Lebih ramai 'pengundi hantu' dapat surat Najib
Lebih banyak kontroversi menyelubungi surat ucapan tahun baru dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas pembangkang menerima satu lagi aduan mengenai berpuluh surat tersebut dihantar kepada orang yang tidak dikenali di sebuah rumah di Petaling Jaya.
ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh yang juga menjaga kawasan pilihan raya Bukit Gasing berikutan kematian wakil raknyat, berkata aduan terbaru itu datangnya dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.
"Pemilik rumah tersebut telah menerima 28 surat daripada BN, tetapi dia tak kenal pun mereka," katanya dalam sidang akhbar bersama ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Kasthuri Patto, iaitu setiausaha politik kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang.
Untuk memburukkan lagi keadaan, Hannah berkata carian pada daftar pemilih menunjukkan terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali yang didaftarkan di alamat tersebut.
"Kami mahu bertanya kepada Najib dan (penyelaras BN Selangor), Datuk Mohd Zin Mohamed sama ada ini adalah pengundi hantu mereka?" kata Hannah.
Dengan mendedahkan sendiri 'pengundi hantu' tersebut, tegas Hannah, BN umpama "menyumbat gol sendiri".
"Saya tidak kata mereka tidak bijak, tetapi mungkin terdapat terlalu banyak pengundi hantu sehingga mereka pun tidak kenal." -mk
Ulasan GB
Hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh dielak.
Setiap sesuatu yang cuba disembunyikan oleh kerajaan UMNO BN melalui SPR dan JPN akan tetap terbongkar.
Seandainya mereka cuba juga untuk melakukan penipuan di dalam pilihanraya, hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya - kerajaan UMNO BN, SPR, JPN dan semua yang terlibat PASTI menerima hukuman yang dasyat.
9 ulasan:
selagi si bacul menjadi ketua nya, selagi itu lah orang orang nya menjadi bahalol sebahalol pengundinya.
sedih kan.
Jangan buang kad2 tahun baru itu.Ia kan berguna mengesan hantu2 dan jin2 yang akan menjelma datang mengudi pada PRU13 nanti. Senang bomoh2 Pakatan tangkap dan masukkan dalam botol kemudian hanyutkan dalam laut.
Bukti yang begitu jelas sepatutnya kita meneruskan HIMPUNAN TUNTUTAN BERSIH setiap hari sebelum PRU13; sehinggalah 8 tuntutan tersebut ditunaikan oleh SPR. Setuju tak?
Memang sah BN akan tipu dalam PRU ke 13 nanti. Awasilah kedatangan pengundi hantu di kawasan anda terutama di Selangor dan P. Pinang.
semua "surat" tu PR yg hantar la
hahaha hihihi huhuhu
Adalah terlalu bodoh hantar surat ke rumah penyokong pr..itu semua kerja pkr kemudian salah umno..
Jahanam pnye umno...natang mende la umno ni...setan jenis menda la..natang haram sguh...
sapa yang kata surat tu dari PKR??? bangang... NAJIB dah mengaku lah surat tu dihantar oleh BN selangor khas untuk pengundi2. nampak sangat tak alert news.
Kalau PR yg buat tu menunjukkan PR cerdik , kerana ia dapat kesan kembali nama tersebut dalam daftar pemilih m melalui cara itu, Kalau UMNO buat memang UMNO sentiasa Bodoh dan memang pun bodoh dari atas sampai ketukang sorak dalam dewan PAU semua nya bodoh Kalau tak bodoh ia tak kan buat perkara macam ni dan juga daftar kan Warga asing sbg rakyat yg bulih mengundi kerana tu semua akan MENJAHANAMKAN negara akan datang BILA MASA UMNO cerdik
Catat Ulasan