Sepang: Sejarah tercipta petang ini apabila pelumba Malaysia Zulfahmi Khairuddin dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo berjaya menaiki podium dengan menduduki tempat kedua di dalam kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa 40'54.151s.
Pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo merangkul kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa terpantas 40 minit 54.123.
Manakala penunggang Jerman Jonas Folger dari Mapfre Aspar Team Moto3 di tempat ketiga dengan masa 40'54.370s.
Sejak semalam lagi sejarah telah tercipta apabila pelumba Moto 3 Malaysia, Zulfahmi Khairuddin memulakan perlumbaan di Motogp Sepang di petak pertama.
Zulfahmi mencatat sejarah sebagai pelumba pertama Malaysia dan Asia yang memulakan perlumbaan di petak pertama dalam kategori Moto 3 yang menggantikan kategori 125 bermula awal tahun ini dan pada hari ini sekalipun menduduki tempat kedua, tetap merupakan satu sejarah kerana ini merupakan kali pertama Malaysia menaiki pentas podium di dalam mana-mana perlumbaan kelas Grand Prix.
Pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo merangkul kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa terpantas 40 minit 54.123.
Manakala penunggang Jerman Jonas Folger dari Mapfre Aspar Team Moto3 di tempat ketiga dengan masa 40'54.370s.
Sejak semalam lagi sejarah telah tercipta apabila pelumba Moto 3 Malaysia, Zulfahmi Khairuddin memulakan perlumbaan di Motogp Sepang di petak pertama.
Zulfahmi mencatat sejarah sebagai pelumba pertama Malaysia dan Asia yang memulakan perlumbaan di petak pertama dalam kategori Moto 3 yang menggantikan kategori 125 bermula awal tahun ini dan pada hari ini sekalipun menduduki tempat kedua, tetap merupakan satu sejarah kerana ini merupakan kali pertama Malaysia menaiki pentas podium di dalam mana-mana perlumbaan kelas Grand Prix.
Pemimpin politik muda negara ucap tahniah kepada Zulfahmi
KUALA LUMPUR, 21 Okt — Selepas tiga tahun, penantian Md Zulfahmi Khairuddin akhirnya berbaloi apabila menaiki podium buat kali pertama selepas memperoleh kemenangan di tempat kedua pada pusingan MotoGP di litar antarabangsa Sepang hari ini.
Dalam cuaca hujan, Zulfahmi mencipta sejarah tersendiri dan untuk negara serta menceriakan ribuan penonton yang hadir untuk memberikan sokongan kepada anak kelahiran Banting.
Kejayaan Zulfahmi turut dikongsi kegembiraan dengan pemimpin politik muda negara yang menulis ucapan tahniah kepada penunggang negara berusia 21 tahun tersebut.
"Tahniah Zulfahmi kerana menduduki tempat kedua. Saya diberitahu anda memberikan saingan yang hebat.
"Tahniah kepada anak muda tempatan," tulis ahli parlimen PKR, Nurul Izzah Anwar di Twitter.
Selain itu, Khairy Jamaluddin turut menyampaikan ucapan tahniahnya kepada Zulfahmi dan yakin anak muda negara tersebut akan meraih lebih banyak lagi kejayaan podium selepas ini.
"Well done Zulfahmi, great race! Saya yakin lebih banyak podium selepas ini," tulis ketua pemuda Umno tersebut dalam Twitter.
Dalam sesi kelayakan semalam, Zulfahmi mempamerkan aksi hebat selepas meraih petak pertama apabila mencatat masa terpantas 2m13.885s diikuti rapat dua pelumba Jerman, Jonas Folger daripada pasukan Mapfre Aspar Team Moto3 dan Sandro Cortese daripada pasukan Red Bull KTM Ajo.
Menguasai sepanjang perlumbaan, Zulfahmi hampir mengharumkan nama negara buat pertama kali jika lagu Negaraku dinyanyikan tetapi malangnya pada pusingan terakhir Sandro Cortese memintas penunggang negara tersebut.
Walaupun sekadar muncul naib juara, Zulfahmi tetap masih boleh berbangga apabila muncul rakyat Malaysia pertama berjaya berdiri di atas podium dalam kejohanan dunia tersebut.
Dengan kejayaan ini, penunggang negara berusia 21 tahun tersebut kini berada ditangga ketujuh dengan 112 mata selepas 16 perlumbaan.
Kali pertama Zulfahmi turun berlumba ialah pada tahun 2009 atas tiket wildcard, selepas itu dia terpilih untuk bersama pasukan AirAsia-SIC (Sepang International Circuit) pada 2010. Pada musim 2011, Zulfahmi mendapat suntikan apabila mendapat tawaran bersama pasukan Ajo Motosport dan kemudiannya disusuli dengan penubuhan AirAsia-SIC-Ajo.
Tahun 2012 merupakan tahun paling mencabar buat Zulfahmi kerana bukan sahaja terpaksa berlumba di dalam kategori baru tetapi juga perlu menyesuaikan diri dengan jentera barunya KTM selepas bertukar daripada jentera Derbi.-TMI
4 ulasan:
Tahniah pd Zulfahmi diatas kejayaan anda!
Memandangkan Zulfahmi anak kelahiran Banting Selangor, jgn ada plak politikus2 dri Melaka, Johor & ngeri2 jajahan takluk Be End rasa jeles plak!
Kejayaan ni bukan kerna bomoh tpi ada tersisip doa2 yg mengiringi beliau demi mengharumkan nama Malaysia!
Syabas...syabas! Sokong kejayaan Zulfahmi tpi tak sokong Syabas @ SYarikat Bekalan Ait Selangor yg jdi keldai tungangan pemimpin UMNO & Kerajaan Pusat kerna mendera Kerajaan PR Selangor dgn mengunakan isu air yg mnjadi duri dlm daging fakyat Selangor!
Oppsss terkucil dri tajuk plak!
Tahniah! Hero muda atas keupayaan anda bersaing di pentas dunia..Sejak zaman muda aku menunggu saatnya hari ini akhirnya tiba anak malaysia melangkah gagah menaiki podium GP..namun yg lagi penting lu tak goncang itu air kencing setan...
Tahniah Zulfahmi.. dapat membanggakan rakyat Malaysia dan Selangor !!
Tahniah Lee Chong Wei.. juara terbuka Denmark.. membanggakan rakyat Malaysia dan Pulau Pinang !!
Tahniah pasukan Bolasepak Kelantan.. juara Piala Malaysia.. mambanggakan rakyat Kelantan tawan Piala Malaysia !!
Tahniah pada Harimau Muda U21 Juara Piala Newspaper di Vietnam !!
Macam nie la kalau merempit, bukan macam geng kat Terengganu tu, memalukan mak bapak sje !
Catat Ulasan