16 Dis 2012

Gerakan Kecam Ibrahim Ali Mainkan Isu Perkauman

Gerakan: Ibrahim Ali malukan diri sendiri dakwa masyarakat Cina ancaman

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memalukan diri sendiri apabila mengeluarkan kenyataan komuniti Cina di negara ini sebagai ancaman sekiranya mereka menguasai politik dan ekonomi.

Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong turut menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menurutnya akan menyemai “benih kebencian di hati rakyat dan menimbulkan ketegangan kaum” di Malaysia.

“Orang seperti Ibrahim Ali adalah pihak yang bertanggungjawab menggagalkan usaha 1 Malaysia .... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berusaha keras untuk menyatukan semua bangsa di Malaysia dan kita patut komited membantu usaha perdana menteri,” kata Mah.

Beliau menjelaskan ahli politik tidak seharusnya memainkan sentimen perkauman untuk mendapatkan sokongan politik yang mana akan menghancurkan negara.

“Masa depan negara lebih penting daripada mengejar undi,” kata Mah dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Mas semalam mengeluarkan kenyataan berkata komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi, yang mana menurutnya akan mengulangi sejarah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Saya perjuangkan agenda Melayu dan agenda Bumiputera, mengikut Perlembagaan, saya mempertahankan asas Perlembagaan dan Perkara 153 hak keistimewaan orang Melayu.

“Ada pihak menuntut pada sesuatu perkara yang pada pandangan saya secara tidak langsung bertentangan dengan Perlembagaan, atau tuntutan yang bertentangan dengan dasar-dasar nasional,” kata beliau dalam wawancara eksklusifnya dipetik Sinar Harian Online.

Tambah Ibrahim, jika benar beliau adalah seorang rasis, mengapa sepanjang beliau menjadi pemimpin semenjak 1986 sehingga menjawat jawatan timbalan menteri, beliau tidak pernah dituduh rasis.

Ibrahim turut mempersoalkan mengapa orang tidak mengatakan apa-apa kepada pertubuhan Dong Zong dan Hindraf sedangkan menurutnya pertubuhan-pertubuhan tersebut lebih rasis kerana membuat tuntutan bertentangan dengan perlembagaan.

“Tidak pernah dalam sejarah sejak saya tubuhkan Perkasa, pernahkah saya mengeluarkan kenyataan yang menyuruh jangan bantu orang India, jangan bantu orang Cina?,” tambah beliau.

Menurut Ibrahim, dalam mempertahankan Perlembagaan negara, mereka bukan sahaja mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, kedaulatan Raja Melayu, hak Melayu termasuk juga hak kerakyatan semua warganegara.

Ibrahim memenangi kerusi parlimen Pasir Mas dibawah tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

Beliau bagaimanapun mengisytiharkan dirinya sebagai ahli parlimen bebas dan menubuhkan NGO yang digelar Perkasa.

Perkasa aktif dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan seringkali mengkritik Pakatan Rakyat (PR) – gabungan PKR, PAS dan DAP yang dikatakan menggugat kepentingan Melayu dan bumiputera sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan.

Kehadiran Perkasa tidak disenangi oleh sesetengah pihak terutamanya dari PR yang menggangap pertubuhan tersebut sebagai perkauman dan tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum. -TMI

12 ulasan:

acong melaka berkata...

Pak Belahem, lu tak payah bimbang lo, hak Melayu ala lalam pelembagaan maaa, mana bule usik maaa ! Kalau mahu pinda itu mau 2/3 maa, sapa mau kasi lu 2/3 walaupun cina majoriti dParlimen. Lu ingat sinang aaa. Lu ini macam cakap aaa itu 1Malaysia mana bule capai maaa, Haiyaa...

Tanpa Nama berkata...

Org mcm ni tgkap dan bogelkn seluruh msia..

Tanpa Nama berkata...

Lu sbnr takut kejatuhan karier lu jd ancaman utk lu sendiri..tadak projek maa.

sizzly7761 berkata...

Ini dua-dua pemimpin bodoh dan rasis! Gerakan sama MCA punya Cina rasis sama melayu dan islam, Perkasa punya Presiden rasis sama Cina! Senang kira ini dua pemimpin Gerakan MCA dan Perkasa kita mesti tolak sebab takdak standard jadi pemimpin.Pilih PKR,PAS dan DAP baru boleh harmoni semua kaum!

Tanpa Nama berkata...

Brahim katak x ada maruah tiada pegagan kulit mukanya ditampal kulit babi sebab tu tiada merasa malu.

Tanpa Nama berkata...

Bang braheng..sape yg bg cina jd kaya raya,bkn ke madey,lu tibai la madey..!!sape yg susun ekonomi mlysia jd cmni,org melzyu yg kaya pun sbb tkover glc n kontrk2 krjn,rasuah brrleluasa ada jolok bole la kaya,pulngn pendaptn negara kroni lg byk utk rakyat xpernh cukup..ni PR punya kerja ke atau krjn bn?..lu pk pikir la braheng jgn jd bodoh cm katak bwh tmpurung..

GEBU berkata...

Berahim Katak ni dah nak jadi GILA BABI sebab dia punya perjuangan ni bukan sahaja dapat tentangan dari orang Cina tapi dari orang Melayu sendiri sama seperti UMNO juga; apabila orang Melayu yang selama ini diperbodohkan termakan pil CERDIK. Kah! Kah! Kah!

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa mamat ni sakit kot! Kalo dia masuk tv 3, means dia ni mmg org kuat najib. Tp secaa diam2.. Kalo la dia ni adik aku, dah lama aku lempang dia. Org tua tak sedar diri. Semua org tak suka dia, yg suka dia hanyalah hantu kak limah... Hihi

Tanpa Nama berkata...

Si katak ni tak kan ke mana.. menjelang PRU13 katak ni akan pupus. PRU12 dapat 28,673 - 59,640 PRU13 kita bagi 0 - 59,640.

Martoiriat berkata...

Saya tak perlu komen panjang2 di sini, cuma apa yang dapat saya nyatakan, Ibrahim Ali atau pun juga yg lebih terkenal dengan gelaran Brahim katak disisi rakyat Kelantan ialah lah manusia celaka yang lebih rasis dari bangsa lain. Tindak tanduk percakapan beliau hanya untuk melaga-lagakan orang2 melayu dgn bangsa lain demi mendapat sokongan politik melayu. Apakah dengan bersikap rasis itu termasuk dalam tuntutan perlembagaan negara.? Begitu juga sebagai pembela Islam, hampeh dan pembohong.. dimanakah suara2 beliau sebagai presiden Perkasa yang dikatakan pembela melayu dan agama ketika Presiden MCA menghina dan mempertikaikan hukum hudud? Hanya melayu bodoh saja yang menyokong beliau. Saya yakin seratus peratus, selepas PRU 13 politik dongeng beliau akan malap dan terkubur ...

Tanpa Nama berkata...

patutnya kasi I.S.A dgn braheng lembu ni..kenyataan rasis yg mengugat keselamatan negara!!!

belalang berkata...

kpd sy ..wpun X cerdik brahim katak ni berjaya berikan selendang yg x nilai tu kpd madey, rahim, hasan..yg terbaru kpd kwn2 xbijak seumpamanya yg dr perak tu