22 Jan 2013

Nama Islam Pada Parti: PAS Perlu Ambil Tindakan Terhadap BERNAMA & Rahim Tamby Chik


Gubal undang-undang larang parti politik guna nama Islam

MELAKA - Satu peraturan atau undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh sesebuah parti politik perlu diwujudkan agar tidak dimanipulasi dan disalahguna sesetengah pihak demi kepentingan politik, kata bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata, parti yang menggunakan nama Islam boleh merosak dan memburukkan kedudukan, imej serta reputasi agama itu sendiri.

Merujuk penggunaan nama Islam pada Parti Islam Semalaysia (Pas), beliau berkata, parti itu menggunakan nama Islam semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan dan melancarkan kutipan dana bagi projek pembinaan surau baru sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini, hari ini.

Sementara itu, Rahim yang juga Pengerusi Risda mahu kerajaan memandang serius terhadap kehadiran sekolah-sekolah pondok yang ditaja parti politik kerana dilihat cenderung menanam rasa kebencian terhadap musuh politik mereka. - Bernama

Ulasan GB

PAS boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas BERNAMA dan Rahim Tamby Chik kerana masih menimbulkan isu yang telah diputuskan Majlis Fatwa Kebangkasaan yang sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 peristiharan Majlis Raja-raja pada mesyuarat ke-188.

Fatwa sudah dikeluarkan pada 31 Mac 2000 menyatakan

"1. Tiada halangan untuk menggunakan perkataan "Islam" oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan "Islam" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada."


Akhbar pencacai UMNO sendiri, Utusan, pernah melaporkan bahawaMajlis Raja-Raja juga pada 22 Mac 2001 telah memutuskan bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik.

Ia juga memutuskan bahawa tiada pihak berhak menentukan keislaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam.


Keputusan itu yang dibuat berdasarkan usul Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, dicapai pada mesyuarat ke-188 Majlis Raja-Raja selama dua hari di Istana Negara.


Ternyatalah bahawa gesaan Rahim Tamby Chik itu adalah sesuatu yang karut malah menghina Majlis Fatwa dan Majlis Raja-raja yang telah memutuskan dengan jelas dan tegas: bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik.

11 ulasan:

Carlos Santiago berkata...

dah habis modal..pasni mesti kecoh dlm tv3...bodoh piang!! BANkami

Tanpa Nama berkata...

puak2 yg tak mahu melayu islam bersatu atas nama agama,sbb takut tak blh main toto..nanti tadak melayu naik genting.

puak2 yg cuma mahu melayu islam bersatu atas dasar bangsa..racism.. itu puak nama zionis pun itu mcm.

Tanpa Nama berkata...

Apabila si jahil berbicara dgn kejahilannya, tampak sangat kebodohannya...kecik2 taknak mampus, besar nyusahkan orang je.

Tanpa Nama berkata...

Sijahil bercakap islam

Tanpa Nama berkata...

Si perogol yang lebih tepat nyer...!!

Tanpa Nama berkata...

Binggung betul si Tamby ni. Dahlah jahil agama nak cerita pasal Islam pulak.
Agaknya si Tamby ni lebih seronok kalau ada Parti Perogol Satu Malaysia kot...!

Tanpa Nama berkata...

si Thamby ini kah yang benam budak sekolah dulu sampai Guan Eng masok jel...?

kalau lah betul ini Thamby, suroh aje duduk bawak pokok kelapa benam kepala nya dekat Pantai Tanjong Kling tu.

tak de apa cerita nak benam, nama Islam pun nak di benamkan. bahalol kot!

Tanpa Nama berkata...

Anak Tambi ni cakap pasal "manipulasi" - dia yang pandai dan bijak sangat manipulasi perempuan untuk nafsu sarakahnya.Punya bijak manipulasi - dia yang rogol orang lain pulak yang kena penjara.

budak longkang berkata...

Dia tu tak salah guna nama islam ke?dah mcm2 cter kuar.tgok blue hboh kat org.ape lerr.dah la wat sumpah reka sndiri.mana dalil pale atok dia ambik.tu lah.salah guna lagi islam.patut la wat cdangan gitu.rupenye dia yg dok wat ngn trio lucahnye ari tu.apa nama..trio 3 t.ni mesti geng kaki triple x ni kah kah.ptut muke smcm je keh keh.ade anak dara,bini,nenek,anak kucing btine pape la asal btina jgn bagi mamat ni tgok.bahaya woo..kah kah kah

tiang buluh berkata...

Dei anak Tambi! Masa PAS lemah tak pulak ada cadangan macam kau ni. Apa salahnya UMNO tu tambah Islam pada pertubuhan tu! Tak sesuai pulak! Tak boleh rasuah, judi, arak, fitnah, buat video lucah dan tak boleh ' tenggek ' budak bawah umor. Semua orang tahu kalau di pakaikan ' skirt ' kat tiang lampu pun, kau dah stim. Meleleh air liur.

Tanpa Nama berkata...

Kalo tak silap citer paling sensasi abab 90an, kes Ketua Menteri Melaka Rahim Thamby rogol pompuan budak sekolah bawah umur adalah seperti berikut:

Apabila laporan polis daripada budak pompuan bahawa dia dirogol oleh Thamby, mangsa terus dikawal ketat. Amat susah dapat diakses dari pihak-pihak pompuan.

Dari awal kes sampai habis dikurung didalam pusat pemulihan. Mungkin terdapat bayaran rasuah atau amcaman kerana ibubapa budak 15 tahun ini semacamnya menyokong Thamby hinggakan memburukkan anaknya sendiri (fikirlah bertapa j***K). Hanya Nenek budak ini yang terus menerus memcari kebenaran.

Semasa bicaraaan dimahkamah, muncul ramai anak muda melayu (upahan/tahan pukul)tampil jadi saksi bahawa mereka juga telah berkali mengomol budak tu. Tak silap budak pompuan itu diburukkan dengan cerita berbelas lawan 1(entah dari siasatan, direka atau semua budak laki2 itu tampil atas suka dan rela).

Bermacam2 lagi wayang kulit ditayangkan dimahkamah buat tatapan umum sepanjang prosiding tapi hanya sorang saja yang berani lawan mati2an iaitu LGE.

Akhirnya keputusan Ketua Menteri tak bersalah dikorek dari babak bahawa dia hanya cuci bibir atas makanan yang telah dibaham oleh berpuloh orang lain terlebih dulu. Kesian budak tu, diburukkan sebegitu rupa.

LGE jadi gila kenapa Melayu Melaka buta pada masa itu dan tak sokong dia. Beliau photostat kertas tampal serata tiang api menerangkan perkara sebenarnya (takder twitter/facebook lagi masa itu). Akhirnya dia masuk jel 2 tahun atas Akta Hasutan kerana ingin menegakkan keadilan bagi budak sekolah umur 15tahun yang teranaiya.

*Apa yang dipelajari dari kes diatas:
1. Orang kata, "nak dapat lesen memrogol di Malaysia, jadilah menteri BN dulu." Rakyat marah, BN pon ubah gelaran itu bagi kepada ahli sukan. Masyarakat bukan Islam marah, baik Hudud kalo macam itu. Takper cina pon boleh beli, BN ada jual asal jangan Hudud.

2. LGE jadi cerdik. Beliau menjadi Ketua Menteri.

3.Bekas Ketua Menteri jadi kurang cerdik. Dari Ketua Menteri menjadi pembekal Ayam untuk sesiapa yang kekurangan ayam betina untuk dilakon dalam filem.