16 Dis 2012

Ratapan Orang UMNO Berbeza-beza

Orang Melayu akan ditimpa malang jika UMNO tewas dan bukan lagi jadi kerajaan. Ungkapan kata2 ini berkemundang dalam dewan PWTC semasa PAU 2012 baru2 ini. Beberapa orang telah menangis hiba. Maklum sahajalah, presiden UMNO memekik dan melolong melafazkan kebimbangan nya.

Walau bagaimanapun, kita tidak akan memandang rendah kepada pahlawan2 UMNO yang menangis. Pahlawanis pula yang di ketuai oleh ketua nya, srikandi UMNO nombor wahid, Shahrizat Abdul Jaleel, mungkin bercadang mahu menarik narik rambut jika mereka berjiwa Melayu. Atau kalau ada darah campuran Hindu, akan mahu menyelak kain dan menyinsing lengan baju. Kalau ada tembakau dimulut akan nampak hebatlah lagi pahwalawanis UMNO.

Najib telah menggambarkan bagaimana kehidupan orang Melayu akan tergugat dan diancam. Jika mudah sangat UMNO rasa terancam, maka 55 tahun memegang kuasa, apa sudah mereka lakukan?

Apa sudah jadi kepada Presiden UMNO yang sedikit masa dahulu cakap berdegar degar mengenai 1Malaysia? tidak ada yang terpinggir dan tidak yang ditinggal? Apa sudah jadi kepada presiden UMNO yang cakap besar mengenai model ekonomi baru? Apa sudah jadi kepada presiden UMNO yang bercakap besar mengenai ETP, GTP, NKRA nya dan lain2 singkatan kata2? Semua nya sudah dihumban keluar.

Kehdupan orang Melayu seperti mana yang mereka kecapi selama ini akan berakhir.

Kehidupan yang ahli UMNO lalui dan harungi amat berbeza. Kepada majoroti orang Melayu, kehidupan salaam 55 tahun dibawah penjagaan dan perlindungan UMNO menyebabkan 8.5juta orang Melayu hidup dengan pendapatan RM 1500 sebulan. 240,000 dari 260,000 bekas tentera hidup tanpa pencen dan terpaksa mencari rezeki sebagai buruh, jaga dan security guards. Ertinya, rakyat biasa, ahli UMNO biasa hidup sebagai rakyat yang terpinggir. Nikmat yang mereka rasai tidak lebih daripada hasilan minima tanggung jawab mana2 kerajaan dalam dunia.

Kehidupan antara Melayu istimewa dan Melayu terpilih berbeza bagai bumi dengan langit daripada kehidupan yang dilalui oleh rakyat biasa. Rakyat hidup biasa, yang istimewa hidup istimewa. Pemimpin UMNO hidup sebagai tuan, ahli UMNO dan orang Melayu seperti hamba. Pemimpin UMNO hidup sebagai warden, rakyat seperti mereka yang diawasi.

Kita tidur atas tilam yang sama, tapi bermimpi yang lain2.

Jadi, orang UMNO menangis kerana sebab yang berbeza. Pemimpin, golongan istimewa dan elit menangis kerana kehidupan menyalahguna kedudukan, kehdupan hisap darah dan ambil untung dan riba, akan berakhir. Kehidupan golongan istimewa dan aristocrat politik UMNO yang membudak budakkan dan membodohkan orang Melayu akan berakhir.

Kehidupan golongan elit yang dibangunkan diatas pembohongan bahawa orang Melayu terancam yang telah membolehkan golongan yang bercakap menegnai ancaman tersebut, akan berakhir. Itu yang golongan elit dan yang Dato Najib tangiskan dan pekikkan.

Rakyat biasa hanya manangisi kepada metos kehidupan yang telah direka oleh golongan elit UMNO. Yakni suatu hidup yang senentiasa terancam yang menyebabkan rakyat merasa perlu bernaung dengan UMNO. Setelah 55 tahuh berkuasa, UMNO masih gagal menyngkirkan ancaman tersebut? Apa yang telah mereka lakukan?

Maka rakyat dan orang Melayu secara umumnya, meratapi pemusnahan metos mengenai kelemahan dan kadaifan mereka. Mujurlah mereka meratapi berkahirnya suatu cerita dongeng dan rekaan. Golongan elit, golongan bangsawan politik- mereka menangisi berakhirnya reality hidup yang selama ini mereka palsukan. -sakmongkol

13 ulasan:

GEBU berkata...

Tidak ada Islam UMNO yang menangis apabila doa dibacakan tentang perjuangan dan kesengsaraan hidup saudara Islam dibumi Plastein, Syria, Burma dan lain-lain negara Islam tapi menangis apabila Presiden UMNO menyatakan tentang keadaan yang akan dilalui oleh orang Melayu apabila UMNO mampus dek kebangkitan rakyat.
Kesian kepada kepada ahli UMNO yang menangis ni kerana membuang air mata bukan kerana ALLAH tetapi kerana duniawi yang amat mereka cintai ini. KESIAN,KESIANAAAAAN,KESIANAAAAANNN

Tanpa Nama berkata...

depa menangis sebab ketua bahagian,ketua cawangan takdapat kontrek lagi kalo depa kalah,,bukan sebab melayu,,depa dah buat melayu merempat dan dah jadi peminda sdekah...bila nak kalah,depa nangiss..

Tanpa Nama berkata...

Yg menangis dalam umno kebanyakannya org org tia, wanita wanita (maaf cakap) Yg hanya lah jadi pak dan mak angguk yg takde maklumat tentang jenayah dan rasuah pemimpin2 umno. Udsh udah Lah tu pak cik dan makcik, jgn terus jadi bodohhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

mereka lupa.. semasa PAU pak menteri ka, mak menteri ka..leh pluk, bertepuk tampar.. selepas PAU, mereka menoreh, memukat, mcm2 me lagi lah... tp pak menteri dan mak menteri sume hdup senang lenang.. slagi leh klepet, depa klepet..

BaDiN berkata...

orang amno/apco yg menangis atau yg tidak bukan sebab kerana melayu kalah TAPI tidak dapat mengaut kekayaan,membelanjakan wang negara/rakyat/pembayar cukai macam hak mak/bapak mereka punya.Fahaman sekular dan assobiyah yang menjadi anutan mereka akan lenyap dari bumi Tanahairku.Melayu akan selamat dan terus berjaya jika mampusnya amno bersama sekutu mereka di Malaysia ini.
KATAKAN TIDAK PADA UMNO,KATAKAN TIDAK PADA MIC,MCA,GERAKAN DLL YG BERSEKUTU DENGANNYA.

Tanpa Nama berkata...

PAU membuktikan betapa bangganya orang orang tua melayu membodohkan diri mereka di dalam mengejar duniawi, di bawah naungan dumbno.

harapan mereka sedar dan taubat bahawa alam kubur berbeza dengan alam duniawi, dan alam dumbno.

Tanpa Nama berkata...

Menangis tak boleh cari makan cara mudah maa

Tanpa Nama berkata...

Tak guna menagis lagi..xperlu menangis sbab pemimpin yg xguna mcm tu..haprak..byk mnyusahkn rakyt aje..jahanam umno..jahanam3

zax berkata...

kesian pada cikgu pencen...yang menangis bagai nak rak..dah dekat nak mati pun masih tidak sedar diri lagi, bergelumang dalam parti lahanat ..selama2nya di tipu oleh pemimpin umngok. bawa2 la bertaubat dari menjadi seorang yang munafik..

Tanpa Nama berkata...

Insya-Allah aku tidak akan menangis jika Umno kalah kerana aku telah menangis semasa Umno berkuasa. Sebagai Melayu aku tidak mendapat apa-apa daripada Umno.

Semasa aku belajar di universiti dulu aku guna duit sendiri sebab tak dapat biasiswa. Dengan tanggungan anak tiga orang ketika itu, isteriku bergolok-bergadai untuk membantu aku membayar yuran pengajian di samping menyara anak-anakku.

Selepas tamat belajar, aku terpaksa pula mencari kerja, memohon dan melalui temuduga untuk mendapatkan pekerjaan sekarang, kerana aku tak punya kabel dengan orang politik.

Memang kini aku bekerja dengan kerajaan tapi bukan dengan Umno. Aku dibayar gaji sebab aku datang bekerja bukan sebab aku Melayu dan bukan dibayar oleh Umno. Kalau aku tak datang bekerja tanpa cuti, aku akan dilucut hak emolumen di bawah Peraturan Pegawai-Pegawai Awam dan Perintah Am Bab C.

Bahkan, jika aku tidak hadir bekerja tanpa cuti dalam tempoh yang lama, aku boleh dibuang kerja. Cuti bergaji yang aku layak pun hanya 25 hari dalam setahun.

Rumah yang aku ada sekarang pun aku beli melalui pinjaman, bukan dihadiahkan oleh Umno. Rumah tu masih dalam ansuran. Maknanya kalau aku tak bayar, boleh disita pihak finance.

Pendek cerita, aku tak akan menangis jika Umno kalah.

Tanpa Nama berkata...

Inilah yang pemimpin umno tidak faham....kenapa rakyat menolak mereka....harga rumah...harga kereta....gaji...brgan keperluan harian....sedih juga...bkn faktor anwar...bukan PKR...bukan PAS...jauh sekali DAP.....dr bjb

Tanpa Nama berkata...

nampaknya penyokong tegar "united mazmumah national organization-belaian neraka" telah mencemarkan maruah sendiri. mereka ni bukan menangis kerana takut kpd Allah, tapi kerana takut & bimbang akan kekalahan parti pujaan mereka. saya tak akan menangis jika UMNO tumbang menyembah bumi, sebaliknya saya akan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi memandangkan kerajaan seperti ini telah memimpin anak bangsa & negara ke arah kemungkaran selama 55 tahun!

Ngah Phg asal Melaka berkata...

saya akan sujud syukur bila PR tumbangkan Be eNd diPRU13 ni dgn rembesan air akan berkaca dimata...rasanya sampai menangis kerana sgt terharu