Putrajaya - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Senator Datuk S. Nallakaruppan gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan.(gambar fail)
Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.
Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Zaharah Ibrahim, Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Mah Weng Kwai sebulat suara menolak rayuan Nallakaruppan.
Zaharah berpendirian bahawa tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.
Panel hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar RM15,00 sebagai kos guaman kepada Anwar.
Nallakaruppan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun tahun lepas yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Anwar untuk menolak pernyataan pembelaan Nallakaruppan.
Anwar membuat permohonan itu atas alasan Nallakaruppan gagal membekalkan butiran mengenai dakwaan yang dibuatnya.
Hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar yang akan dinilai oleh timbalan pendaftar mahkamah.
Pada 25 Ogos, 2008, Anwar memfailkan saman berhubung dakwaan Nallakaruppan dalam satu artikel, "Anwar terima RM60 juta".
Dalam pernyataan pembelaannya, Nallakaruppan mendakwa dia tidak berniat jahat dan kenyataan itu dibuat atas perlindungan bersyarat.
Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan memberitahu mahkamah bahawa beliau diarah untuk mengemukakan perkara itu kepada Mahkamah Persekutuan.
Anwar diwakili R.Sivarasa - Bernama

5 ulasan:
antara tanda2 prospek pemimpin....satu..satu halangan di ketepikan!!! Mara dan terus MARA!!!!
Saman, saman, saman semua penjilat dan anjing2 Umno. Saman tu jangan kecik2,bagi mereka menonggeng bayar. Lagi pun Pakatan Rakyat perlu wang banyak untuk kempen PRU13 ni. Kasi bangkrap diaorang, lagi pun duit2 tu mereka rompak dari rakyat.
INGATKAH KAU PADA DOA KO UMNO...KO UMNO..KO UMNO.....
perhatikan dan perhalusi, bahawa kebenaran tetap menghempap kebatilan..dan lihat lah tanda tanda kebesaran Allah keatas hamba yg berjuang demi keadilan dan kesaksamaan, keruntuhan dan kebinasaan juga kerugian sedang mereka alami di atas fitnah dan ketamakan kuasa..umporno insaf lah..
NALA PUNYA KURAP DIA TERDEDAH...NALA NI DALAM BAHASA UTARA MAKSUDNYA BESAR...
LEPAS NI DOK TERGARU-GARU LA PLAK...
Catat Ulasan