19 Mac 2012

Najib Rendah Moral, Ayahnya Pernah Tempelak Beliau Sebagai Kaki Perempuan?

Najib, kaki perempuan yang membawa Malaysia ke arah kehancuran

Bagaimana seorang individu yang tidak dapat memahami konsep yang ringkas dan terang boleh berada di kedudukan mengurus dan memimpin negara? Lihatlah kegagalan skim MyFirst Home dan keputusan terbaru memansuhkan skim saraan kakitangan kerajaan, selain dari kegagalan yang lain-lain.

Dilancarkan setahun yang lepas, skim pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah gagal kerana pihak bank enggan memberi pinjaman 100% kepada pemohon yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.

Bagaimana Najib boleh tidak dapat memahami fakta bahawa dengan pendapatan demikian, seseorang mungkin tidak ada wang tambahan untuk membayar ansuran rumah?Seharusnya Najib ketahui yang seorang individu perlu membayar berbagai-bagai keperluan seperti makanan, pengangkutan dan perbelanjaan lain. Selepas potongan EPF dan Socso, tiada lagi wang yang tinggal.

Walaupun Najib bukan seorang yang arif tentang kewangan, beliau ada penasihat, pakar, ahli-ahli dan 1.4 juta kakitangan kerajaan untuk beliau mendapatkan idea dan formula. Yang utama, skim tersebut bertujuan memancing pengundi terutamanya golongan muda. Najib bergantung kepada skim tersebut kerana beliau perlu menang dengan apa cara sekalipun dalam PRU ke 13, tetapi ianya menjadi satu kegagalan.

Hal yang sama berlaku kepada skim saraan kakitangan awam yang diumumkan Febuari lepas dimana jurang perbezaan antara kakitangan awam eringkat tinggi dan mereka yang berda dalam gerd yang lebih rendah-iaitu golongan majoriti- sangat luas. Pelan ini menjadi bahan kritikan sejak awal lagi dan akhirnya dimansuhkan oleh Najib kerana terlalu hangat untuk diteruskan. SBPA juga bertujuan memancing undi untuk PRU 13.

'Popularity poll' that went unnoticed and incompetent advisers

Tidak mengejutkan bila kajian populariti beliau langsung tidak dihiraukan, hanya segelintir sahaja rakyat yang mempersoalkan kenapa ianya meningkat ke 69%. Adakah ianya sesuatu yang dibuat-buat? Adakah kerana bagaimana soalan-soalan poll tersebut dirangka? Bagaimanapun, selain dari kajian meragukan di kalangan rakyat Malaysia, kekurangan respon menunjukkan rakyat telah membuat keputusan dan tidak akan mengubah fikiran hanya dengan keputusan man-mana kajian.

Najib gagal kerana beliau terlalu jahil. Beliau terus meletakkan orang yang salah di kedudukan yang tinggi. Mereka yang perlu membantu beliau dalam program transformasi, tetapi transformasi yang dilihat oleh rakyat ialah dari Ah Jib Gor kepada Ah Chep Gor, akibat dari dakwaan bahawa beliau menggunakan RM400,000 duit rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan nya.

Ah Jib Gor ialah nama panggilan yang diberikan oleh penasihat2 nya untuk memancing pengundi Cina. Tapi mereka tidak sedar nama panggilan tersebut membuat masyarakat Cina merasa penghinaan dan kurang rasa hormat terhadap tahap intelektual dan kematangan mereka ialah satu lagi tanda kesilapan besar percaturan pasukan perangka strategi Najib.

Dana 1MDB yang membeli aset Ananda Krishnan untuk jumlah kontroversi RM8.5billion mempunyai panel penasihat dan pengarah2 yang mempunyai latarbelakang yang meragukan. 1MDB, yang dikatakan oleh pemimpin pembangkang, Anwar Inrahim sebagai dana lumpur berbaur politik, kini mahu melupuskan aset2 lapuk tersebut diluar negara, yang mana para penganalisa mensyaki satu cubaan untuk menutup mulut rakyat tentang harga belian yang terlalu tinggi.

Tambahan pula, program transformasi ekonomi dan politik Najib juga gagal. Senarai panjang yang selalu digembar gembur tidak perlu kerana rakyat sudah tahu. Tidak banyak yang berjaya menarik perhatian pelabur manakala jumlah hutang negara terus naik.

Satu lagi kes memalukan yang bakal meletup ialah penyenaraian saham Felda Global Ventures. Setiap hari, ada saja peneroka Felda yang menolak idea yang mungkin akan memberi kekayaan kepada mereka di peringkat awal, tetapi kemudian mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan tanah kerana pengambilalihan oleh pakar pasaran saham.

Tetapi akhirnya isu kurang pemahaman PM terhadap isu dan konsep, ditambah pula dengan nasihat dari orang-orang yang salah, akan membawa kepada kejatuhan pemerintahan beliau. Pemerintahan yang dicemari malapetaka, ketidakupayaan, tidak jujur dan hiprokrit.

Rekod buruk Najib

Sejak Najib dipanggil balik dari England dan menceburi diri di bidang politik pada usia 23 tahun pada tahun 1976 setelah bapanya PM kedua Abdul Razak, meninggal dunia, beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kabinet bermula dengan Timbalan Menteri Telekom dan Pos, Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Kewangan.

Kemudian beliau di pilih sebagai Menteri Besar Pahang pada usia muda 28 tahun pada tahun 1982. Walaupun perjalanan lancar dalam bidang politik dan pendedahan yang diberikan oleh UMNO, beliau tidak menyumbang apa-apa yang berkesan kepada parti, pendapat nasionalis Melayu, Malaysia dan juga kedudukan politiknya sendiri.

Sepatutnya pengalaman sedemikian dapat membentuk beliau menjadi ahli politik sejati, yang mempunyai kematangan dalam demokrasi Malaysia yang moden dan membangun, pemimpin yang peka, prihatin dan memenuhi aspirasi rakyat. Seorang Perdana Menteri yang boleh dibanggakan oleh rakyat.

Kaki perempuan dan pertemuan dengan Rosmah Mansor

Najib bergelumang dengan skandal peribadi sebagaimana yang diberitahu oleh bapanya kepada seorang diplomat asing pada satu jamuan minum teh. Razak memberitahu anak lelakinya kaki perempuan sejak dari zaman universiti. Kemudian ada dakwaan khalwat bila dia ditangkap apa yang tidak sepatutnya dilakukan dengan seorang penyanyi di Port Dickson.

Najib juga terlibat dengan kontroversi bila meninggalkan isteri pertamanya untuk berkhawin dengan isteri orang, Rosmah Mansor. Ada yang menyalahkan Rosmah, yang mata duitan sebagai faktor utama dalam keputusan politik Najib. Tapi sama sepeti pasukan penasihat nya, Rosmah yang boros, terburu-buru dan agresif hanya sebahagian dari masalah Najib.

Tanggungan terbesar Najib ialah dirinya sendiri, kekurangan fokus, intelek dan keupayaan untuk mengenal dan memilih yang terbaik. Inilah sebab beliau sentiasa dalam kesusahan dan alasan nya sentiasa beliau tidak mendapat nasihat yang betul..Beberapa kali hal ini berlaku, sebelum rakyat sedar hanya orang jahil dan bodoh sahaja akan sewenang nnya dan kerap kali tersilap.

Altantuya dan zaman mewah Najib di Kementerian Pertahanan

Masih terbayang bayang dalam kepadanya seperti kata-kata Damocles ialah pembunuhan Altantuya Shaaribu, dimama Rosmah dituduh terlibat. Sudah tentu 2 bekas pengawal peribadi yang didapati bersalah atas tuduhan tersebut. Najib dan kawan baiknya Razak Baginda juga dituduh mengambil secara tidak jujur RM570 juta wang imbuhan dari syarikat gergasi menjual senjata Perancis DCN kerana bersetuju mmebeli kapal sleam Scorpene bagi pihak kerajaan Malaysia

Semasa Najib sebagai Menteri Pertahanan, beliau terlibat dalam pembelian 12 buah helikopter Eurocopter EC725 Cougar berjumlah RM2.3 billion,walaupun Brazil membayar hanya RM4.5 juta untuk 50 unit model yang sama. Najib juga memantau pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi dari Rusia bernilai RM3.2 billion, dimana komisen dibayar kepada syarikat Malaysia IMT Defence, pada kadar 12 peratus dari belian atau RM380 juta. Jumlah sebesar itu untuk menjadi orang tengah. Tapi Najib terlepas kerana UMNO.

Semasa zaman mewah beliau sebagai menteri pertahanan, Najib juga terlibat dalam skandal PSC-Naval Dackyard,dimana kontrak diberikan kepada PSC pada tahun 2004 untuk membekalkan bot patrol kepada tentera laut. Harga kontrak meningkat dari harga asal RM5.35 billion kepada RM6.75 billion menjelang Januari 2007. Lebih buruk lagi, hanya 2 bot yang rosak dari 6 buah yang sepatutnya. Dan 298 aduan direkodkan berkenaan 2 bot tersebut yang didapati masing-masing terdapat 100 dan 383 item tidak lengkap.

Rasuah dan perkauman makin buruk

Ikrar Najib untuk memerangi rasuah ternyata palsu. Najib membuatkan amalan rasuah makin teruk dalam 3 tahun lepas beliau menjadi PM selepas Abdullah Badawi dalam tahun 2009.

Dibawah pemerintahanya Proton terus dalam kerugian dengan rugi bersih RM88.2 juta untuk suku ketiga berbanding RM68.1 juta yang dicatat dalam masa yang sama satu ketika dulu. Perolehan merosot ke RM1.43 billion berbanding RM1.83bil dahulu>MAS juga mengalami kerugian walau terdapat kerjasama kontroversi dengan Air Asia.Kerugian tidak dapat dibendung,dan kerugian RM2.5 bil diumumkan minggu lepas.

Sekarang Najib bergantung kepada platform 1Malaysia untuk menyatupadukan negara, beliau gagal meraih respon. Hakikatnya beliau mungkin kelihatan tenang dan tidak perkauman, tetapi beliau mempunyai karakter yang meragukan. Beliau ialah Ketua Pemuda UMNO yang mengugut akan memandikan keris dengan darah kaum Cina pada satu rali di kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1987, tidak lama sebelum bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad melancarkan gerakan besar-besaran menangkap pemimpim2 pembangkang dan aktivis yang digelar operasi lalang.

Walau beliau mewarwarkan perlunya kesederhanaan, Najib memberi sokongan kepada kumpulan ekstrimis dan perkauman seperti Perkasa dan Jati. Rosmah sendiri hadir ke majlis anjuran Perkasa sebagai sokongan,memberikan indikasi bahawa penerimaan dan pengiktirfan dari pemimpin tertinggi. Sebagaimana kata para pengkritik, bagaimana rakyat boleh percaya beliau seruis berkenaan kesaksamaan dan keharmonian kaum?

Jadi apa kejayaan yang telah Najib capai selama ini?

Didalam negara, Najib tidak mencapai sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan dan apa yang konon nya dikatakan berjaya hanyalah rekaan semata. Beliau juga gagal membaiki imej selepas berbelanjan jutaan ringgit, dengan perunding media dari UK yang tertangkap menaja berita yang secara sengaja menggambarkan Najib dalam imej postif kepada pemerhati anarabangsa.

Najib juga gagal membaiki UMNO. Beliau gagal memberi pimpinan parti yang diperlukan untuk memberi nafas baru kepada UMNO. UMNO masih ditakuk lama dengan tabiat menipu, membeli undi, menyebar propaganda palsu dan memberi imbuhan untuk menang pilihanraya.

UMNO masih tiada isi dan integriti, gagal mencari ahli baru yang berbakat kedalam parti. Jika di bandingkan, PKR dan Pas lebih berjaya menarik golongan professional Melayu menyertai mereka berbanding UMNO. Perlu diberi perhatian kata singkatan ABU direka ketika zaman Najib- Anything But UMNO.

Di peringkat antarabangsa, Najib terkenal dengan percutian mewah keluar negara dan perjumpaan dengan VVIP-jelas penuh kemewahan dan dibayar oleh pembayar cukai negara. The Global Movement of Moderates, yang dilancarkan oleh Najib pada 16 Januari 2012 sebagai tinggalannya kepada dunia, gagal. GMM ggal meraih sokongan kerana Najib bukan orang yang berkebolehan. Bila beliau bercakap berkenaan idea- idea mulia dan persamaan hak manusia diluar negara, di negara sendiri beliau melaungkan retorik perkauman, amaran yang beliau akan terus memegang kuasa walaupun bermakna ”crushed bodies’,”lost lives’ dan”ethnic cleancing”.

Tamparan paling hebat dalam cita-cita Najib diperingkat natarabangsa datangnya bulan lepas bila Washington Post menyiarkan berita bertajuk Najib juara “ champion of doubletalk” bila pemerintahan nya secara tidak sah menghantar pulang penulis Hamza Kashgari untuk menghadapau hukuman pancung kerana dakwaan murtad.

Mungkin, ketidakupayaan nyata beliau ialah kegagalannya mengawal isteri nya. Bagaimana seorang lelaki yang lemah boleh mengurus negara dengan hutang RM460 bil, dan tergelumang rasuah di setiap tahap dalam kerajaan nya. Memang Najib tidak berkeupayaan, beliau tidak sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri. UMNO tiada pilihan-siapa lagi kalau bukan Najib? Jika demikian, apa lagi UMNO? -Malaysia Chronicle

17 ulasan:

fiQ berkata...

Salam, komen sy ini tiada kaitan langsung dgn artikel di atas. Ianya berkaitan dengan ruangan iklan blog yang terdapat di sebelah kanan blog ini. Terdesak sangatkah admin sehingga perlu menerima iklan sebegitu rupa? 'Awas aksi skodeng'??!! ianya secara langsung menjatuhkan imej blog ini yang seterusnya menyebabkan blog ini akan dipandang rendah oleh pembaca.

Basteng berkata...

Bagaimana mungkin seorang lelaki yg tak mampu utk mengawal isterinya( utk menutup aurat rambut!) boleh mentadbir sebuah negara & menjadi pemimpin!tq

Unknown berkata...

Terima kasih sdra FiQ

GB ingin bertanya kepada sdra dan kepada semua pembaca: berapa banyak sumbangan secara tetap yang dilakukan oleh FiQ dan pembaca kepada blogger-blogger PR seperti GB selama ini?

Apa usaha yang dilakukan oleh parti sendiri supaya blogger-blogger PR seperti GB akan tetap terus berada di alam siber bagi mempastikan kelansungan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan?

Blogger seperti GB terpaksa mencari sumber tak kira dari mana asalkan blog yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan ini dapat terus berada di persada maya - kerana tiada siapa memperdulikan nasib kami.

Iklan itu salah? Asalkan ia tidak keterlaluan dan tidak melampaui batas kami akan teruskan.

Dan kita tidak menerima iklan sedemikian lagi jika kita sudah mempunyai sokongan tetapi selama ini, tanya apakah yang anda sudah lakukan untuk membantu para blogger yang anda sama-sama baca tulisan-tulisan mereka.

Itu jawapan GB di padang masyar nanti.

Tanpa Nama berkata...

Najib juga dilindungi oleh agensi dan jabatan kerajaan yang berkuasa dalam pendakwaan dan penguatkuasaan undang-undang. Sebab itu deliau dan "geng"nya rasa selamat.

pemantau berkata...

Tuan,

Matlamat tidak pernah halalkan cara.
Menyiarkan iklan dengan gambar perempuan bogel seprti itu adalah bersubahat namamanya...ada share yang akan dibawa mati nanti!

acop Melaka/Phg berkata...

salam sdra GB.. sy hormatkan blogger sdr ini yg begitu telus faktanya dan boleh kami dipercayakan . Ramai pembaca yg intelektual faham mengapa perlukan letakkan iklan2 tersebut diblog sdra. Jgn kuatir kerana komentar pertama diatas tersebut..kami yg ramai membuka dan menyokong blog saudara GB ini...teruskan usaha saudara.

Unknown berkata...

pemantau,

Benar, matlamat tidak menghalalkan cara tetapi ada kekecualian:

pergi belajar usul-fiqh lagi.
"keperluan yang sangat kuat dan memaksa untuk membuat suatu yang diharamkan oleh syarak"

Bilakah mahu digunakan kaedah ini di dalam Islam

Prof HAMKA menyatakan mereka yang tak tahu kaedah usul-fiqh akan kacau dalam hidup beragama.

jika anda menyatakan tidak boleh, maka jangan datang ke blog gb lagi kerana anda juga bersubahat melihat gambar tersebut. biar blog GB ketiadaan penunjung lantarannya. GB tidak pernah memaksa kamu tiba di sini.

GB tahu apa yang GB lakukan. Panggil sekalian ulamak dan sekalian pimpinan PAS yang tinggi-tinggi itu, GB sedia berhadapan dengan mereka. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju dgn GB

tak sama dengan blogger UMNO yg dapat habuan berpuluh ribu ringgit sebulan untuk menyerang PR.

sedangkan blogger PR ada diantaranya terpaksa melalui segala kesuakaran untuk menjadi tentera siber tanpa diperdulikan nasibnya oleh sesiapa.

ia sebagai pembuka mata kepada pimpinan PAS dan PR sendiri untuk mereka bermuhasabah apa yang mereka ada lakukan untuk menjaga kebajikan blogger2 PR selain dari mengecapi setiap hasil usaha blogger-blogger ini dengan senyum lebar kerana usaha mereka menentang UMNO BN telah diringankan dengan kewujudan blogger2 ini.

Lagipun seperti yang saya lihat, gambar iklan itu taklah melampau sangat. tak bogel dan imej tak jelas, tak seteruk adegan2 cium dan peluk.

Tanpa Nama berkata...

perkara iklan kecil begitu yg dihebohkan sedangkan gambar dan video bogel fitnah DSAI yang berleluasa dalamn blogger UMNO tu sampai tunjuk kemaluan kamu tak amik kisah malah lansung tak bersuara untuk mencegahnya.

betul2 syaitan bisu.

Larasepi berkata...

ole kerana sy jg salah 1 pembca..so terpanggil le tuk komen..

1. sal iklan..pd sy no hal pun..malah kalo tadak komen td..tak perasaanpun..

2.sal funding..well tu pun bg sy tepuk dada tanya selera..n trpulang le to masing2kan...cuma..hm cuma skdr nak nyampuk je le

3. kita org yg umpama nyamuk ni pun bjuang gak tuk aspirasi rakyat secr s/rela kat fb,pg grup2 politik bpereng n menangkis fitnah blogger/cai2 umngok tu..kena carut maki hamun gk..kena hack akaun,kena baiki nb.mmcm esp time prk..semua poket sndiri ...byr b/bnd x bulan..malah ratusan/ribuan trooper pr ni tak di kenali pun apa lg diacknowledge ole parti ke pimpinan..no hal gak..keran sprti yg p turun BERSIH 2 DULU ..ESP ANAK2 MUDA..nawaitunya ikhlas..> kebenaran n menentang kebejatan..

g le jenguk pg grup..cm Jingga 13 tu.RTPJ.Dewan perlimen dll..btp byk yg bjuang gak kat situ? n kita org paki mmcm akaun le n nama samaran..

sy b/blog gak..cuma mungkin cuma persepsi n tahap marhean..kerana tidak ada/dpt maklumat yg langsung or pasti kesahihannya..supaya tak fitnah hanya tulis persepsi /pdgn sndiri n copy paste..tp penulisan itu gak disalurkan > ratusan/ribuan pmbc fb...funding? hmmm tak pnah mimpi pun sapa2 pun yg memerintah negara ni ..well aku tetap aku gini dgn idupku membanting tulang 4 kerat..cuma tak rela melihat kemungkaran n kebejatan depan mata tnpa melakukan takat mampu..sekian..maaf kalu terkasar bahasa..mnyentuh hati..salam

Tanpa Nama berkata...

apa lagi fiQ & pemantau

hulur ler sumbangan kamu
jgn hanya pandai mengkritik tetapi bila suruh beramal anda berdiam diri.

kami yakin dengan penjelasan gb.

Tanpa Nama berkata...

apa lah korang semua (yg terlibat dgn perbalahan iklan GB)

mengapa perlu ada cabar mencabar... mengapa perlu ada komen yg beremosi... bagi aku pemantau dan fiq hanya menegur... salah ke? cuba jawab cara yg baik....

supaya tiada yg berasa hati... kalau macam nilah tahap utk berbincang atau meluahkan pendapat... sory lah bro... masih jauh lagi lah kemenangan islam...

biar GB je yg jawab sudahlah... yg banyak tukang menyampuk dgn mencabar, memberi komen dgn emosi tu apahal....

kalau bagi pendapat dgn berhikmah oklagi... ini tak mengalahkan tuan punya blog GB.... dah serupa macam penyokong UMNO... melalak tak tentu pasal...

Tanpa Nama berkata...

najib bukan kaki perempuan, tapi perempuan yang kaki najib???

1 Malaysia berkata...

Kekadang gua pun hairan dengan Ah Jib Kor. Baru-baru ini gua ke negeri Sarawak dan oleh kerana hotel tidak membekalkan siaran astro, jadi gua hanya mendengar berita dari TV1, 2 dan 3. Sedih dan amat sedih dengan intipati beritanya. Kalaulah BN kuat dan teguh, tak perlulah depa dok hentam pembangkang. Depa hanya perlu 'highlight'kan kebolehan dan kelebihan depa. Dengan menghentam pembangkang dalam media 'kerajaan' amat memalukan dan mengaibkan.
Anyway, gua masih menaruh harapan agar BN dapat berubah walaupun pada masa kini, ianya nampak sifar dan kosong. BN mungkin akan dapat berubah dengan mengganti semua pemimpin-pemimpin yang sedia ada? Mungkinkah? Atau ianya serupa aja. Pemimpin BN yang ada sekarang bukan saja buta malahan pekak. Contoh yang paling jelas ialah menyatakan DSAI penyokong ISRAEL. Betulkah? Atau depa sedang menyebarkan kelemahan depa tu sebab satu dunia tahu yang kerajaan di bawah BN menjalinkan perniagaan dengan ISRAEL. Lagi hebat TV1/2/3 mencanangkan berita ini, lagi nampaknya kelemahan dan ketololan serta brutusnya BN.
Entahlah. Mungkin ini adalah petanda dari Yang Maha Esa, Allah swt. Orang buta dok gelakkan kat orang yang celik kerana tak dapat melihat.

Tanpa Nama berkata...

bab iklan kecik tu pun nak jadi hal.
tak der apa pun masalahnya. betul juga kata gb, tak usah tengok jer kalau tak suka. buat apa renung lama lama dan gambar itu pun ditutup dgn perkataan2 yang besar.

saja jer nak wat isu kot

ustkhairy berkata...

pada pandangan saya dua-dua betul. penegur berhak menegur dan gb berhak untuk menjawab.

Islam tertegak dengan hujah. hujah gb boleh diterima.

dua orang yang menegur khuatir gb terjebak di dalam kesalahan, dan gb pertahankan kerana kewajipan untuk teruskan perjuangan.

Kita tak boleh dapat 100% perfect. Bila tak dapat 100% perfect, itulah "kesempurnaan" bagi makhluk sebab makhluk mesti ada kekurangan.

Di dalam syarak, hukum boleh berubah jika terdapat keperluan mendesak selagi tidak melampaui batas.

Harakahdaily sendiri pernah menyiarkan iklan ubat2 kuat yang akhiurnya sedikit demi sedikit dihapuskan apabila kedudukan kewangan bertambah kukuh.

Begitu juga halnya blog GB ini. Kita sama2 berdoa agar dimurahkan rezeki untuk GB sehingga GB tak perlu lagi nanti melayan siaran iklan2 sedemikian.

wallahuaklam

Tanpa Nama berkata...

untuk pembaca blogger, sekiranya anda matang, sejauh mana pun iklan itu jahat/kotor, tumpuan anda hanya akan tertumpu kepada isi-isi blogger...semua itu hanya bertujuan "survival"...saya tidak pun perasan iklan iklan itu sebab tumpuan saya cuma apa yang ingin disampaikan oleh blogger...sudah cukup baik blogger masih meluangkan masa dan berusaha menyampaikan pendapat dan apa yang tersirat utk dikongsikan bersama tanpa meminta sesen pun daripada pembaca blogger....dunia ini tidak seindah yang disangkakan dan dunia ini tidak mudah utk dicorakkan...pandai2xlah nak tapis apa yang baik dan apa yang jahat, yang patut dan yang tak patut...