukan lagi oleh tok guru dan lebai kampung, tetapi oleh barisan profesional dan teknokrat dari pelbagai lapisan dengan pemikiran semakin terbuka, berdaya usahawan tinggi, mengikhtiarkan sumber rezeki secara berdikari," titahnya.

Bagi menyahut cabaran ummah, baginda membuat lima cadangan.

Pertama: Tidak salah untuk bangsa berada dalam pelbagai kabilah asalkan bangsa mencapai kata sepakat, bersatu pendirian, mempertahan, melindungi dan mengurus perkara-perkara menyentuh hak, maruah serta martabat bangsa Melayu dan Agama Islam, yang sama sekali tidak harus dikompromikan. Bagi usaha meraih sokongan politik bukan lesen membolehkan status bangsa digadaikan, titah baginda.

Kedua: Ummah wajib disedarkan bahawa mereka sudah terlalu lama selesa sebagai penduduk majoriti, sudah terlalu lama selesa bersandarkan kekuatan politik, sudah terlalu lama selesa dinaungi kerajaan; hingga ummah tidak lagi memiliki pertubuhan yang bebas lagi berkecuali, secara berani lagi tegas lantang menyuarakan tuntutan ummah.

Ketiga: Badan Kehakiman, perkhidmatan awam, pasukan keselamatan hendaklah mengamalkan budaya profesionalisme yang tidak partisan, menyempurnakan tugas secara amanah, adil dan saksama, berpaksikan undang-undang dan peraturan; tegas menegakkan kebenaran – cekal menentang kemungkaran, tidak bersekongkol merestui berlakunya penyelewengan terutama dalam mengurus khazanah, sumber kekayaan dan sumber kewangan negara.

Keempat: meningkatkan kegiatan keilmuan dan menambah komponen pengetahuan di kalangan ummah terutama dari segi penghayatan dan amal, agar ummah memiliki iman yang kukuh, yakin berpegang bahawa rezeki, jawatan, pangkat dan kuasa datangnya dari ILAHI, lantas tidak gentar menyuarakan nasihat yang betul dan tidak goyah menyampaikan fakta yang benar, meskipun berhadapan dengan jeneral yang bengis atau menteri yang berkuasa.

Kelima: Memahami dan mendalami konsep federalisme berasaskan Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan. Sifat kesetiaan kepada Raja hendaklah dicerminkan melalui sifat kesetiaan menyempurnakan tugas kepada Kerajaan yang telah diperkenankan penubuhannya, kata baginda. -HD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



Titah Penuh di SINI:

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YA ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU SULTAN NAZRIN SHAH AMIN!!!

Tanpa Nama berkata...

zaman dulu umno lain. zaman skrg ni bila negara dh berduit umno rambang mata, boros, joli sana sini. inilah jdnye bila nafsu mengatasi hukum hakam agama. takbir..

Tanpa Nama berkata...

umno zaman baru umno gangnamstyle..
sbb itu kesukaan kak ros ..
PGU

Tanpa Nama berkata...

Alhadulillah senada macam sultan kelantan

muzium padi gunung kheyang berkata...

umno dahulu dan sekarang tidak pernah berubah!mereka tetap menentang hukum ALLAH TAALA!
yang berubah ialah manusia dan watak didalamnya.
umno ialah talibarut british,sampai sekarang mereka mengaku pejuang kemerdekaan tapi mereka hanya terus menjalankan dasar menjarah harta rakyat.

umno menafikan ramai pejuang kemerdekaan.mana mungkin umno itu berbeza dulu dan sekarang!
umno mesti dihancurkan di bumi Malaysia ini!

ABCD...
Asalkan Bukan Cap Dacing !

Tanpa Nama berkata...

Amin ya Allah.

Mohd. Firdaus berkata...

https://docs.google.com/file/d/0B0EJh8TVHlN4UGlqMGlUdjJ0Vjg/preview?pli=1

Tanpa Nama berkata...

Satu pandangan yang ikhlas dari seorang Anak Raja yang bakal jadi Sultan Perak.Malangnya terdapat 3-4 kerat pemimpin PAS yang berusha keras melemahkan PAS kerana kepentingan diri.Mereka bertopengkan ulamak tapi mereka bukan ulamak tulin.

karakas berkata...

errr...blom jd sultan lg... raja muda perak... mmg ada gaya seorang kerabat yg akan dihormati.. berkaliber.. xde nak mencari populariti murahan dengn isu2 yg remeh2... insyaALLAH..

Tanpa Nama berkata...

APA YANG BAGINDA TITAH AKAN DIMAKBULKAN ALLAH TAALA,BERKAT TITAH DAULAT SERTA KEIZINAN ALLAH.ZAMAN BN AKAN BERKUBUR DENGAN KE EGOAN PEMERINTAH SERTA KUNCU2 NYA.SEMUGA ALLAH MELAKNAT KEZALIMAN MEREKA KEATAS RAKYAT ,HANYA MEMBERIKAN UANG RM500 SERTA JANJI2 PALSU..TAKBIR !!!.

ayba berkata...

Tapi muftinya masih bersikap tidak cerdik...