21 Jan 2013

Haramjadah Timpa Utusan Lagi: Anwar Menang Saman RM50 juta Ke Atas Utusan


Anwar menang saman terhadap Utusan

KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.

Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Hakim Singham juga berkata, ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” katanya.

“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata Hakim Singham. -KD

Anwar menang kes saman fitnah Utusan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada Anwar.

Anwar dalam Twitternya berkata, "alhamdulillah: Hakim VT Singam pertahankan kebebasan badan kehakiman dan media.

Tegas menolak fitnah Utusan milik Umno kerana tuduhan palsu saya menyokong homoseksualiti.

" Pada 20 Januari lalu, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak yang didakwanya telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan dengan homoseksual.

Anwar menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.

Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang memfitnah plaintif.

Dalam penyataan tuntutannya, Anwar mendakwa suratkhabar terbitan Utusan Melayu telah menerbitkan dua artikel di muka hadapan dan mukasurat 10 akhbar berkenaan bertarikh 17 Januari 2012 yang seolah-olah telah memberikan gambaran bahawa beliau adalah seorang pemimpin muslim yang mempunyai pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam.

Anwar menjelaskan perkataan-perkataan yang diterbitkan tersebut yang berasaskan temuramah bersama BBC itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat. -SH



Ulasan GB

Dah berulang kali GB tulis: kebenaran akan tetap menang akhirnya dan akhbar poemfitnah akan tetap hancur binasa.

Terlalu bangang orang yang hendak menipu dan memfitnah... kerana kebenaran itu akan tetap zahir jua akhirnya.

Utusan ingat Allah bodoh seperti dia.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saman jangan tak saman, biar Utusex lingkup abis..ha..ha..ha..ha..

Tanpa Nama berkata...

Woi Perkasa... Apasal senyap aja.. dah berapa banyak duit kutipan derma tolong UTUSAN bayar saman2 mereka..Cepat sikit oi Pekasa, jangan lengah2 UTUSAN dah tak berduit ni...ku pun nak utk tabung UTUSAN ni, aku nak derma taik..

fidel castro berkata...

ada lagi yang nak kena saman? tahniah dan alhamdullilah DSAI di atas kebenaran anda

Tanpa Nama berkata...

Kebanaran muncul jua akhirnyer...utusan mmg pemitnah no 1...aku sokong utusan 100% lingkup...sprang Demi sprang saman fitnah..aku sdiri pn dh lama n jijik nk bca utusex meloya....

hang nadim berkata...

padan muka utusex meloya sebagai lidah fitnah utk umno busuk..jgn lepaskan dia sampai mampus wpun PR menang lps PRU 13 ni..

Tanpa Nama berkata...

Minta peguam anwar masukkan dalam relief untuk pihak Utusan menyiarkan keputusan ini sebagaimana ia menyiarkan fitnah didalam utusan yang lalu. Biar makcik2, pakcik2 , wanita UMNO dan seluruh rakyat tahu , selama ini , akhbar ini telah menfitnah anwar .

Tanpa Nama berkata...

UTUSEX oh UTUSEX saman kau sudah mencecah 1 billionkah belum? Belum lagi? Tak apa nanti PAKATAN akan continue saman kau sampai mencecah 1 billion sampai UTUSEX diistiharkan bankrap.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah !
Tahniah Datok seri Anwar Ibrahim.