9 Jan 2013

Video Sunamo Yang Sempat Dirakam Di Pantai Dungun


Penduduk bersyukur Sonamu tidak melanda
Kuala Terengganu - Penduduk merasa bersyukur kerana ribut tropika Sonamu beserta angin kencang yang diramal membadai perairan pantai timur Semenanjung termasuk Terengganu tidak menjadi kenyataan.

Tinjauan Bernama mendapati ramai penduduk yang tinggal di kawasan pantai seperti di sini, Dungun, Kuala Ibai dan Kuala Abang yang menetap sementara di rumah saudara mara yang tinggal jauh dari kawasan pantai, sudah mula pulang ke rumah masing-masing.

Namun nelayan kecil masih tidak berani ke laut ekoran angin kencang dan laut bergelora musim tengkujuh.

"Tok bersyukur tiada apa yang berlaku dan Tok yakin ini semua berkat usaha masjid, surau dan alim ulama yang tak henti-henti mengadakan sembahyang hajat sejak waktu Zohor kelmarin," kata Suri Dollah, 77, yang sudah pulang ke rumahnya di Kuala Abang yang terletak 20 meter dari pantai, setelah menumpang di rumah saudaranya.

Halimah Osman, 58, menganggap cuaca paling buruk yang pernah berlaku ialah pada 1984 yang turut menyebabkan sebuah kapal kargo tersadai di perairan Tanjung Jara akibat ribut dahsyat.

"Selepas itu tidak pernah lagi ada ribut sedemikian rupa. Cuaca buruk sejak kelmarin adalah sesuatu yang biasa bagi kami yang tinggal di tepi pantai sejak kecil," katanya.

Mohd Yassin Abdullah, 55, yang tinggal di pantai Kuala Ibai berkata sememangnya dia merasa takut dengan ramalan Sonamu kerana pernah mengalami peristiwa banjir besar beberapa puluh tahun dahulu.

"Tidur malam pun tidak lena dan kami telah bersiap sedia kemas sedikit sebanyak kain baju. Namun syukur bila tengok keadaan hari ini mula tenang dan laporan televisyen pun mengatakan ribut sudah semakin beredar," katanya.

Nelayan Yusof Osman, 48, berkata sudah sebulan dia tidak ke laut kerana keadaan cuaca yang berisiko kepada bot-bot kecil.

"Ketika inilah kami membaiki bot yang rosak dan saya membantu isteri yang berniaga di warung," katanya.

Namun terdapat juga kumpulan remaja yang seakan berpesta bagi menyaksikan fenomena ombak besar.

"Saya datang ke Pantai Batu Buruk ini untuk menyaksikan sendiri fenomena ombak besar seperti yang dihebahkan dalam TV dan surat khabar.

"Saya tahu ia bahaya dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran supaya tidak menghampiri kawasan pantai, namun saya ingin melihat sendiri fenomena alam yang luar biasa," kata Mohd Aliff Zahari, 22, yang ke pantai bersama rakan-rakannya. - Bernama

2 ulasan:

Awanama berkata...

Sama2 kita teruskan berdoa, munajat & kembali padaNya.

Yg mampu berdakwah masa pi pantai berkelah, jogging dll aktiviti, amik le kesempatan dakwah , cthya bila masuk waktu solat, solat lah di tepi pantai (buat persedian dgn wuduk, kompas, tikar dll), memberi salam pada penggunjung, senyum, pada pengunjung termasuk yg x tutup aurat, bercouple dll.

Mudah2an makhluk Allah di pantai2 selain manusia (pasir, air, ikan2, burung2, pokok2 dll) akan memohon belas kasihan pada Allah agar dijauhkan bala pada manusia kerana lebih ramai yg patuh padaNya banding yg ingkar.

"TOLAK PARTI YG KORUP, TAK AMANAH, AJAK PERKARA2 LARO & JAUH PADA ALLAH PADA PRU NANTI!!!!'

Awanama berkata...

Alhamdulilah