25 Jan 2013

"Syaitan Yang Dikenali" Menyamar Sebagai Penyokong PAS!


Demo guna bendera PAS bukti Umno terdesak

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman menyifatkan tindakan sekumpulan pemuda mengaku ahli PAS dan mambawa bendera parti itu ketika demonstrasi di Kota Bharu semalam sebagai tindakan terdesak Umno BN.

Beliau berkata, tindakan itu juga sebenarnya cubaan untuk melaga-lagakan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain.

"Kita tidak mengenali peserta yang menyertai himpunan tersebut, malah tidak mengetahui langsung ada perhimpunan sedemikian.

"Apa yang boleh saya katakan ini merupakan tindakan terdesak Umno untuk melaga-lagakan PAS dan DAP bagi tujuan untuk politik mereka," jelasnya kepada Harakahdaily.

Semalam, hampir 20 orang pemuda berkumpul di Kg. Padang Enggang kononnya bagi mendesak PAS keluar dari Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah Allah.

Mengulas lanjut, Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, ahli PAS sentiasa menghormati setiap keputusan yang telah diputuskan oleh peringkat pimpinan tertinggi parti termasuk Majlis Syura dan tidak akan bertindak sedemikian.

Abdul Latif juga menjelaskan, tindakan tersebut juga menunjukkan Umno gagal menangani isu kalimah Allah walaupun agansi penguatkuasaan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) berada di bawah penguasaan mereka.

"Mereka (Umno) cuba menutup kegagalan mereka dengan menunding kepada PAS, dan mereka akan cuba mewujudkan perbalahan antara parti di dalam Pakatan bagi mencari undi Melayu.

"Kita dalam Pakatan tidak akan cepat melatah dan mengganggap itu hanya satu provokasi yang dilakukan oleh Umno, yang begitu terdesak untuk mempertahankan kemenangan mereka," tegas beliau.

Ulasan GB

Anehnya berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA yang disiarkan oleh akhbar-akhbar pencacai siap dengan gambar mereka yang berdemo menyatakan itu penyokong PAS.

Dan mereka itu dengan beraninya menunjuk dan mengibarkan bendera PAS.

Seolah-olah ada perancangan BERNAMA dan jurugambar tersebut untuk memburukkan PAS.

PAS, sebagai sebuah parti sah, boleh mengambil tindakan ke atas pendemo tersebut termasuk agensi berita BERNAMA dan jurugambar lantaran berita yang memfitnah PAS.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ambo lalu jln tu kmarin...ambo sempat tgok puok2 tu berkumpul depan skoloh p. Enggang..dan ambo tahu doh akn masuk dlm mna2 berita puok2 bn..skali tgok blh tahu slalu memey puok2 setan y d knali brkumpul d situ sbb siap ado cameramn tv3suku.x sampai 20 ore pn..nyo kutip budok2 x pok..ambo smpat amik gmbr lg...ambo nok jerkoh kan takut demo kato ore pas x dok adab...

Tanpa Nama berkata...

Biarkanlah Umno ni bersendiwara sendirian, itu tandanya mereka sedang mereng.

Tanpa Nama berkata...

hari ini ada nampak poster ceramah warna hijau. saya ingat ceramah pas. rupanya ceramah umno. biasa kerta warna biru. nak suka sunguh meno. agaknya warna tak dapat tarik perhatian, tak laku orang kata

Tanpa Nama berkata...

Ini lah yg dikatakan melayu haprak(det yg kata suatu masa dahulu).Dapat upah dua tiga hinggit, pegang banner jerit sana sini.malu nya aku dgn bangsa aku sendiri. Balik rumah membaca lah banyak2 sejarah islam dan dunia. Sunnah rasullulah, menuntut ilmu sampai negara china. ada baginda suroh mai kat tanah melayu ni, takdak naa. melayu ada apa - Dengki, fitnah, gadu domba, perbodoh orang ada la, pemalaih, nak cepat kaya, mudah jadi barua orang. sekian Assalamualaikum...

Tanpa Nama berkata...

biasalah orang orang melayu banyak lagi yang malas lagi jahil....semua nya kerana upah se coit. Mereka ini dhaif otak dan nafsu sehingga sanggup membahalol kan diri sendiri untuk membangga kan ketua bahalol nya.

apa sudah jadi dengan orang orang melayu sekarang, pemikiran benggap jauh berbeza dengan rakyat indonesia yang cekal matang dan rajin.

Tanpa Nama berkata...

Kalau perhati wajah org pas dan ameno ada beza walaupun sama sama pakai ketayap. inikan pulak takde sorang pun pakai ketayap dlm gambar tu.

Tanpa Nama berkata...

UMNO Kelantan dah habis modal untuk tarik perhatian pengundi.

Bermacam-macam cara dibuat tetapi nampaknya orang Kelantan lebih cerdik dalam sepak terajang politik.

Tanpa Nama berkata...

Suruh dia orang tunjukkan kad ahli PAS kalau benar-benar memperjuangkan ISLAM. Jangan-jangan nanti ditunjuk kad ahli parti Syaitan.