Ditakdirkan Allah penulis dijemput hadir ke majlis wacana perpaduan ummah anjuran DBP pada 19 Februari 2013 dengan acara kemuncaknya ialah titah Diraja DYMM Dr.Raja Nazrin.
Apa yang ingin sangat penulis kongsikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia ialah mengenai inti titah Diraja DYMM Raja Dr. Nazrin yang jujur dan berpandangan jauh dalam isu perpaduan ummah yang membabitkan UMNO dan PAS sebagai dua kuasa politik Melayu di negara ini.
Antara mesej titah baginda ialah;
i) PAS kini bukan lagi parti tok lebai dan guru pondok tapi parti yang dipimpin dan dianggotai oleh golongan ulamak, professional, teknokrat dan pelbagai kategori masyarakat yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan UMNO.
ii) Kehebatan PAS yang tidak ada pada UMNO ialah ketinggian peribadi pimpinan dan ahli-ahli PAS yang membudayakan hidup dengan masjid dan surau serta tazkirah dan syarahan agama dan tidak berpoya-poya.
iii) Kekuatan PAS sebagai wadah kepimpinan ummah kini setanding dengan UMNO dari segi kemampuan mentadbir Negara dan kedua-dua parti politik ini sama-sama mempunyai peluang menjadi juara ummah di Malaysia.
iv) Pendekatan kerjasama PAS dengan non muslim merupakan kemantangan pimpinan PAS dan merupakan strategi ampuh PAS dalam menyaingi UMNO khususnya dalam PRU 13.
v) Dalam menghadapi PRU 13 PAS dilihat lebih selesa kerana berada pada posisi offensive berbanding UMNO yang terpaksa defensive kerana dilingkari pelbagai isu kepimpinan, kronisme rasuah dan penyelewengan.
vi) UMNO dititahkan sebagai kurang berintegriti dalam menerajui pentadbiran negara kerana berlaku salah urus tadbir, kronisme, penyelewengan dan rasuah.
vii) UMNO dititah sebagai parti yang salah mendidik golongan muda yang kini diajar dan diasuh dengan budaya politik samseng yang mencemar demokrasi, menghakis keyakinan massa dan menjejaskan perpaduan di Negara ini.
viii) UMNO diititah telah melanggar dan membelakangi semangat perlembagaan persekutuan kerana menafikan prinsip dan tuntutan federalism atas negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang, walhal negeri-negeri tersebut di pilih oleh rakyat melalui demokrasi yang sah.
Berdasarkan mesej titah DYMM Raja Dr. Nazrin yang lahir dari kesucian hati baginda seperti senarai di atas, penulis mentafsirkan bahawa baginda DYMM Raja Dr.Nazrin menaruh keyakinan akan kemampuan PAS sebagai parti yang berpedomankan agama dalam mengurus Negara, memelihara dan memartabatkan ummah.
Justeru, maka kerapkali dalam titah baginda disebut PAS sebagai parti islam.
Selain itu, penulis mentafsirkan bahawa sikap dan pendirian PAS yang konsisten menolak kerjasama dengan UMNO serta membentuk wadah baru bersama PKR dan DAP adalah tindakan bijak, berpandangan jauh dan berada di atas landasan yang betul khususnya dalam menghadapi PRU 13. -HD
Ulasan GB
Sekalipun telah timbul isu mengenai "surat" d atas dan harakahdaily menarik balik siarannya kerana dikatakan "kurang tepat", tetapi matannya tetap betul dan ia adalah tafsiran penulis surat berkenaan terhadap titah Dr.Raja Nazrin.
Penulis surat berkenaan (bukan wartawan harakahdaily) berkemungkinan tidak ingat sepenuhnya titah ucapan Dr.Raja nazrin maka beliau menulis sekadar apa yang beliau ingat dan GB percaya ia ditulis dengan niat yang betul tanpa berhajat untuk menyelewengkan fakta titah berkenaan.
Justeru itu seperti yang GB katakan tadi, ia adalah tafsiran sahaja dari penulis berkenaan, maka GB kekalkan tanpa memadamkan entri ini.
Berita yang lebih tepat dan teks penuhnya boleh di baca di
PAS Kini Sedia Mengatasi Umno - Raja Nazrin [Berserta Teks Penuh]
13 ulasan:
subhanallah alhamdulillah,,, yaallah limpahkan hidayaah pd raja nazrin shah... agar seiring dgn sultan kelantan... terima kasih kerana memahami kehendak rakyat yg dahagakan perubahan mengikut jalan islam... kepada non muslim jgn risau kerana kita adalah sama2 makhluk allah yg bernafas di bumi ini,, hanya perbezaan ugama saja yg membezakan kita...
Moga apa yang dititahkan adalah BENAR dan tiada yang lain melainkan yang BENAR belaka. Nothing BUT the TRUTH. Moga DYTM dipanjangkan umur dianugerahi hidayah dan rezeki melimpah ruah dan mejadi payung dari hujan dan panas bagi hamba rakyat jelata. Negeri Perak Darul Ridwan adalah unik berbanding dengan negeri Kelantan dari segi pola penduduknya. Maka atas hakikat ini DYTM akur bahawa UMNO-BN tidak selamanya dapat menyelamatkan Agama, Bangsa apatah lagi Negara. Mahu tidak mahu faktor "Bukan UMNO-BN" adalah wajib diambilkira dan tidak berada dalam Sindrom Penafian (Denial Syndrome) selam-lamanya. Daulat Tuanku!
Tuanku RM, patek berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Perak...!
Setuju 100%
Semuga titah baginda lahir dr hati yg ikhlas. Oleh itu raja2 melayu disaran supaya memainkan peranan bg memastikan agensi2 kerajaan menjalankn sistem pilihanraya yg adil dan bersih. Mereka juga perlu memastikan anggota tentera bersifat neutral tanpa menyebelahi mana2 parti politik. Sememangnya mereka perlu sedar bhw rezeki mereka yg kini berada di atas adalah dtg dari titik peluh rakyat jelata sekalian. Allahuakhbar
Ada keluar TV3 ka ini berita ?
Ada keluar TV2 ka ini berita ?
Ada keluar TV1 ka ini berita ?
Ada keluar BH ka ini berita ?
Ada keluar Utusan ka ini berita ?
Ada keluar Metro ka ini berita ?
Ada keluar Astro ka ini berita ?
edar rakaman titah
Alhamdulillah,,ini memberikan saya semangat utk pulang mengundi di perak dan memberi sokongan kpd pas dan pakatan rakyat...ayuh,pengundi pengundi muda perak di perantauan,,,,mesej ini memberi pemangkin pd kita utk membantu PR di perak.
Alhamdulillah,,ini memberikan saya semangat utk pulang mengundi di perak dan memberi sokongan kpd pas dan pakatan rakyat...ayuh,pengundi pengundi muda perak di perantauan,,,,mesej ini memberi pemangkin pd kita utk membantu PR di perak.
Alhamdulillah,,ini memberikan saya semangat utk pulang mengundi di perak dan memberi sokongan kpd pas dan pakatan rakyat...ayuh,pengundi pengundi muda perak di perantauan,,,,mesej ini memberi pemangkin pd kita utk membantu PR di perak.
Alhamdulillah,,ini memberikan saya semangat utk pulang mengundi di perak dan memberi sokongan kpd pas dan pakatan rakyat...ayuh,pengundi pengundi muda perak di perantauan,,,,mesej ini memberi pemangkin pd kita utk membantu PR di perak.
bangganya saya menjadi anak perak.... daulat tuanku.... ALLAHUAKBAR...
Mana deme berani kuar kat media bro, bunuh diri namanya tuh....kecut abih dah teloq dah jd teluq cicak jek
Catat Ulasan