Kira-kira 1,000 pekerja bank berpiket depan Menara CIMB.
KUALA LUMPUR - Kira-Kira 1,000 pekerja bank berpiket di depan Menara CIMB di Jalan Raja Laut di sini bagi memperjuang dan mempertahan hak, maruah serta martabat mereka.
Dalam piket selama tiga jam bermula pukul 10 pagi tadi, pekerja dari seluruh Semenanjung memegang kain rentang serta sepanduk yang menuntut pihak pengurusan CIMB lebih peka dengan kehendak dan keperluan mereka.
Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) J. Solomon berkata piket itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap CIMB yang tidak memberi hak kebebasan untuk pekerja menyuarakan pendapat.
"Pada masa ini, di CIMB Bank, pekerja diganggu, didiskriminasi dan didera secara literal, pekerja dinafikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau juga mendakwa pihak CIMB tidak menjalankan tugas mereka sewajarnya dalam menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
"Sebanyak 27 aduan pekerja tidak dapat diselesaikan setakat ini, pihak tertinggi CIMB Bank enggan menyelesaikan aduan di peringkat yang paling rendah," katanya.
Solomon berkata seramai 100 pekerja kontrak sementara yang berkala turut dinafikan jaminan pekerjaan dan hak untuk kehidupan lebih baik seperti di bawah kontrak tetap.
"Pekerja ini tertakluk kepada diskriminasi yang melampau," katanya.
Anggota Exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) A. Sivananthan berkata kedua-dua pihak sepatutnya dapat menyelesaikan perkara ini secara baik.
"Saya harap Ketua Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Nazir Razak dapat duduk dan berbincang bersama-sama, jika dapat selesai, perkara seperti ini (piket) tidak akan berlaku," katanya yang mewakili Pengerusi MTUC Syed Shahir Syed Mohamud. - Bernama
~CIMB membayar RM70, bayaran yang tidak seberapa sebagai Bonus Prestasi PMS untuk sebahagian para pekerjanya tetapi mampu membelanjakan USD6.1 juta untuk ‘Golf - CIMB Classic 2012’ dan pelbagai bantuan dan tajaan lain demi memasyhurkan nama CEOnya
~Sis Norlaily Mat Loddin yang berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan hamil 4 bulan telah dijerit, dimarahi dan diugut oleh Pengurus Cawangan, Amiruddin Hanuddin di hadapan para pelanggan dan rakan-rakan sekerjanya apabila enggan melakukan transaksi secara salah.
Akibatnya, beliau pengsan dan terlantar di hospital.
Satu laporan polis telah pun dibuat. -fb
Ulasan GB
Bagaimana abang begitulah adiknya...
bila kena maki macamtu, alamat pendek umur...
14 ulasan:
Adik dia dalam senarai paling kaya di Malaysia.Mana tak nya, nilah keje dia jd lintah darat paling besar!
Banyak lagi GLC orang diorang pegang menjadi mangsa.. pekerja didikriminasi, peluang kenaikan pangkat tiada, orang luar (kroni) terus memegang jawatan tinggi dan bergaji besar, kesatuan tak boleh berfungsi membantu pekerja... apa yang dinyatakan berlaku di cimb dirasai oleh kami juga.....
ini di kira perkara biasa, berlaku di mana mana, baik GLC ke bukan GLC ke, di malaysia ke, india ke, china ke, amerika ke, semuanya sama aje.
bank ini hidup mati makan riba dari pelanggannya, memang riba itu tak halal dan tak berkat maka berapa banyak yang dikaut pun tidak akan mencukupi.
toksah kerja di tempat riba ini lebih banyak kebaikan dari mudharatnya. akan laut itu luas, rezeki ALLAH SWT yang bagi, cari aje tempat lain...jadi petani pun boleh berjaya, sikit tapi berkat hidup....
kroni kroni ini kira biasa lah, tak kan abang yang kaya nak bagi share kekayaan dengan orang dia tak percaya, macam mamat jual goreng pisang tepi jalan.... baik dia bagi adiknya.
cari makan tempat yang tiada riba dan sehalal boleh lagi baik. hidup ini pun bukan sampai seribu tahun, dalam kubur seksa!
Smoga bala allah turun pada najib dan adiknya
Tika Najib berkuasa nilah dia nak kaut sebanyak mungkin kekayaan dari perut negara dan keringat rakyat, Itulah dasar umnoapco. Siapa jadi PM/KM/MB, keluarga dia akan melonjak kaya . Moga ALlah hancurkan KERAjaan, parti, kepimpinan dan seluruh pencacai umnoapco Be eNd dlm PRU 13 ini lantaran terlalu banyak kezaliman yg di lakukan kepada rakyat, Insya ALlah, amien!
Bayangkan kalau arwah Tun Razak masih hidup dan melihat perangai anak-anaknya.
Setuju dengan anom 119
Ada 1000001
jenis pkerjaan lain yang lebih afdal
dan berkat dan berpahala setiap kali dilakukan kalau tolong kutip/hulur riba tak jadi ibadah kerja tu
Syabas petugas2 CIMB.
Tibai jangan tak tibai.
Nazir ingat CIMB tu
mak bapak dia yang punya.
Macam Najib ingat Malaysia
mak bapak dia yang punya.
Cacing sudah naik ke mata.
28 juta rakyat Malaysia.
Apa tunggu lagi, bertindaklah...
Walaupun CIMB CEO nya melayu tapi bab nak menolong melayu dptkan pinjaman di CIMB bukan main payah! Tengok Public Bank kalau bangsa dia, yang kerja jual sayur dan takda slip gajipun boleh lulus pinjaman beli rumah! Dan kalau ada CTOS sikit pun dia luluskan pinjaman! Kerana nak tolong bangsanya! Tapi kalau CIMB, haram nak membantu bangsanya!
Cuba kita perhati Ekonomi Dunia sekarang nazak banyak ngara Dulu GAH spt Britain ,Jepun , USA dan terbaru Europe , semua tunggu masa nak tersungkur ni lah kitaran hidup . Begitu BANK dulu beberapa buah bank Yg berusia Beratus thn dgn MODAL dan Harta berrrrr trilion akhir nya , Menyembah bumi Kerana sifat TAMAK telah berjangkit pada esekutif nya hingga sanggup tipu bank nya sendiri menyebabkan bank nya bengkrap, yg terbaru sebuah bank di SWISS dah nak tersungkur , terpaksa buang pekerja kerana nak jimat kan kos Satu masa nanti Tak hhairan perkara yg sama akan berlaku Di Malaysia ahanya masa akan menentukan nya , Tu pu beberapa GLC di selamatkan olih kerajaan , setelah di tadbir urus olih gulungan PUTAR ALAM
Berita camni, ade ke masuk buletin utama, rtm1 etc? Cerita psl janji2 manis yg ditepati dorg ada la..
SAMA LE MACAM KILANG TONGKAH ANAK CEK DET... PEKERJA DIBERHENTI TANPA NOTIS...KWSP TIDAK DI BAYAR...LA SENYAP.
Dlu aku pnh kje cimb..dan skg aku x pnh myesal resign dari cimb..
Memang stress pun keje kat Cimb...gaji boss besar2 semuanya boleh claim kereta,medical,etc....yg kita nie keja mcm nak gila naik pangkatnya boss memang sakit hati... Elok2 kerja ikhlas jadi tak ikhlas .. Klau naik kan gaji setakat rm70 fikir byk tangungan jeee kla tak memang dah resign... Acturlly i agree with Nube sbb kebajikan staff terjamin
Catat Ulasan