9 Jan 2013

Pasangan Mengaku Ada Anak Hasil hubungan Sulit


Kluang – Seorang wanita mengaku mempunyai seorang anak hasil hubungan sulit dengan pasangannya yang juga suami orang ketika ditahan dalam Operasi Cegah Maksiat di sekitar bandar Kluang, malam minggu lalu.

Wanita berusia 27 tahun itu ditahan oleh Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) bersama pasangannya berusia 35 tahun dalam satu bilik di salah sebuah hotel bajet.

Malah, lelaki terbabit yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya mengaku dalam proses perceraian bersama isterinya.

Ketua Unit Penguatkuasa Agama Jaij daerah Kluang, Anuar Kosnin berkata, ketika serbuan dijalankan di hotel bajet itu, Jaij terpaksa menunggu 10 minit, sebelum pintu dibuka.

“Ketika soal siasat dijalankan, pasangan berkenaan memberi alasan mereka akan berkahwin dan menyewa hotel hanya sekadar untuk berjumpa, bagaimanapun mereka gagal untuk meyakinkan pihak Jaij dengan alasan yang diberi.

“Hasil pemeriksaan mendapati, wanita berkenaan telah melahirkan seorang anak yang kini berusia setahun hasil hubungan sulit bersama pasangannya itu,” katanya.

Anuar berkata, pasangan tersebut akan didakwa di bawah Sesyen 27, Enakmen Kesalahan Syariah Johor dan boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Katanya, operasi yang dijalankan bersama anggota Cawangan Penyiasatan Khas dari Kem Mahkota bermula jam 1 hingga 6 pagi itu turut menahan tiga pasangan berusia antara 19 hingga 35 tahun.

“Kesemua pasangan tersebut turut didakwa di bawah seksyen sama.

Bagaimanapun, pasangan terbabit telah dibebaskan setelah dijamin oleh keluarga masing-masing, namun mereka dikehendaki datang ke Pejabat Agama Daerah Kluang esok (hari ini) untuk diambil keterangan,” katanya.

Anuar juga menyatakan bahawa operasi seumpama ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa untuk mencegah maksiat di daerah ini daripada terus berleluasa. -SH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tiada masalah pun jika orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, tapi dengan syarat Allah itu mesti dirujuk sebagai Tuhan sekalian alam, yakni yang disembah oleh orang Islam. Bukannya dirujuk sebagai pokok, matahari & lain-lain makhluk ciptaanNya. Tolong betulkan jika saya tersilap.

Tanpa Nama berkata...

Anon 3.50.
Betul tu.
Wlu bgaimana pun ambo nak tambah, dlm kontek negara Malaysia ni (ulang, Malaysia), ambo tak setuju, (buat masa ni), sbb mudah menglirukan esp thd org2 Islam tu sendiri.

Dah lah mereka selama ni tak diberi pendidikan sempurna oleh UMNO, yg kdng2 mengelirukan, ni nak ditambah pula oleh org2 kafir yg mungkin ambil kesempatan.

Cukup le buat masa ni kita bergabung atas tiket amanah, hapuskan rasuah, dgn kita tunjukkan bahwa Islam tu mudah, mudah2an depa tngok akhlak org2 Islam yg demikian, mereka terdetik utk menganut Islam.

Negara2 lain tu depa punya pasal sbb masy yg berbeza.

Wlu bgaiman pun pendirian ni mungkin bole berubah tengok pada situasi yg difikirkan sesuai misalnya, akidah majoriti umat Islam di Msia semuanya kukuh, pandai mematikan hujah2 kafirun & munafikun dsbnya.

Sbb tu ada berbagai2 pendapat, yg masing2 ada hujah2 yg baik, wlu bgaimana pun mesti ada yg terbaik ikut situasi semasa.

(post ni termasuk salah tajuk le)