22 Okt 2012

Hati Mana Tak terharu, Masih Ada Yang Tinggal Dirumah Semacam Ini...


Kunjungan kami ke rumah Poksu atau nama sebenarnya Mustapha Mamat, 75, di Kg. Pengkalan Samak, Merlimau, amat menyayat hati dan menyentuh perasaan kami.

Dengan tempat kediamannya yang sukar untuk dipanggil "rumah" seperti gambar yang tertera di atas, disitulah Poksu tinggal menahan sejuknya malam dan hangatnya mentari siang.

Berasal dari Kg. Aur Telong, Bachok, telah menetap di Merlimau sejak 18 tahun yang lalu. Bekerja dengan mengambil upah menurunkan buah kelapa dengan dibantu oleh seekor beruk peliharaannya, itulah sumber pendapatannya untuk meneruskan hidupnya sehari-hari.

Beliau tidak memiliki sebarang kenderaan, justeru itu terpaksa berjalan kaki untuk ke mana-mana sekalipun jarak dari rumahnya untuk ke mana-mana agak jauh juga, sehingga kami ternampak kesan bengkak di kakinya lantaran berjalan untuk mencari makanan walau sesuap nasi di kedai berhampiran.

Dengan rasa penuh sebak dan keinsafan, Ketua Pemuda PAS Melaka, Sdra Yuhaizad Abdullah bersama-sama dengan Jawatankuasa PAS Cawangan Merlimau Timur, pada petang tadi telah menziarahi Poksu dan telah membawa Poksu untuk ke bandar Merlimau dan membelikannya sebuah basikal agar memudahkan pergerakannya mencari rezeki.

Pihak PAS Cawangan Merlimau Timur juga berhasrat untuk membinakan sebuah rumah kediaman untuk Poksu - dengan kos lebih kurang RM10,000 - dengan harapan agar Poksu dapat hidup dengan lebih selesa daripada keadaan pondoknya yang terlalu uzur untuk didiami kini.

Justeru itu, dirayu kepada yang bersimpati, untuk menghulurkan sumbangan dan derma supaya hasrat murni tersebut dapat direalisasikan. Berikut ialah maklumat akaun:

Maybank: 154053463369 di atas nama
PAS Cawangan Merlimau Timur


Maklumkan sumbangan/derma anda dengan menghantar SMS ke nombor 016-7705820 (Sdra Yuhaizad) atau maklumkan melalui email kami email

Hari ini hari Poksu, justeru itu, taburkanlah bakti sementara kita masih berupaya, kelak Allah akan membantu kita sewaktu kita memerlukan pula. Jazakallahu khairan kathiran kepada semua penyumbang dan penderma, semuga Allah lipatgandakan pahala untukmu semua.

Poksu menceritakan kisah pengalamannya...

Sdra Adel Jantan bersama Sdra Yuhaizad Abdullah menemani Poksu memilih basikal di kedai...

Penyerahan basikal kepada Poksu...

Di pondok inilah Poksu tinggal...

Pondok ini menunggu masa untuk rebah ke bumi... Marilah bersama kita menolongnya...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahai Ali Rostam, rakyat engkau miskin mcm ni nko x nampak ke? jgnlah nak puaskan nafsu sendiri buat majlis kahwin grand2, cuba infaqkan sedikit kat pakcik ni,

Tanpa Nama berkata...

Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis . Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.2-265

Tanpa Nama berkata...

Masya'Allah..... Mana perginya duit kutipan Zakat berjuta juta baik di melaka, maupun di kerajaan pusat?

Ali Rustam, maaf ye, mohon sponsor2 Tuan sponsor Poksu buat rumah budget 10k....

Tanpa Nama berkata...

Adakah rumah macam ini masih wujud di tempat lain?

TokWa berkata...

Agak-agak hari tu masa Si Ali buat kenduri tu dia jemput tak, terfikir tak nak jemput orang semacam Poksu nie ?
Wahai pembaca GB, renung hayati, fahami dan bersedialah untuk bertindak !

WarFitnah berkata...

Menteri2 UMNO agaknya lebih suka makan daging BABI kat neraka nanti kot.....dari menolong orang2 mcm POKSU nie......Majlis kenduri besar pun tak guna kalau kebajikan rakyat langsung tak ambil endah......inilah maksud "RAKYAT DIDAHULUKAN (miskin merana), PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (utk kroni2 dan anak pinak depa aje)......aku bersumpah dgn nama ALLAH, "JANAHAMLAH kau wahai UMNO !!!