15 Nov 2012

YDP MPS Diarah Tukar Selepas Bela K'jaan Selangor

Shah Alam: Selepas mempertahankan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor dalam isu kondo di Batu Caves, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin A'ala diarahkan bertukar.

Beliau diarahkan bertukar ke Institut Tadbir Negara (Intan) mulai esok, kata pegawainya di MPS.

Exco kerajaan tempatan kerajaan Selangor Ronnie Liu hari ini berkata, beliau mendapat maklumat bahawa Zainal telahpun diarahkan bertukar, lapor Malaysiakini.

Liu percaya arahan pertukaran itu dibuat ekoran kenyataan Zainal pada 30 Oktober lalu yang menafikan dakwaan BN bahawa projek kondominium Dolomite Park Avenue itu diluluskan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat.

"Saya rasa sedih kerana kita akan kehilangan seorang YDP yang rajin dan telah membuktikan beliau boleh tangani isu-isu penting.

"Tapi sekarang tiba-tiba dia dapat arahan ditukarkan ke tempat lain. Jadi jangan salahkan saya kalau saya rasa ini merupakan satu tindakan yang luar biasa.

"Saya rasa tidak puas hati (dengan pertukaran) selaku ketua kepada kerjaan tempatan di negeri Selangor," katanya yang mendakwa mendapat tahu mengenai perkara itu pada Jumaat lalu.

Projek kondo di Batu Caves itu diluluskan oleh MPS pada tahun 2007. Namun, pemimpin BN termasuk Datuk Seri Najib Razak menyerang pemimpin Pakatan Selangor atas kelulusan itu.

Semasa sambutan Depavali semalam, Najib mengumumkan, kerajaan BN akan membatalkan projek kondo itu jika BN berjaya memerintah semula di Selangor.

Akhbar The Sun sebelum ini mendedahkan di muka depannya bahawa minit mesyuarat MPS pada tahun 2007 lalu menunjukkan kondo itu diluluskan oleh MPS.

Turut serta dalam mesyuarat itu adalah Timbalan Menteri Luar sekarang, Kohilan yang mewakili Gerakan dalam MPS.

Turut meluluskan projek itu adalah tiga ahli majlis dari MIC.

Bongkar kondo dilulus k’jaan BN punca YDP Selayang diarah bertukar.

KUALA LUMPUR 15 November: Penukaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin A’ala dibuat ekoran kenyataannya bahawa pembinaan kondominium Batu Caves di Selangor diluluskan era pentadbiran BN.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu percaya arahan pertukaran itu selepas Zainal pada 30 Oktober lalu menafikan dakwaan BN bahawa projek kondominium Dolomite Park Avenue itu diluluskan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Tiba-tiba dia dapat arahan ditukarkan ke tempat lain. Jadi janganlah salahkan saya kalau saya rasa ini merupakan satu tindakan yang luar biasa.

“Satu tindakan yang ada unsur sembunyi sebab Datuk Zainal Abidin jalankan tugas dengan baik jujur ikhlas cakap apa yang benar, tapi tiba-tiba dikeluarkan daripada Selayang,” katanya kepada media.

Zainal dilapor telah diberi notis mengejut dipindahkan ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), bermula esok.

Ronnie yang kesal dengan tindakan itu berkata, penukaran Zainal berkuat kuasa serta merta itu seolah-olah menghukum orang yang bercakap benar.

“Beliau jadi mangsa keadaan sebab dia terpaksa beritahu projek itu bukan diluluskan zaman dia (Pakatan), dia perlu cakap zaman BN. Memanglah kebenaran itu menyakitkan.

“Itu tak adil, YDP tak boleh dianggap macam ketua bahagian sahaja, (YDP) satu jawatan yang perlu diberi penghormatan.

Kalau nak transfer (tukar) pun, tanyalah kerajaan negeri dulu,” ujarnya.

Projek kondominium 29 tingkat itu diluluskan pada 2007 oleh MPS semasa kerajaan negeri berada bawah pentadbiran BN.

MIC baru-baru ini menganjurkan demonstrasi bagi membantah pembinaan projek berkenaan yang terletak berhampiran kuil Subramaniar di Batu Caves.

Pada 8 November lalu, terbongkar minit mesyuarat MPS bertarikh 29 November 2007 mengesahkan, projek itu turut disokong oleh ahli majlis dari MIC
-KD

Ulasan GB

Demikianlah sikap kerajaan UMNO BN yang sentiasa menekan kakitangan awam yang berpihak kepada kebenaran dan keadilan.

Namun sampai bila mereka mampu melakukan?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, dimana satu hari kerajaan UMNO BN akan ditukarkan kepada Pakatan Rakyat!

Itu keyakinan orang-orang beriman.

8 ulasan:

Shintaro berkata...

UMNO seems to be worst than the NAZI.

Tanpa Nama berkata...

Harap2 beliau tak gentar.
Setakat kena tukar tu tak jadi hal le. Bole claim lagi. Apalagi kalau amalkan hidup sederhana.

Yg penting di mana kita pergi, selagi jujur & amanah, Allah bersamamu.

Tanpa Nama berkata...

jangan bersekongkol dengan puak dzolim

Tanpa Nama berkata...

semoga allah tumbangkan BN/UMNO kerana kezalimannya...

ayba berkata...

Nak jaga muka najib yang tak tahu malu. Dia nak pertahan Batu Caves sedangkan pembangunan di situ, puak-puak dia yang beri kelulusan. Kezaliman ini ada batasnya!

Tanpa Nama berkata...

Haa..hah..Tak apa, nanti jangan lupa bagi undi pada PR. Sudah terang lagi bersuluh. Nak sembunyi apa nya lagi. Tolong bagi tau saudara terdekat minta pangkah PR...Yang saudara tu pulak suruh bagi tau kawan-kawan yg dekat saudara...Kawan-kawan tu pulak minta bagi tau kawan-kawan yang lain kali nie kita pangkah PR....

Sy Hasnan

Tanpa Nama berkata...

Inilah jadinya apabila monyet diberi bunga, tak tahu apa nak buat.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, peliharalah hambamu itu sekiranya ia benar2 membela kebenaran.Mudah2an kehidupannya sentiasa diberkati.