16 Jan 2013

[VIDEO] Bawani Tak Sangka Video Di Forum Itu Meletup

Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang mencetuskan fenomena listen berkata, penyebaran video tersebut menunjukkan kepada rakyat tentang usaha pihak tertentu untuk menarik sokongan mahasiswa di universiti dalam suasana PRU13 yang semakin hampir.

Menurutnya, program tersebut adalah salah satu agenda untuk brainwash mahasiswa supaya tidak memberi sokongan kepada pembangkang.

"Kini rakyat di seluruh Malaysia telah membuka mata dan mengetahui apa yang berlaku di dalam universiti," katanya kepada Harakahdaily yang bertemu beliau di kediamannya di Air Kuning, Kampar semalam.

Bawani menjelaskan, program yang diberi tajuk Forum Mahasiswa dan Politk itu membangkitkan pelbagai isu politik di negara ini khususnya melibatkan mahasiswa.

Program yang bermotif politik itu, katanya turut diisi dengan pelbagai video yang mengutuk pembangkang seperti Himpunan Bersih, isu kontroversi melibatkan Nurul Izzah dan Himpunan Hapus PTPTN.

Jelasnya, pelbagai isu telah diceritakan oleh panelis termasuklah mempertikai protes PTPTN oleh mahasiswa dan mengatakan tuntutan pendidikan percuma tidak masuk akal.

"Saya cuba bangun mencelah untuk memberikan pandangan tetapi tidak dilayan dan saya menunggu sesi soal jawab.

"Namun semasa sesi soal jawab saya tidak sempat kerana hanya dua soalan yang boleh ditanya dan saya mengambil keputusan ke pembesar suara dan memberikan pandangan berhubung apa yang dibangkitkan.

"Saya terus memberikan hujah-hujah terutama isu pendidikan percuma tetapi belum sempat menghabiskan ucapan, moderator yang juga Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin telah enggan memberi saya peluang untuk menghabiskan ucapan saya dengan mengatakan listen, listen, listen seperti yang dapat dilihat di video itu," jelasnya lagi.

Tegas beliau, ini adalah satu penindasan kepada mahasiswa yang berhak bersuara dan memberikan pandangan.

Bawani berkata, sepatutnya moderator memberi peluang kepadanya menghabiskan ucapan kerana ia berkaitan isu yang dibangkitkan.

Ketika ditanya apakah respons daripada rakan mahasiswa yang lain, beliau menjelaskan, pada mulanya semua memberikan respons negatif terhadap saya yang dilihat tidak respect kepada Sharifah Zobra.

Namun katanya, selepas menonton kembali video tersebut, rakan-rakan memberikan sokongan padu kepadanya dan melihat tindakan Sharifah seolah-olah menyekat suara mahasiswa.

Beliau yang diminta mengulas tentang video yang menjadi buah mulut masyarakat itu, Bawani sangat terkejut dengan sambutan tersebut dan menganggap ianya menggambarkan masyarakat prihatin dengan isu mahasiswa.

"Ketika ini saya mendapat panggilan tanpa henti daripada rakan-rakan terutama daripada UUM yang memberikan sokongan padu kepada saya," jelasnya.

Bawani secara peribadi berterima kasih kepada seluruh masyarakat yang memberikan sokongan padu kepadanya dan berharap suara mahasiswa terus menjadi perhatian masyarakat. -HD

13 ulasan:

Kg senduk berkata...

anda memang berani ks Bawani... tahniah utk anda.... semoga malaysia terus maju bersama suara dan pemikiran anda... jika perubahan pemerintahan terlaksana..

kayru1 berkata...

ikan jerung paling banyak masaalah.heheheheh

Tanpa Nama berkata...

It a least dapat membuka minda ibubapa muda untuk memilih siapa berhak memerintah kerajaan bagi menjamin masa depan anak anda. Pilih pemimpin yang bijak = anda memberi masa depan yang cerah kepada anak anda. Pilih UMNO maka anda rela biarkan anak anda bodoh seterus mengelapkan masa depan anak anda. Tak akan anda tak mahu lihat anak anda berjaya? fikir - fikirkanlah.

Osama berkata...

lembu2 kt kondo susah nk cari makan la bawani!
wa support lu bawani....
Bawani,
martsbatkan kaum India agar pemikiran mreka berubah!

Tanpa Nama berkata...

Offer satu kerusi Parlimen berdekatan Sintok atau Kampar untuk Bawani bertanding PRU13. Bawani seorang yang berjiwa kental. Sesuai masuk parlimen.

Tanpa Nama berkata...

bukan ikan jerung bro...lembulah...

Ammy Hassan berkata...

Memandangkan Bawani seorang ahli Parti Sosialis Malaysia, adalah disarankan beliau bertanding di Sungai Siput (kawasan yang telah diperuntukan kepada PSM) menentang proksi Samy Vellu yang tidak akan bertanding kali ini... Saya percaya 100% beliau adalah 'winnable candidate' Pakatan Rakyat... Beliau mungkin mendapat majoriti 10K...

Tanpa Nama berkata...

Najib jumpa UMNO Selangor nak dengar respon rakyat Selangor selepas SYABAS sabotaj bekalan air?

Tanpa Nama berkata...

padan muka UMNO...apa saja yg UMNO buat sudah tidak ada nilai lagi...Jika UMNO ingin dapatkan kembali sokongan masyarakat UMNO perlu hapuskan pemimpin yg Korup, Rasuah, penindasan dan segala amalan UMNO yg menjurus ke arah NERAKA...sekian

Tanpa Nama berkata...

Boleh percaya ke Naib Canselar UUM kata dia tak tahu apa-apa melainkan menyediakan tempat forum sahaja.
Bawani kata ini forum untuk brainwash pelajar Universiti supaya sokong BN/UMNO dalam PRU 13 akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Tak nak commen Kak Pah.... tapi attitude siswa/i UUM, sebab tu kak pah ni naik tocang

komen / pandanagan saya

Saya melihat beberapa kali klip video sensasi "listen" bukan untuk apa tetapi untuk mendengar tepuk gemuruh dan sorak pelajar-pelajar apabila Bawani KS diasak oleh seorang yang BODOH tapi berasa cerdik, kutu beraha' yang sangka dia bos.

Samaada tepukan sorakn itu untuk menyanggah asakan Sharifah Zohra Jeybon atau menyokong Bawani yang berani....

JELAS dan NYATA siswa/i UUM TIDAK ADA PERASAAN SOLIDARIT & RASA KEKELUARGAAN di kalangan mereka..... Sharifah Zohra ini membelasah sahabat mereka bersorak kegirangan......

Di mana hilangnya saya persaudraan dan kasih sayang sesama siswa/i ???
Semangat persudaran tahun 60an, 70an, 80an dan 90an - Kami ssanggup menjadi galang ganti bila brothers & sisters fellow student dikasari dan dihina.... SYABAS UUMian you're true BNian........

We group of 60ies are proud being MCCKKian, STARian, SDARian, HAMIDian....... so son and so on.... togehter we stand till today let it be new or older generation....

paan berkata...

Tahniah Bawani..!!!

danny5447 berkata...

sharifah zohfa seorang bakal doktor psikologi haiwan yg membentangkan hasil kajian beliau terhadap masalah2 haiwan & emosi haiwan2...janganlah dipersendakan bidang kepakaran beliau tu...-Rakan Sekuliah Fakulti Psikologi(Haiwan,Serangga & Anai-anai)