21 Jan 2013

Kalau Betul Mereka Edar Bible, Kenapa Tak Tangkap?


Edar Kitab Injil : Hasutan Perkauman Terbaru Alihkan Perhatian Rakyat

Dakwaan ada cubaan untuk mengedar kitab Injil kepada pelajar Islam di Pulau Pinang merupakan hasutan perkauman terbaru bagi mengalihkan perhatian rakyat, dakwa MP Shah Alam Khalid Samad.

Khalid berkata rakyat jangan terpengaruh dengan hasutan perkauman yang kini cuba ditiup oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Khalid menegaskan perkara itu tidak masuk akal dan merupakan fitnah jahat yang dilakukan bagi mencetuskan kemarahan umat Islam selepas isu penggunaan Kalimah Allah.

“Jika betul perkara itu berlaku, mengapa hanya mengambil video dan tidak menangkap perlaku itu? “Tangkap saja sebab pelaku itu sudah menyalahi undang-undang dan perlembagaan. Kenapa tidak serahkan kepada pihak polis? Kenapa hanya dimuat naik di Youtube dan Facebook?


“Sebagai rakyat, jangan mudah diperbodohkan Umno-BN. Mereka sudah terdesak dan tersempit oleh itu mereka lakukan pelbagai perkara,” katanya dalam ucapannya di Program Merdeka Rakyat, di Seksyen 17, di sini semalam.

Tambahnya, Umno-BN sengaja membangkitkan isu perkauman yang lain selepas isu kalimah Allah dan amanat Haji Hadi tidak berkesan.

Baru-baru ini, terdapat dakwaan bahawa kita Injil diedarkan kepada pelajar Islam, dipercayai oleh dua lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Pulau Pinang.

Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan kitab tersebut kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.

Ulasan GB

Betul.

Kenapa tidak ditahan dan ditangkap "pengedar bible" itu, atau setidak-tidaknya lapor polis untuk tindakan lanjut? Ini tidak, siap ada kesempatan pula untuk ambil gambar dan rakam video! Macam berlakon.

Sama macam kes lakonan "rempit" kemudian gelar mereka pelesit.

Rupa-rupanya UMNO yang pelesit sebenarnya, yang hanya hendak menjadikan isu itu sebagai isu yang menggelegakkan sentimen perkauman dan keagamaan di negeri Pakatan Rakyat, dan kemudian memudahkan untuk mereka memaki, mencarut dan menggunakan kata-kata cacian melampau (satu tindakan tipikal para pencacai-pencacai UMNO yang lansung tidak diambil tindakan oleh pihak polis) seperti di dalam foto ini:



Justeru itu, wahai polis, berlaku adil dan profesyenallah kamu. Tahan dan tangkaplah golongan mereka yang menimbulkan provokasi serta menggunakan perkataan-perkataan melampau untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan keagamaan. Termasuk para menteri yang juga ramai menggunakan isu bible ini untuk kepentingan politik mereka.

Jika tidak, GB khuatir hukum kebenaran dan keadilan akan berlaku dimana maruah dan kredibiliti akan terus tercemar lantaran ketidak-patuhan kepada etika professionalisme kamu sendiri.

8 ulasan:

Rahmat berkata...

Betul kata Khalid Samad, mengapa tidak tangkap walaupun sudah ada video dan gambar?
Dengar yang pakai baju hijau itu orang gerakan dan semua sandiwara ini dirancang oleh mamak pemuda umno.

Carlos Santiago berkata...

agak2 mereka berani ker tangkap..hahaha...ker geng diaorg..nk spin news katakan...

BANkami
BANkami

Tanpa Nama berkata...

alamak/// selama ni berapa banyak yang dah murtad dok pergi gereja?
Yang ramai dok mabuk dan terlompat macam kera dalam disco dan karaoke.
Kenapa tak tutup yang ini dulu? sebelum nak salahkan gereja.

Tanpa Nama berkata...

Polis, pastikan dua orang manusia ini ditangkap dan jangan biarkan diaorang teruskan kerja mengedar, bukan jadi agen untuk menyemarakkan api perkauman.

Tanpa Nama berkata...

Edaran biblen bm

Assalammu'alaikum,
Kehabisan modal dan ketandusan hujjah, BN, Perkasa , Jati , Perkida, mungkin tak lama lagi Sw1m dan lain-lain NGO yang sewakyu dengannya mula menggunakan isu Allah untuk meraih undi'ISLAM (bukan Melayu kerana ramai Melayu yang tak Islamik), ini masanya nak menjadi 'champion of Islam'. Kalau betul orang dan kejdian itu berlaku kenapa apuak-puak ini tengok aja.... kalau dapat ambil video dangambar mesti boleh tangkap. Kalau dengan orang PR tikam, tumbuk dan pukul boleh, kerna politik.... kerana agama tangkap video dan gambar saja mampu.... lemahnya Iman.
Media kawalan BN sanggup temu ramah orang ramai...... yang menggelikan hati minah yang mati menyanggah penggunaan Allah - rupanya penetang syariat Allah tak menutup aurat pun, yang lelaki bersubang dan bernatai.
BERSEMANGAT MENENTANG pengunaan Allah...... tetapi MEREKA INI PENGKHIANAT AGAMA ALLAH DANSYARIATNYA.

saya ingin mencadangkan PR / SAMM BAWA / pihak gereja ambil gamabr dan video dan artikel pengedaran bible ini Dan buat lapuran polis bair keldai yang berdua ini ditangkap..... taulah kita kebenarannya......

Tanpa Nama berkata...

Aik nampak macam pegang diary aje....

Beebel ke tu?

Tanpa Nama berkata...

Aku pelik lah sekarang . Kenapa Rakyat terlampau pandai? Puas aku spin berita, reka gambar, reka konspirasi ...semua dah boleh baca. Matilah BN kali ini berdepan dengan generasi yang bijak yang tahu selok belok tipuan politik. Ada sutu sahaja modal aku, gunakan peneroka dan orang kampung @ warga tua .Diaorang tak celik lagi.

tanda soal berkata...

Ramai ke kita dgr org melayu islam murtad sbb bible ? tapi kalau anggap makhluk yg bagi rezeki bukannya dari Allah pun akan jadi murtad.. sbb x yakin pd Allah!