Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC
Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an.
Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi.
Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995.
Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam".
"Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya.
Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan.
Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama.
Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan.
Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR. mk
Ulasan GB
Pendedahan kes di atas membuktikan apa yang didedahkan oleh PAS sebelum ini adalah benar.
PAS sebelum ini pernah mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata RCI itu penting bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negara bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing seterusnya didaftarkan menjadi pengundi pilihan raya.
Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak.
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

13 ulasan:
alhamdulillah allahtaala maha mendengar doa2 rakyaat yg terasa tertipu......yang dah agak....dah jadi kenyataan....
Jgn risau org melayu takkan ambik pot dgn cerita2 mcm nie...paling kuat pun mereka akan cakap "Eh, cobaaannn..."
Terbukti
ini lah yg dikatakn MENJUAL NEGARA
Projek menjual negara....apa akan jadi kepada keturunan peribumi pada masa depan bila PATI telah mengambilalih peluang perniagaan, peluang pekerjaan,peluang membeli hartanah.... mereka ini datang dengan susah payah mengharung lautan maka mereka tidak akan takut akan apa pun rintangan dalam menjalani kehidupan ...mereka sanggup merebut apa saja peluang bila ada ruang!!!!MENANGISLAH PERIBUMI TANAH DIPIJAK MILIK ORANG ASING.....
Suruhanjaya Siasatan Di Raja juga sama mcm macai umno gk! Rakyat nk dengar apa kata RAJA2 serta DYM AGONG sebagai payung negars!
Ampun tuanku..
mohon hamba sembah derhaka.
titahkan ya tuanku agar rakyat tiada resah
titahkan ya tuanku rakyst kini dilanda gelisah
titshkan ya tuanku rakyat kini gulananya gundah
titahkan ya tuanku rakyat tuanku tak tentu arah!
Ampun tuanku
umno pengkhianat dri dahulu
umno perompak harta rakyat disapu
umno lah sebenar menjadi pengampu
umno jadikan rakyat ibarat lembu
Ampun tuanku sembah hamba harap diampun
ic diberikan tiada kira warga mana pun
rakyat yg derita kelak di negara jadi racun
khianatnya umno usah diampun
dri tuanku rakyat mrmohon
mencemar duli tiada apa jdi pun
tinjuilah rakyat serumpun
betapa umno berminda jakun
sisa diberikan rakyat yg lain mereka pulon
marlaj tuanku turun!
astarfillAlllahhaladzim...jika dakwaan ini benar...wajar lagi ke rakyat memberi sokongan pada pemimpin yang KHIANAT...mohon penjelasan uztaz-uztaz yang Pro UMNO..sila jawab berdasarkan Al-Quran dan Hadis jangan jawab berpilih-pilih utk jaga perut sendiri..
abis tu takan takde tindakan pd org2 yang terlibat.
selagi UMNO memerintah, perkara ini tak akan selesai....bagi peluang PR memerintah, kita selongkar hingga ke lubang cacing, hukum yang terlibat....
Mcmana nak bagi peluang kpd PR memerintah jika sistem menipu digunapakai...sampai bila pun takkan menang...
di semenanjung malaysia lebihkurang 1 juta kewarganegaraan diberi oleh Tunku Abudul Rahman... kalua tak silap baca la... jadi kalu di sabah juga di berikan hak kewarganegaraan .. apa bezanya?? apa kata kita buat juga RCI di semenanjung.. manalah tau kot2 keabnyakan ahli DAP tu termasuk dalam kaum pendatang yg diberi kerakyatan (ikut jalan salah!!) baru ADIL
di sabah ratus ribu pati dapat my kad boleh undi,undang2mana dia ikut
gila punya undang2 itu,kalau setakat 2,3 puluh boleh terima lah juga atas dasar kemanusiaan,dsemananjung tak nak minta pati dsabahni terlebuh sudah.
ikan pun mahal 10,20rm sekilo,demand tinggi,sengsaralah kami ani.
itu cerita seawal merdeka ngok
kenalah bagi kerakyatan,sepatutnya ada syarat,
Catat Ulasan