15 Nov 2012

Datuk Seri Hasan Mengaku Bersalah Berkhalwat Dan Insaf

Putrajaya - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.

Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.

didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari ini.

Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Mereka membayar denda itu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.

Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.

Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat.

Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.

Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya.

Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.

Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf - Bernama

Ulasan GB

GB suka ayat ini:

Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf

Kita berharap beliau benar-benar insaf dan bertaubat dari kesalahannya.

Sabda Nabi:

“Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah )

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Moga Moga Datuk Seri insaf.

General Petraeus juga gagal melawan godaan syaitan yang direjam dengan mengadakan hubungan perempuan simpanan. Baik yang sudah sunat mahupun yang kebal tak bersunat, godaan syaitan yang direjam amat kuat sekali dan sebaik baik jihad ialah jihad menentang nafsu.

Malah kebanyakan jatuh bangun kunta kinte juga berpunca dari nafsu selam bagaikan todak menyerang temasek.

Itulah sebenarnya alatan peperangan Israel menentang puak puak yang dalam kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

Oleh kerana dia telah mecemar nama perkhidmatan awam, maka dia perlu minta pencen lebih awal.

Hamdan Rukun berkata...

HE!HE!HE!

DIA KENA BERGERU DENGAN MAT SABU, BARU BOLEH SELAMATKAN DIRI...

Tanpa Nama berkata...

masih lagi isteri orang?apa nak jadi lah dgn orang MELAYU ni?

Ahmad Dzul Mohd berkata...

sepatutye suami si Syarifah itu harus meletak harga pada Datuk Seri yang dinamakan 'menebus talak' kerana itulah taraf isteri yang berlaku curang umpamakan bahan komoditi walaupun keturunan Syed.

Wak Labu Farm berkata...

Insaf setelah ter tangkap, kalau tak ter tangkap bagaimane agak nye ........

Tanpa Nama berkata...

Insaf dan bertaubat setelah tertangkap adalah lebih mulia dari paparan dan pendedahan di mahkamah yang menyelebungi kekaburan teknik hingga kebenaran dilacurkan lalu diangkat sebagai pejuang seangkatan dan diagong-agongkan malah mengaku lebih Islamik dari yang lain.......begitulah hebatnya lakonan...

Tanpa Nama berkata...

Moga dia diberi hidayah dan taufik oleh Allah untuk menjauhi perkara yang dilarang oleh Allah..tiada manusia sempurna..semua lakukan kesalahan kesilapan..tapi dia harus berundur dari jawatan beliau..dia x layak memegang jawatan tu lagi..dan pihak pemerintah harus mengkaji hukuman yang dikenakan..bagi saya terlalu ringan..ni lah jadi pada masyarakat bila hukum Allah ditolak dan hukum manusia diamalkan..

Tanpa Nama berkata...

Untuk Sdra Ahmad Dzul Mohd said "...walaupun keturunan Syed."

Maaf sdra Ahmad, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman ataupun Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan bukanlah keturunan Syed. Melainkan Puan Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan berasal dari Sarawak, akan tetapi "wan" diikuti "syarifah" bukanlah nama normal untuk keturunan "syed" di Sarawak ataupun negeri2 lain.

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Mungkin dia dipengaruhi mantan menteri kesihatan

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Walau macam mana pun itulah tarafnya kalau mengerti hak anda sebagai suami dan lelaki muslim bukanye hanya tanda-tangan surat akad nikah yang dalam tulisan jawi tapi tak mengerti sepatah haram pun.Syarifah di semenanjung ini selalunya anak perempuan Syedlah cuma hanya satu saya kenali iaitu kawan/sedara belah emak saya kakak kepada Tan Sri Ramli Ngah Talib yang tak berketurunan Syed tapi namanya Cikgu Saripah

Tanpa Nama berkata...

Dah lama menyulam dosa akhirnya terdampar di bilik haram. Mana mulianya perbuatan ini....anon 11.53...
Dah trtangkap baru kata ada niat nak kawen...what the crap is this...si lelaki bkn calang2 jawatan...jaga pejerja 1 kementetian yg beribu2 org...otak tak sihat...ada jugak penyokong...
All these time he thinks he has ultimate power....pirah mabuk...

Bombo berkata...

oleh kerana dia si hasan memalukan kkm,berundurlah,taubat pencen awal,org sabah pun malu org sarawak pun malu,membodek tak bertempat,hasan suka cucuk jarum,jururawat i rollmodel cucuk jgn tak cucuk,dia bangga pasal CSL porno naik dia perangai pun sama....kesian org kkm.

Tanpa Nama berkata...

Asalamualaikum...Nampaknya masalah seksual warga pengurusan KKM perlu diatasi segera.Saya seorang suami kepada kakitangan di salah sebuah Jabatan Kesihatan Negeri ....
Baru-baru ini mendapati isteri saya sering menerima sms menggoda oleh seorang Pen. Pengarah yang bergelar Tuan Haji dan seusia dengan Datuk Seri Hassan ini.Doakan saya agar bertindak waras dalam menghadapi situasi ini.

Tanpa Nama berkata...

Hukum Allah tidak mengenal darjat. Allah sayangkan hambaNya dan diberi peringatan samasa hidup adalah lebih baik dari kita tersedar semasa sudah mati. Apa yang penting Taubat.

Tanpa Nama berkata...

hanya di tuduh berkalwat semata2..dan di denda..apa punya celup pendakwa raya. kalau dah berdua2an dlm bilik hotel,takan dato pengarah tak celup lubang wan saripah..mana pergi dakwaan berzina terhadap mereka...jika kondom tidak di temui, pastikan wan saripah di bawa ke hospital untuk diperiksa lubangnya dan diambil DNA ...moral of the story ini adalah sebahagian dari hukum hudud ajaran umno lahanat22BIS..ABU