AAnwar pertimbang ambil tindakan ke atas Hassan Ali
KUALA LUMPUR 21 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN itu dalam Utusan Melayu.
“Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. Saya akan bincang dengan peguam,” kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.
“Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan,” katanya.
“Yang penting, keterangan terperinci oleh hakim yang mempertahankan kebebasan badan kehakiman. Dia (hakim) tahu kes ini melibatkan Umno.
Dia juga tahu wakil Presiden Umno duduk dalam pengurusan Utusan,” jelas Anwar.
Anwar menyokong ketegasan Hakim Datuk VT Singham yang mempertahan kebebasan media tetapi perlu mengikut etika kewartawanan dan profesionalisme.
“Kebebasan media itu perlu tetapi bukan kebebasan menyebarkan fitnah. Dalam kes ini Utusan berulang kali dan paling tidak bertanggunjawab memfitnah saya kononnya saya menyokong homoseksualiti, mengikut pandangan Hassan Ali yang bertopengkan agama tapi bila ditanya tidak ada asas,” tegasnya.
“Sekali lagi saya bersyukur, berlaku satu lagi episod penegasan bahawa media Umno di bawah pengurusan Datuk Seri Najib Razak terus meningkat fitnah menjelang pilihan raya,” kata Anwar lagi.
Dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.
Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia memfitnah Anwar semasa temubual bersama BBC, mengatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempertikai undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.
Peguam mewakili Anwar, N Surendran turut memuji ketegasan hakim yang menyatakan dua elemen penting dalam kes tersebut.
“Kebebasan media dan badan kehakiman yang dinyatakan hakim dalam kes ini adalah satu penghakiman yang sangat penting, ‘rare’ dan mudah sebenarnya. Itulah perkara asas dalam menjayakan sesebuah demokrasi,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Utusan diarah membayar gantirugi kos sebanyak RM45,000 kepada Anwar. Pampasan pula akan ditentukan 15 Februari ini ekoran penyiaraan artikel bersifat fitnah pada 17 Januari 2012 itu bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar .
14 ulasan:
Alhamdullillah !
Sebab itulah kenapa pimpinan PAS menghalaukan menghalau keluar manusia ini sebelum ia merosakkan parti PAS dengan sifat munafiknya itu. Teruskan saman sampai dia bankrap supaya manusia munafik ini tidak dapat bertanding pada PRU akan datang.
saman, jgn tak saman.
nanti bila jadi PM, kita buat
jabatan saman sebagai satu cabang utk
mendapatkan uang bagi negara malaysia.
Alhamdulillah... Allah sentiasa bersama org2 yang benar...
seri pun dah kurang orang tua ni
SAMAN AJE DUKTUR PAKAU MOTIBASI KERING NIE...! KAN DIA PAKAU?? KEH..KEH..KEH..
assalalammu'alaikum,
Hasan Ali bila berucap lagak menangis.....
Kalau DSAI jadi saman ada ke 1 atau 2 juta nak bayar.....
Sekarang boleh nangis tak payah lakon lagi....
Semoga dapat anugerah Pelakun Airmata terbaik.....
menabunglah dari la ni, ......
Nama saja pakar motivasi...
Konon duk pertahankn islam tp perangai cam syaiton..benda fitnah xperlu nk hebah nmpk sgt rendah akhlak..mohon DSAI saman hasan parasit ni bg pengajaran pd dia...
LEPAS ANUAR SAMAN
HARAP AZMIN PULA SAMAN FASAL FITNAH AZMIN SHARE ISTERI (SAMSIDAR) DENGAN ORANG LAIN DALAM UCAPAN DIGOMBAK TAHUN LALU.......
BIAR HABIS GIGI BERKARAH TU DIGADAI........
ALLAH MEMBALAS ORANG-ORANG YANG BERPURA-PURA DALAM AGAMA 'on the spot'...........
Tak mugkin Hassan Ali dapat jelaskan saman DSAI.....
RM140,000 pun tak mampu bayar
SETUJU amat DSAI saman orang tua nyanyuk tu.Masa bicara nanti suruh pula Pak Assan ni tarik balik kenyataannya yg jahat tu dan bayar tunai nilai saman tu dalam mahkamah itu juga.
Nampaknya Dr Hasan Ali semakin berani menunjukkan kedurjanaannya sejak dipecat oleh PAS. Dulu dia kata masih sayangkan PAS, tengok2 jadi tali barut UMNO-BN. Kalau betul dia masih sayangkan PAS, sudah tentu dia akan bersama PAS. Ini tidak. Berganding bahu lagilah dengan kerajaan Belaian Neraka untuk memburukkan PR. Elok saman habis-habisan saja pengkhianat PAS ni.
Saman sahaja Hassan Jati ni, biar dia tahu tinggi rendah langit.
Catat Ulasan