15 Nov 2012

Punca Sebenar Satu Kampung keluar UMNO Dikenalpasti

Johor Bharu : Penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong di sini, mengancam untuk keluar Umno berikutan parti itu langsung tidak mempeduli keselamatan mereka.

perkara itu, Naib Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong, Zaihan Zainal, berkata penduduk kecewa dan marah berikutan Majlis Daerah Batu Pahat (MDBP) tidak mempeduli bantahan mereka berkaitan kedudukan lokasi pembuangan sampah.

“Sudah dua kali bertemu dengan MDBP dan pimpinan Umno tapi rayuan ditolak sedangkan lokasinya terletak berhampiran tempat tinggal mereka.

“Kalau ikutkan, tempat pembuangan sampah itu di atas bukit, tapi di lereng dan sekitarnya ada penempatan penduduk,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Zaihan berkata, kain rentang yang dipasang di satu persimpangan jalan sejak seminggu lalu dan tersebar di internet, menunjukkan mereka tidak akan berdiam diri dalam isu berkenaan.

Beliau percaya bila-bila masa sahaja penduduk kampung itu, akan keluar Umno.

“Ia bakal memberi tamparan hebat kepada Umno kerana kawasan itu kubu kuat mereka. Setakat yang saya tahu, lebih kurang 30 peratus penduduk kampung itu sudahpun menyokong Pakatan,” katanya.

10 ulasan:

Waris berkata...

Tak perlu layan sangat melayu jenis macam ni. Nak keluar umno semata2 kerana sampah? Kalau PR kutip pun umpama kutip sampah.

Melayu serupa ni mudah sangat ditipu. Umno juga sangat mudah untuk menangani melayu jenis low class ni.

Bila sampah bertukar jadi duit maka isu selesai. Maka pedulikan sampah-sampah ni. Tak ada kualiti dan low class...

Tanpa Nama berkata...

Jangan gertak sahaja...buat sungguh2. Apa salahnya tukar kerajaan terus, tak akan ada siapa yg akan rugi, setiap kerajaan wajib memberi kemudahan dan menyediakan infastruktur pada rakyatnya. Bukan hanya BN sahaja yg boleh bantu, ianya wajib bagi sesiapa yg membentuk kerajaan. Di Thailand, UMN@ tak ada tapi Masjid banyak juga, di negara China BN tak wujud, tapi masjid pun banyak. Lain2 infrastruktur lagi banyak dari pada BN yg memerintah. Bukalah minda bahawa ruang lingkup adalah terlalu luas, maka kita kena fikir secara global, jangan sempitkan fahaman kita. Tukar lah dahulu kerajaan, kalau lepas ini tak puas hati juga tuan2 fikirlah sendiri. Jangan jadi "Katak di bawah tempurung".

Sykadeer.

Tanpa Nama berkata...

integreti bertaraf sampah...

Tanpa Nama berkata...

orang dah anggap mereka macam sampah masyarakat, baik keluar dari UMNO

Tanpa Nama berkata...

dia orang gertak je..ambil kesempatan dkat PRU...

Tanpa Nama berkata...

Tak salah tukar kerajaan, yg mana telah memberi contoh kepimpinan yg baik

Tanpa Nama berkata...

Manusia memang bijak apabila memilih kedai makan kerana kesedapannya, harganya atau kerana nak tukar kedai makan. Atau kerana dah puas makan ikan bilis maka sekali sekali dan makan ikan besar pula.

Tapi sayangnya mereka tak tahu nak tukar selera pilih kerajaan. Jadi inilah masanya kita tukar selera dengan memilih Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Kita cuba tengok dalam tempoh sepenggal, paling lama 5 tahun, apa yang boleh PR memberi khidmat kepada rakyat dan negara.

Kita tengok di Kelantan sudah masuk 22 tahun kerajaan PAS memerintah. Ini menunjukkan keseluruhannya majoriti rakyat Kelantan tidak suka kepada UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Tgkla ad ape kt klntn,,byk rakyat klantan berhijrah,,tandanye peluang perkerjaan kurang,,bkn xde,,kalo btol la klntn maju,,,dh lame plabur msk klntn,,,takn la otg klantn keja kt negeri lain,,,

Tanpa Nama berkata...

Jangan buat wayang murah sudah lah ... dah memang patut pun keluar dari UMNO sejak dulu lagi Depa UMNO nee mana pernah perduli dengan nasib rakyat janji perut depa kenyang bini depa lawa dan pandai menari poco2 anak boleh piii oversea belajar (walaupun anak tu banggang)kita sebagai rakyat nee kena pijak dan di perah . Kami semua mengucapkan selamat datang ke PAS,PKR DAP . BUBAR JE CAWANGAN UMNO tu>>>. SEMOGA ALLAH BERSAMA ANDA SEMUA...

Tanpa Nama berkata...

Dulu org johor akan undi b end walaupun calon b end tu dr spesis monyet. Skang org johor dah pandai dan dah terbuka minda. Jadi jgn mimpi la b end nak menang kat johor. Hidup anak2 johor.