21 Jan 2013

[VIDEO] Penduduk Selangor Berdemo Desak SYABAS Berundur


Meskipun bekalan air di beberapa kawasan Lembah Klang sudah kembali pulih, namun kemarahan orang awam terutama penduduk pangsapuri terhadap Syabas masih belum reda.

Hari ini, sekumpulan penduduk di kawasan Bandar Tun Razak berhimpun secara aman di hadapan Masjid An-Najihin bagi mendesak Kerajaan Selangor diberikan kuasa sepenuhnya mengawal operasi bekalan air.

Penyertaan hampir 30 penduduk setempat mendapat perhatian pengguna jalan raya yang membunyikan hon kenderaan sebagai tanda bantahan terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang gagal membekalkan air dengan cekap.

Mereka melaungkan slogan ‘Syabas Tipu’, selain membawa beberapa sepanduk dan kain rentang yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan krisis bekalan air yang berlarutan lebih dua minggu.

Selain itu beberapa sukarelawan mengedarkan risalah maklumat bekalan air Selangor kepada pengguna jalan raya ketika mereka berhenti semasa lampu isyarat merah.

Penyelaras program yang juga Setiausaha PKR Cabang Bandar Tun Razak, Osman Karim nyata berpuas hati dengan reaksi yang diberikan penduduk setempat termasuk pengguna jalan raya yang turut merasai kesan ketiadaan bekalan air.

Tegasnya, pihak bertanggungjawab diingatkan jangan terus bermain politik sehingga menyebabkan penduduk berhadapan kesukaran mendapatkan bekalan air.

“Saya berpuas hati ramai yang turun kerana kita hanya memberikan petunjuk bahawa penduduk Bandar Tun Razak prihatin dengan apa yang berlaku.

“Kita tidak boleh dipermainkan kerana agenda politik sehingga menyebabkan rakyat yang susah,” beliau berkata ketika ditemui.

Seramai setengah juta penduduk di Ampang, Gombak dan Cheras terputus bekalan air selama lebih dua minggu bermula Disember lalu, selepas rumah pam Wangsa Maju gagal berfungsi.

Siasatan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Selangor mendapati Syabas yang mengendalikan operasi rumah pam tersebut gagal menyelenggara kelima-lima pam di fasiliti itu dengan baik.

Bekalan air dapat disambungkan semula pada minggu lalu setelah jawatankuasa itu campur tangan dan membantu Syabas memulihkan pam yang gagal.

“Dalam hal ini kami sudah bertungkus-lumus selama tiga minggu membekalkan air mentah dan minuman kepada penduduk yang terlibat.

“Adalah yang tidak adil tindakan Syabas. Kalau benar kerosakan berlaku, ternyata Syabas gagal menguruskan perkhidmatan air kepada penduduk Wilayah Persekutuan dan Selangor,” ujar beliau lagi.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap lebih ramai penduduk bangun tunjukkan kemarahan mereka kepada Syabas. Jangan biarkan Kerajaan Selangor saja yang bantah. Yang menyusahkan rakyat Selangor ialah Syabas; yang mendapat kesusahan ialah rakyat Selangor dan Kuala Lumpur. Jadi sepatutnya semua rakyat Selangor dan K Lumpur yang menderita disebabkan oleh permainan politik Umno Syabas bertindak terhadap syarikat kroni Umno tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Rasulullah S.A.W sudah pesan dah 1400 tahun betapa bahayanya kalau kita berikan jawatan kepada mereka yang sememangnya tidak layak. Buktinya sekarang inilah apabila SYABAS diberikan kepada orang bodoh maka inilah jadinya. Tunjukkan rasa sayang kita kepada Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W dengan cara tumbangkan UMNO yang sememangnya ingkar kepada perintah Allah S.W.T. bukan hanya bersahlawat sahaja.

WarFitnah berkata...

SYABAS = SYArikat Bekalan Air Syaitan

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pendemo, rakyat makin sedar siapa dalang sebenar masaalah air...