19 Mac 2012

Anjing Serang Budak Perempuan Di Seberang Perai

Seberang Perai: Seekor anjing dikatakan menyerang seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun di Bandar Perda di sini Ahad.

Dhiya Qairina, 7, menunjukkan gigitan dan cakaran anjing yang menyerangnya di Taman Perumahan Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, petang Ahad sambil diperhatikan oleh ibunya, Radziah Mohd Adas, 46. Dhiya yang bermain di hadapan rumahnya diserang oleh seekor anjing jirannya yang menyebabkan beliau diberi rawatan di sebuah hospital swasta. Kanak-kanak tersebut diselamatkan oleh bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif yang melihat kejadian tersebut.-fotoBERNAMA

Kejadian berlaku kira-kira 6.5 petang ketika Dhiya Qairina sedang bermain basikal bersama kawan-kawanya di kawasan rumahnya apabila seekor anjing tiba-tiba muncul dari rumah berhampiran dan menyerang mereka.

Ditanya pemberita di Hospital KPJ di sini pada Isnin, dia berkata, anjing itu sangat garang dan menerkamnya sehingga menyebabkan dia terjatuh.

"Saya sangat takut dan menjerit memanggil ibu dan bapa saya kejar anjing itu," katanya.

Bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, 47, berkata, beliau membaling basikal anaknya ke arah anjing itu, sebelum anjing itu melepaskan anaknya.

"Kami segera membawa Dhiya ke hospital dan dinasihat dimasukkan ke wad dan perlu dibedah akibat kecederaan di belakngnya," katanya.

Beliau berkata, selepas dibedah, doktor memberitahu isteri saya kecederaan anak saya tidak perlu dijahit.

"Doktor beritahu kami Dhiya perlu dimasukkan ke wad sekurang-kurangnya tigahari dan keadaannya perlu dipantau," katanya.

Muhammad Nur Akmal berkata, pemilik anjing itu yang juga jiran mereka melawat anakya semalam dan menawar untuk membiayai kos rawatan anaknya.

Beliau berkata, beliau telah membuat laporan polis semalam dan bercadangmengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing itu. - BERNAMA


Muhammad Nur Akmal Abdul Latif menunjukkan kecederaan pada anaknya, Dhiya Qairina, 7, yang diserang anjing di kawasan rumah mereka ketika ditemui di Hospital KPJ, Bukit Mertajam, hari ini. - BERNAMA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yg menyebabkan majoriti org2 Islam kat Msia ni (Melayu) takut anjing/fobia, sbb ni le.
Klu dia naik minyak, tiba2 bole terkam, klu kena gigit kan susah.

Klu setakat terpijak najis dia tu, no hal bole samak.

Kucing tu lain. So far tak de yg tibe2 serang org tak tentu pasal.