15 Nov 2012

Muktamar Pemuda PAS Bahas 4 Usul Termasuk AES & BERSIH 4.0


Kota Bharu: Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-53 kali ini menerima empat usul untuk dibahaskan oleh para perwakilan pada hari ini.

Usul pertama berkaitan politik dan pilihan raya yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Jasin yang mengusulkan kepada muktamar supaya mendesak pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan Himpunan Bersih 4.0 ekoran ketidakpedulian kerajaan terhadap tuntutan Bersih 3.0 sebelum ini.

Usul kedua pula berkaitan media rasmi PAS, Harakah yang perlu diperkasa yang dikemukakan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah.

Usul tersebut antara lain mahu PAS Pusat membuat penstrukturan semula sidang editorial Harakah dan mewujudkan sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily.

Usul ketiga pula berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang di kemukakan Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri.

Usul tersebut mendesak agar AES ditangguhkan serta merta dan mendesak agar satu mekanisma trafik baru dibuat yang bersifat mendidik dengan kajian dan piawaian negara maju.

Bagi usul keempat pula, Dewan Pemuda PAS Malaysia mahu muktamar membuat keketapan mendesak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan para pemimpin MCA lain yang terlibat menghinan Islam secara terbuka untuk membuat permohonan maaf.

Usul tersebut juga mendesak muktamar mencabar Dr Chua Soi Lek berdebat berhubung isu ini dan mendesak semua pihak tidak menggunakan agama sebagai alat menghina pihak lain.

Ianya termasuk Umno yang dilihat terus membisu biarpun rakan mereka MCA, terus menerus membuat penghinaan terhadap agama Islam.

Bagaimanapun kesemua usul-usul ini akan dibahas pada sesi muktamar petang nanti.

Dua usul tanpa bahas

Sementara itu, muktamar juga menerima dua usul tanpa bahas yang dikemukakan Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian.

Usul pertama adalah supaya Pakatan Rakyat mengutamakan seluas-luasnya aspek pendidikan khususnya agama di negeri yang dikuasai.

Justifikasinya menurut usul itu, berdasarkan Bajet 2013, tiada sebarang peruntukan khas diberikan kepada pendidikan agama seperti kepada Sekolah Agama Rakyat.

Usul kedua pula adalah mendesak seluruh organisasi PAS mempertingkat usaha dakwah kepada orang bukan Islam agar mereka lebih memahami tentang Islam.

Usul tersebut turut mendesak supaya program dialog dengan orang bukan Islam diperbanyakkan dengan memanfaatkan sepenuhnya Dewan Himpunan Peyokong PAS.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

xde bincang psl isu melayu boleh bebas memilih agama ke?

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dulu pemuda menentang penjajah, sekarang pemuda menentang UMNO wakil penjajah?

Yong berkata...

Salam Greenboc

Yong bukan apa. Yong cuma risau kepimpinan pemuda nih. Macam lembab jer. Kat tempat Yong, demer kalah dengan muslimah!

Tanpa Nama berkata...

Melayu dan Islam berbeza bro!
Islam adalah agama, Melayu tu bangsa.
Nabi Muhamad tetap berbangsa Arab, walaupun Islam.
Ah Chong tetap berbangsa cina, walaupun Islam.
Ali tetap melayu, walaupun masuk kristian.
Dalam Al Quran tak sebut Melayu itu Islam.

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya setuju dengan Yong.
Saya minta Pemuda Pas creatif, dynamik dan pro active lah skit, macam PKR. Cuba tengok PKR, buat BAS Jelajah satu M'sia. Rafizi berani keluarkan data-data yang boleh di anggap sukar bagi orang biasa memperolehinya dan yang terbaru AMK buat "Sumpah Rakyat Tuntut Hak" jelajah Sabah. Kita tahu yang Sabah merupakan Fix Deposit BN, jadi kita kena fikir cara-cara nak pecahkan Fix Deposit tersebut supaya bagi jadi macam saham FGVH jatuh merudum. Pas banyak jentera, saya rasa banyak ruang lagi yang boleh Pas lakukan, contoh macam Datuk Mahfuz dengan KASE.


Sykadeer

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya setuju dengan Yong.
Saya minta Pemuda Pas creatif, dynamik dan pro active lah skit, macam PKR. Cuba tengok PKR, buat BAS Jelajah satu M'sia. Rafizi berani keluarkan data-data yang boleh di anggap sukar bagi orang biasa memperolehinya dan yang terbaru AMK buat "Sumpah Rakyat Tuntut Hak" jelajah Sabah. Kita tahu yang Sabah merupakan Fix Deposit BN, jadi kita kena fikir cara-cara nak pecahkan Fix Deposit tersebut supaya bagi jadi macam saham FGVH jatuh merudum. Pas banyak jentera, saya rasa banyak ruang lagi yang boleh Pas lakukan, contoh macam Datuk Mahfuz dengan KASE.


Sykadeer

Tanpa Nama berkata...

Diperhatikan golongan Pemuda PAS masih gagal menguasai kebolehan pendidikan ilmu dan daya saing yang amat perlu bagi menyaingi Pemuda parti lain, baik DAP PKR mahupun MIC. Dengan pengetahuan ilmu cetek akibat kurang membaca hal hal ekonomi tempatan juga global, serta kurang mentiliti untuk mengamati segala yang berlaku di persekitaran menyebabkan quality idea dan pemikiran jumud me nguasai pimpinan pemuda PAS.

Sesungguhnya puak puak yang gagal lemah lagi bahalol akan membanggakan kawanan tahap bahalol mereka. Ianya gagal menawan pemikiran anak muda yang global pencapaiannya. Quantiti pemuda PAS yang besar namun tiada nilai tinggi, tiada gunanya kerana 'Siapa bangga dapat berkawanan dengan yang bahalol?'

Impak yang terbaik gagal dicapai jika Pemuda PAS gagal membuat reflection akan kedudukan sekarang dalam arus politikus negara.

Tanpa Nama berkata...

Pemuda PAS majoritinya ok, tapi kepimpinannya wajar di ganti dengan yang lebih berani...

Tanpa Nama berkata...

Dalam pemerhatian sy ketua2 pemuda pas lebih focus bercerita perkara akhirat dan keagungan Islam dimasa lampau. Perlu seimbangkn antara duniawi dan akhirat. Barulah rakan2 kita dari ugama lain tidak terasa terancam dan tersing krn perbedaan agama