22 Okt 2012

Najib Bakal Jadi Duta Di Mongolia Selepas PRU13?


Najib tak akan dipenjara, tapi jadi duta di Mongolia- Anwar

JOHOR, 21 Okt: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan memenjarakan Datuk Seri Najib Razak jika berkuasa kelak, sebaliknya melantik beliau sebagai ‘duta di Mongolia’.

“Kita jangan ada pemikiran untuk menghumbankan Najib dalam penjara, kesian dia. Kita kena beri ajaran yang adil kepada beliau dengan memberikan kedudukan yang paling penting.

“Ikut perkiraan saya, tempat yang paling sesuai untuk diberikan kepada Najib waktu itu adalah sebagai Pengarah Kedutaan Malaysia di Mongolia,” katanya sambil disambut hilai tawa lebih 6,000 hadirin di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat Johor di Sutera Mall, Taman Skudai Utama, Skudai semalam.

Terdahulu sebelum itu, ketika berucap di Majlis Minum Petang di Sri Merlimau di Parit Sulong, Anwar menggesa agar rakyat tidak termakan pemberian serta sumbangan Umno BN.

“Pemberian mereka bukan lahir dari ikhlas dan jujur untuk membantu rakyat tapi ia hanya bersifat sementara dan hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat.

“Jika kita termakan, bermakna kita akan tergolong dalam golongan ‘edan’, iaitu dalam bahasa Jawa bermaksud orang yang gilakan kuasa dan benar-benar gila,” katanya disambut gelak ketawa 300 hadirin.

Majlis Minum Petang itu turut dihadiri Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar dan pimpinan KEADILAN serta Pakatan lain. -KD

Anwar: Najib Perlu Undur Demi Keselamatan Diri Dan Negara.

JOHOR BAHRU, 21 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur secara baik demi keselamatan diri dan negara ekoran pencapaian yang mengecewakan sepanjang tempoh pentadbiran beliau.

Bercakap di hadapan hampir 6,000 hadirin di tempat letak kereta Sutera Mall, Skudai dekat sini, Anwar menjelaskan, Najib hanya pandai memperlekeh kebolehan pentadbiran PR di Selangor dan Pulau Pinang sedangkan hutang negara telah mencapai RM 500 billion.

“Najib kata kita ‘tidak pandai’ mengurus. (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan (Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim perintah, kita ada lebihan kewangan.

“‘Pandai’ Najib urus negara, hutang negara sudah sampai RM500 billion,” katanya sinis pada ceramah perdana siri Jelajah Merdeka Rakyat Johor semalam.

Menurut Ketua Umum PKR itu, beliau menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 akan berlangsung dalam masa terdekat.

Hadir sama dalam jelajah ini Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dan wakil kepimpinan Pakatan Rakyat Johor.

Tegasnya, sekarang merupakan masa terbaik untuk rakyat Malaysia terutamanya di negeri Johor untuk menolak sentimen perkauman Umno-BN dan bangkit membuat perubahan.

“Kepada rakyat, ini bukan soal pimpinan. Ini hasrat rakyat. Sudah cukup sudah rasuah dan fitnah.

“Saya beritahu orang Melayu di sini, yang hilang kuasa bukan Melayu tetapi pemimpin Umno yang rasuah.

“Ini perubahan terpenting kerana berhadapan Melayu yang lebih yakin,” laung Anwar.

Anwar turut mengulangi fakta tentang prestasi kewangan dan urus tadbir baik yang ditunjukkan oleh negeri PR seperti di dalam laporan Ketua Audit Negara.

Jelas Anwar, belum pernah negara yang muflis sekiranya hasil pendapatannya diagihkan secara sama rata seperti pemberian skim rakyat di negeri pimpinan PR sejak tahun 2008.

Anwar turut mengulangi isi kandungan Buku Jingga antaranya penurunan harga minyak dalam tempoh 24jam selepas mentadbir Putrajaya selain menyediakan modul pinjaman pendidikan lebih baik berbanding skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

-selangorku.

.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I teramat sangat setuju kalau Najib jadi Duta di Mongolia. Selain dia Si Razak Baginda perlu dijadikan duta Mongolia juga. Ha, time itu saya nak lihat mcm mana Najib nak larikan diri daripada berdepan dengan bapa Altantuya, Sharibuu? kita tunggu dan lihat.

Waris berkata...

Duta mongolia dah serupa penjara buat najib...

din siam berkata...

Kesian kat Razak B, hantag la dia sama, baru dapat depa bekerjasama !

Tanpa Nama berkata...

Korang ingat senang2 suami si Najeeb tu nak izinkan dia pergi Mongolia?