25 Jan 2013

[PANAS] 2 Menteri, 1 MB, 1KM Gagal Ujian Saringan SPRM, Dinasihat Tak Tanding PRU13


Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti. -SH


Gagal tapisan SPRM tetapi tiada tindakan undang2?


KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat pemimpin politik termasuk menteri besar dan ketua menteri tidak melepasi tapisan SPRM untuk menjadi calon tetapi persoalan timbul kenapa mereka tidak diambil tindakan.

Inilah yang dipersoalkan apabila media mula menyiarkan perkara ini ekoran tapisan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Menurut akhbar Sinar pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti, lapor muka depan akhbar itu hari ini.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti
-HD

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak boleh bertanding je? alang2 dah kantoi tu dakwa terus la.

Tanpa Nama berkata...

bukan gagal saringan lubang tak boleh nak katup dah bila boleh terlondeh gambar surimpose najib dgn tak superimpose masih lagi dlm pendrive tunggu nak meletup balik

Tanpa Nama berkata...

kira yang 4 tu gamaknya dah kira busuk betul dah...dari jauh dah bau..

Rakyat Malaysia berkata...

Ayuh.. BPR jangan takut, ambil tindakan segera, inilah masanya untuk menunjukkan kekuasaan mu.. BN tak akan payung mereka ni lagi kerana waktu inilah mereka terdesak untuk mendapatkan balik kepercayaan rakyat & untuk membuktikan kononnya mereka telus...uwekkkk...bangsat punya BN!!

Ammy Hassan berkata...

RALAT: Dua orang Menteri, seorang Menteri Besar, seorang Ketua Menteri dan seorang Perdana Menteri...

Tanpa Nama berkata...

Tak kan sedikit sahaja. Kan ramai lagi kaki rasuah dalam UMNO/BN.

Siapa dia rakyat dah tahu. Dalam pilihan raya nanti dia akan dihukum bungkus.

Tanpa Nama berkata...

Siapa orang tersebut? Tolong dedahkan wakai SPRM kerana kita berhak tahu siapa orang yang menyalahgunakan kuasa dan kami atas kapaasiti rakyat N'sia berhak mengambil tindakan undang - undang keatas orang tersebut. Sila dedahkan sekarang tak kira ianya orang UMNO ataupun PR. Walaubagaimanapun orang dinyatakan kemungkinan besar adalah UMNO sebab kalau PAKATAN dah lama diaorang dedah melalui media diaorang.