19 Mac 2012

Kes Malaysia Paling Selamat - Tangan Tukang Gunting Rambut Dilarikan Penyerang

Petaling Jaya: Seorang lelaki warga India putus tangan kiri selepas ditetak oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Seksyen U5, Panasuria, di sini, petang semalam.

ANGGOTA polis forensik memeriksa sebuah kedai gunting rambut selepas tangan tukang gunting dipotong penyerang di Seksyen U5, Panasuria, Petaling Jaya, semalam. Tukang gunting rambut kena tetak sekumpulan lelaki bersenjata parang

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mangsa dikenali Murgesh, 40, yang bekerja sebagai tukang gunting rambut didatangi sekumpulan tiga lelaki yang bertindak menetak sehingga putus pergelangan tangannya.

Mangsa yang mengalami kecederaan menggelupur kesakitan sebelum orang ramai yang berada dalam premis berkenaan menghubungi ambulans dan mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB).

Difahamkan, pergelangan tangan mangsa yang putus dibawa lari oleh suspek dan gerakan mencari yang dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) di sekitar lokasi kejadian sehingga jam 10 malam tadi belum ditemui.

Pemilik kedai makan yang dikenali Hasni berkata, beliau yang berada bersebelahan premis mangsa terkejut apabila seorang lelaki berlari ke arahnya meminta nombor telefon polis.

"Saya yang tergamam bertanya apa yang berlaku sebelum lelaki itu memaklumkan tangan kiri pekerja kedai gunting rambut putus ditetak tiga lelaki.
“Saya terus bergegas melihat mangsa dan ketika itu dia menggelupur kesakitan sambil memegang tangan kiri dan memaklumkan dia ditetak dan suspek membawa lari tangannya yang putus,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes berkenaan tiada kaitan dengan samun. -BH

Ulasan GB

Tema hari Ini:

GB sehingga saat ini masih tertanya-tanya kebenaran berita ini:



13 ulasan:

Amuraria berkata...

MALAYSIA PALNG SELAMAT? UNTUK PENYAMUN,PEROGOL PEMBUNUH DAN BAKAR ? APA PUNYA TURR !

wonder why berkata...

Malaysia paling SELAMAT untuk orang UMNO sahaja. Lain semua tanggonglah sendiri. Nasib baik jadi macam tukang gunting warga India. Inilah Polis malaysia banggakan.Hanya 1% anggota polis terima rasuah, selebihnya cuma kapor rasuah.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia paling selamat bagi pemimpin UMNO yang masih berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

memang malaysia negara peling selamat pun....PALING SELAMAT UNTUK PENJANAYAH !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Selalu kenyataan2 para menteri bila dinilaikan balik akhirnya yang sebenarnya bertentangan dan mencurigakan. Bila kenyataan antarabangsa yang tidak menyebelahi kenyataan menteri2 berkenaan seperti Ketelusan Indeks Rasuah , Laporan Ekonomi Global dan seumpamanya tidak pula dihebahkan di media2 nasional. Sampai bila pihak pemerintah hendak menipu rakyat agaknya....... Oleh itu renong2kan lah.

hairan berkata...

betul tuh abg2 semua... Malaysia nih negara paling selamat untuk orang2 bn/umno/mca/mic menibai harta benda rakyat malaysia dan juga paling selamat utk penjenayah sebab mereka telah mengamalkan 'kepimpinan melalui teladan'!

hancussssssssss la negara ku yg tercinta!

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Pakcu nak respon sikit dalam bab keselamatan ni. Ia bagaikan di sebuah sekolah yang mana peraturan dan tindakan akan dikenakan bagi pelajar yang tidak mengikut peraturan disiplin dan melanggar tatatertib.

G.Besar dan guru sering menasihati pelajar agar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tapi berlakunya vandalism dan buli adalah atas kehendak pelaku yang sengaja melanggar peraturan.

Maka begitulah jenayah yang berlaku masa kini. Untuk menyalah dan meletakkan kesalahan dengan menuding jari keatas orang lain samalah menyalah G.Besar dan guru bila pelajar melanggar peraturan. Masakan setiap kesalahan diluar kawalan dan pengetahuan pihak berkuasa maka itu menjadi alasan untuk kita palitkan dan melaung dengan menyanggah begitu sekali.

Apakah setiap masa dan lorong perlu diletakkkan pihak polis disitu untuk menjamin keselamatan?.
Apakah mungkin pelaku jenayah mesti meminta izin dari polis sebelum bertindak ..? Kita perlu memahamii dan sama-sama bertindak mencegah jenayah ini memaastinya Malaysia akan aman dan tidak berlakunya perkara seperti ini....Bukan lah hanya setakat memberi komen negatif dan berpandangan serong yang entah apa-apa ...walahualam

non baling berkata...

Jangan salahkan Polis semata-mata. Cuba anda fikir, mengapa ada penjenayah ? Bagaimana terciptanya penjenayah itu ? Tidakkah ia wujud daripada perjalanan SISTEM ( macam-macam sistem ) Siapa yang punya kuasa ke atas sistem ini ? Itulah puncanya.

Tanpa Nama berkata...

pakcu rantau panjang oiii...

memanglah penjenayah tak akan mintak izin dr polis bila nak buat jenayah, org salahkan polis ada sebab bukan saja2.

macam ni, kalau ada undang2, polis lemah dlm penguatkuasaan, itu yg penjenayah ambil kesempatan, sama jugak kes kastam, imegresion dlm bab seludup org, seludup dadah. bukan kami semua salahkan 100% pd polis, cuma kami kata penguakuasaan yg lemah mnyumbang kpd kadar jenayah yg tinggi.

satu lagi sebab polis suka jadi anjing kena cucuk idung, apa yg pemimpin yg pegang kuasa kata, mereka akurrrrrrrr.. tapi rakyat marhain ni tak diendah sgt pun.. ceramah pembangkang yg tak ada salah apa2 pun digertak, diburu, dikawal bagai nak rak.
pun begitu tidaklah semua kami salahkan polis, ada polis yg betul2 menjlnkan tugas dgn cemerlang dan amanah, majoriti yg x elok tu.

lagi 1 yg org ramai dok gelisah hal jenayah ni sbb pendidikan kpd masyarakat tiada, nak didik msyarakat ni kenalah dtg dr pemimpin, polis boleh jugak. pemimpin pun songlap juta & billion, habis pemimpin nak didik masyakat mana mana?

akibatnya org buat jahat makin banyak, org jahat selamba rock buat jenayah dan maksiat, tak takut2 lagi, sebab keliling org jahat, tak ada org nak ambil tindakan cepat2. cth panagih dadah, mat rempit, bukan nya dia org takut malah depa bangga lagi, terbalik org awam pulak jadi takut kat org jahat.

nana penang berkata...

aNON 0140, Dok cakap pasai Polis tak buat kerja apa nya... Apa peranan masyarakat sebenarnya ? Hang hang aku aku, tu yang jadi dalam masyarakat !

fidel castro berkata...

terdapatt jurang yang besar antara masyarakat dan PDRM. hari ini kakitangan badan kerajaan hanya bekerja untuk BN bukannya malaysia.
sebab itu kita lihat jarang ada rondaan di taman / jalan raya.

Tanpa Nama berkata...

saya nak bagi cadangan, kalau nak malaysia ni betul2 selamat, minta pihak tentera juga menjalankan tugas rondaan keselamatan tak seharusnya bersama polis, tentera juga harus meronda sepertimana polis, contohnya seperti di sempadan pasukan tentera cemerlang, bukannya menambah anggota rondaan bersama Rela dan jpam yang langsung tak mengerunkan penjenayah pada hari ini

Tanpa Nama berkata...

saya setuju 100% apa kata kita beri peluang kepada pasukan Tentera dalam melaksanakan tugas untuk ketenteraman awam, mereka juga mempunyai segala kemudahan dan juga anggota yang cukup terlatih untuk melaksanakan tugas rondaan cegah jenayah, semoga Malaysia akan lebih aman lagi kerana ada dua penguatkuasa besar yang mampu melaksanakan tugas negara ini.