16 Jan 2013

Fenomena "Listen Listen Listen": Template Tarbiyah UMNO BN Untuk Pelajar IPT

#Listen #Listen #Listen

MUSTAHIL anda tidak faham lawak tajuk di atas. Mustahil! Dalam dunia serba canggih dan maklumat di hunnjung jari ini, tipulah kalau anda kata anda tak tahu apa yang saya maksudkan. Begitu pantas sekali lelucon ‘listen, listen, listen’ ini tersebar di ruang maya sehinggakan dalam kurang 24 jam, Presiden Suara Wanita 1Malaya (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berjaya menumpaskan seorang warga siber sensasi ‘Shasha Mendoza’ yang menjadi sumber hilai tawa ketika berlangsungnya himpunan KL112.

Saya tidak sanggup menonton video forum ‘Seiringkah Mahasiswa Dengan Politik’ yang berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu. Satu kerana saya rasa tajuk forum itu bodoh. Dan kedua, saya tak sanggup tengok orang bodoh memperbodohkan diri.

Apa yang saya tahu ialah Sharifah Zohra bertindak merampas mikrofon daripada seorang mahasiswi UUM bernama Bawani, mungkin kerana sudah tidak dapat menahan lagi keperluan untuk mematahkan soalan Bawani mengenai perkara sensitif, termasuk perihal ekonomi dan pendidikan.

Lumrah orang yang tidak boleh menjawab soalan, akan membalas soalan dengan meroyan. Itulah yang dilakukan Sharifah Zohra. Bukan sekali, malah SEPULUH kali beliau berkata ‘Listen’ (dengar) kepada Bawani, ketika belum sempat mahasiswi itu menghabiskan soalannya. Sambil memegang mikrofon yang dirampas, Sharifah Zohra harus pula menuturkan ‘Let me speak’ (bagi saya bercakap) sehingga tujuh kali. Kau dah pegang mikrofon, siapa lah yang nak halang kau bercakap.

Yang lebih menggelikan buah pinggang, hujah-hujah Bawani dibalas Sharifah Zohra dengan ‘animals have problem’, ‘kucing ada masalah’, ‘anjing boleh menggonggong’, ‘lembu kambing ada masalah’, ‘kita manusia lebih rakus daripada ikan’, ‘and you tau tak binatang apa yang paling banyak sekali masalah?’, ‘pernah makan shark fin?’

Ini saya kutip daripada surat terbuka yang ditulis orang kepada sang Presiden SW1M. Saya sehingga kini masih tidak sanggup menonton sepenuhnya video terbabit; risau saya akan dapat mendengar IQ saya jatuh merudum. Tambahan pula saya punya pundi kencing yang lemah.

Pembodohan

Apa yang kita lihat (err.. anda lihat) dalam video itu adalah sejenis pembodohan terancang yang dijana kelestariannya oleh kehendak United Malays National Organisation yang mahukan orang Melayu ini bengap sebengap-bengapnya supaya mudah ditolak ke tepi ke tengah dan diperintah-perintah. Lihat sahaja gaya macainya di SW1M itu yang menyuruh orang ‘listen’ sampai sepuluh kali kepada kata-katanya yang entah apa-apa.

Inilah dia ‘template’ pentarbiyahan UMNO terhadap anak-anak kalian di universiti dan sekolah-sekolah yang diheret ke latihan Biro Tata Negara. Pembodohan yang dipaksakan ini adalah rencah asli sup bunjut UMNO yang dihidangkan saban hari melalui media arus perdananya di kaca televisyen dan dada akhbar serta menjadi asas pembentukan mentaliti rakyat supaya tidak menyoal dan merelakan apa sahaja yang berlaku.

Namun begitu apa yang menyebabkan semua ini menjadi kelakar ialah respon Ketua Pemuda UMNO, Saudara Khairy Jamaluddin.Ketawa besar saya semalam setelah membaca kicauannya di laman sosial ‘Twitter’.

Akaun rasminya, @Khairykj menyiarkan ‘And on UUM issue. Please #listen to me: this Jabeen lady DOES NOT represent BN. Sekian,’ (Dan tentang isu UUM itu, tolonglah dengarkan saya. Perempuan Jabeen ini tidak mewakili BN.Sekian). Barangkali KJ pun sudah puas ketawa berdekah dan rasa terpaksa ikut serta untuk ‘menganjing’ respon si Jabeen.

Usaha Khairy untuk mengawal keadaan ini ternyata gagal. Takkan lah UUM nak biar siapa-siapa sahaja masuk berpogram dalam kawasannya jika tidak punya tauliah, apatah lagi tauliahan UMNO dan logo 1Malaysia. Lumrah, kalau sudah bodoh dan buruk, semua orang tak mahu mengaku kawan. Kasihan si Jabeen.

Fungsi universiti

Pastinya universiti itu adalah tempat untuk belajar dan tiada cara yang lebih baik untuk belajar selain bertanya soalan. Untuk ini Pakatan Rakyat menjanjikan kebebasan akademik tanpa campur tangan politik yang mengekang kebebasan berfikir dan bertanya soalan, lagi-lagi soalan yang bisa menyengat dan sensitif mengusik kalbu pemerintah.

Universiti pastinya bukan tadika. Tidak ada pasal untuk ada pihak-pihak tertentu masuk ke kampus dan menyuruh orang mendengar kata-katanya. Mahasiswa punya hak untuk memilih; samada untuk mendengar atau tidak, untuk percaya atau tidak. Dan mahasiswa juga berhak menyoal. Barulah namanya forum. Kalau mahu bercakap sahaja tanpa perhubungan dua hala daripada audien, jadilah DJ radio. Mudah.

Pindaan terhadap AUKU yang membenarkan mahasiswa berpolitik seharusnya dijadikan titik tolak untuk menerapkan kesedaran dan partisipasi politik di kalangan anak muda. Kalaupun UMNO mahu terus mendoktrinkan kebodohan ideologi politik etnosentriknya, lakukanlah dengan bijaksana dan dengan hujah-hujah yang ilmiah. Apabila saya sebut ilmiah, maksud saya hujah yang tidak mengaitkan masalah-masalah kambing, anjing dan ikan jerung dalam perdebatan yang sihat.

Forum akademik, walaupun tajuknya berbunyi bodoh; sewajarnya dijalankan dengan penuh rasa hormat kepada ilmu dan tempat menuntut ilmu Universiti bukan taman asuhan kanak-kanak riang untuk disumbat-sumbat kepala otak anak mahasiswa itu dengan maklumat tanpa soal jawab. Malahan budak-budak tadika sekarang pun sudah pandai bersoal jawab. Jabeen mungkin tidak datang daripada sistem pendidikan yang maju itu.

Listen

Ya, pastinya ada masa untuk mendengar. Dan masanya ialah sekarang. UMNO dan juak-juaknya telah menutup telinga sejak Mac 2008 dan tidak mempedulikan suara rakyat yang mahukan perubahan. Seperti budak kecil yang menutup telinga sambil menyanyi ‘lalalala’ tidak mahu dengar cakap orang tua; begitulah perangai kanak-kanak UMNO dan Barisan Nasional kini yang tidak akan langsung mengambil iktibar daripada tempeleng maha hebat lima tahun lalu.

Kini UMNO terus hidup dalam penafian, dan akan mati dalam penafian dan angan-angan yang mengabui matanya sendiri.

Penyudah kepada forum anjuran proksi UMNO di UUM itu pastinya tidak mendapatkan apa-apa hasil selain daripada hilai tawa masyarakat yang menyaksikan pembodohan oleh pecacainya yang gagal sama sekali mengubah pendirian rakyat untuk menghumbankan UMNO dan macai-macainya itu ke lohong paling gelap dalam sejarah negara.

UMNO seharusnya mendengar teguran ramai, atau menanggung risiko untuk pupus selama-lamanya.

Listen! – Izmil Amri/[Roketkini]

Laporan sebelum ini
klik untuk baca


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dulu la...
correct...correct...correct

kini kita guna pulak
listen...listen..listen

jadi dulu kini dan selamanya... listen, korek-korek-korek harta dibumi ini..melayu mudah lupa....

Anak kecil main api..terbakar hatinya yang sepi, air mata mata darah bercampur keringat..bumi dipijak milik.... lu talo la sapa sapa pun

Tanpa Nama berkata...

bodoh betul kak pah tuee..bagilah peluang kat bawani tuk bercakap dan berikan dia peluang tuk nyatakan pandangan..aku malu betul dengan mahasiswa kat uum sane..yang hang pa pi tepuk tangan tue buat apa..xkan lah xda sape2 yg berani dok backup biwani..em rugi2..kalu zaman aku jd student dulu da forum2 mcm gine dah lama aku bagi pendapat..

Tanpa Nama berkata...

aku masih ingat lagi masa cuti semester satu kat UUM, aku dan rakan2 mengikuti Biro Tata Negara di kedah, siap tunjuk gambar2 anwar rapat dgn yahudi dan mengapa kita patut tolak anwar... (masa tu x tahu sangat politik ni) baru skang tahu BN memang suka cuci otak pelajar.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Kita perlu Pertahankan Kalimah ALLAH???

Ingatlah kawan-kawan, demi Agama,Bangsa dan Negara tercinta ni, ayuh bangkitlah untuk mempertahankan kalimah Allah daripada digunapakai oleh Kristian. Ye memang ada Ulama yang setuju penggunaannya oleh orang bukan islam tetapi ingatlah dalam konteks negara Malaysia banyak sangat implikasinya jika kita benarkan mereka menggunakannya. Sangupkah anda semua melihat negara ini menjadi sama seperti negara jiran kita disana??? saya pasti anda semua tidak sanggup bukan.. Jangan lihat isu ini sebagai isu politik walhal banyak lagi perkara lain yang perlu kita settlekan. Mamang Allah, Tuhan sekalian makluk di langit dan dibumi, tetapi adakah kaum-kaum kafir itu mempercayai Allah sama seperti kita umat islam? Sanggupkah mereka mengEsakan Allah S.W.T??? jika mereka tidak sanggup kenapa kita sanggup menggadaikan kalimah Allah untuk mereka gunakan?? Semoga Allah mengampunkan kita..Amin Ya Rabbal-alamin.

Disini ada satu cerita yang saya ambil dari Mawar Cinta

Pengalaman Pelajar Kita di Indonesia


Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..

wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..

Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia

Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.

SK - Bagi aku permintaan mereka untuk dibenarkan mengguna kalimah Allah adalah satu permainan/taktik/helah bagi menarik orang-orang Islam di Malaysia supaya menukar agama kepada Kristian. Kalo sebelum ini amat berbeza antara 2 agama ini tapi sekarang makin ada persamaan (Tuhan ko Allah tuhan aku pun Allah cuma beza Nabi Isa dengan Nabi Muhammad je, tuhan sama). Kalo yang iman kuat tu mungkin la tidak terpengaruh, tapi bagi yg da memang jahil tu? Wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

Sebab itulah para ibu - bapa di M'sia kalau anda inginkan masa depan anak anda cerah Make sure pastikan parti cap dacing out dari parlimen dan digantikan dengan parti yang faham akan masalah rakyat dan cuba membuka minda masyarakat. Bukan parti cap dacing yang nak menyempitkan minda masyarakat bahkan dia nak bodohkan lagi rakyat macam lembu. Undi siapa sahaja asalkan bukan UMNO, MCA, MIC, PBS, GERAKAN dan mana - mana parti sekepala dengan UMNO.

Osama berkata...

tuan,
yg ALLAH larang kita ikut jauhi larangan tu..
apa jua jika tiada larangan dri Allah & RasulAllah usah memandai2 kita nk lakukan perkara tu!
kalau sengaja nk kaitkan kesalahan PR khususnya PAS dlm penggunaan kalimah Allah ni, kamu kena tanya kerajaan Be End umno mengapa membenarkan kristian di Sabah & Sarawak mengunakan kalimah Allah tu! Tanya juga pd Zahid Hamidi, kenapa membenarkan pengimportan ke negara kita kitab bible berbahasa melayu yg tertera kalimah Allah tu?
Allah bukan milik kita & bukan milik mak bapak kita je!
utk nk elakkan penyalahgunaan kalimah tu adlah tarbiyah... PAS berpolitik sambil berdakwah! PAS berpolitik sambil mentarbiyah! Tarbiyah bukan utk org islam sahja tetapi. melangkaui bangsa! UMNO buta bab ni! Be End tuli hal ni..sebab tu jdi carca marba pd rakyat!
Kesimpulanya... tolak umno @ Umat Melayu Naif Otak nya koloni Be End pd PRU ke 13 nanti!
ADA BERANI LAKUKAN PERUBAHAN?
menangkan lah ABU
Asal Bukan UMNO

Sniper berkata...

Mintak PR tlg arrange forum dgn betina nih... biar kita buat dia LISTEN pulak! dan ajr dia what respect is all about. Klau dia x sudi...kita suruh dia keluar dr malaysia!

Tanpa Nama berkata...

Tolak UMNO, tolak UMNO , tolak UMNO.
Dah tak de manfaatnya , rasuah, salah guna kuasa, rakyat semakin konfuse ttg ajaran Islam sbb dikelirukan oleh UMNO