19 Sep 2012

[BONGKAR] Skandal Noh Omar.. Memiliki Kekayaan Luar Biasa Bhgn 1

Maklumat yang akan didedahkan di bawah ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF) yang sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup kepincangan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk Noh Omar berhubung isu 'benih'...

Oleh Warga MOA

(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato’ Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.

Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).

MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.

Noh Omar takut mengenai kedudukannya sebagai menteri MOA jika berlaku pilihanraya awal, sebab itu beliau dengan tergesa-gesa mengarahkan agar tender ini dibuat dengan kadar segera. Tender telah dikeluarkan pada 29 Mac 2012, walaupun kontrak tamat pada 31 Disember 2012. Tidak pernah berlaku dalam sejarah MOA, benih padi dibuat secara tender tergesa-gesa.

Tender dibuat dalam 2 kategori, iaitu 20,000 tan dan 8,000 tan. Untuk 20,000tan, telah diatur awal khas untuk Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd dan Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. (Semua pengusaha-pengusaha benih padi tahu hal ini).

Walaubagaimanapun, Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. mendapat tambahan 2,000tan lagi daripada kuota 8,000tan, menjadikan jumlah keseluruhan 22,000tan.

Noh Omar mengarahkan kontrak ini dibuat untuk tempoh 3 tahun yang tidak pernah dibuat oleh MOA sebelum ini (rujuk keratan akhbar mengenai tender), walaubagaimanapun MOF hanya meluluskan untuk 2 tahun sahaja (amalan biasa).

Syarikat Seri Merbok, dipengerusikan oleh Dato Rais (kroni Noh Omar), bekas EXCO Negeri Sembilan, yang digugurkan daripada menjadi wakil rakyat kerana isu rasuah. Sri Merbok juga mempunyai rekod yang buruk. Petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi) , penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh. Sewaktu lawatan YAB Perdana Menteri ke Perlis pada awal tahun 2012, YAB Perdana Menteri terpaksa meluluskan RM4juta tambahan kepada petani di Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah padi angin.

Pada Tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok.

Satu lagi syarikat kroni Noh Omar adalah Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam tender. Syarikat ini hanya mempunyai loji benih berkapasiti 8,000tan sahaja (tidak memenuhi syarat tender 20,000 tan). Walaubagaimanapun dengan kuasa Noh Omar, syarikat ini berjaya menyewa loji MADA di Sungai Burung yang mempunyai kapasiti 4,000tan. Secara teknikal ia masih gagal memenuhi syarat 20,000 tan.

Loji MADA di Sungai Burung disewa dengan kadar RM5,000 sebulan sahaja berbanding dengan loji MADA di Ajil, Terengganu berkapasiti 1,250 tan juga disewa dengan RM5,000 sebulan (syarikat lain yang bukan kroni). Noh Omar telah menggunakan kuasa bagi mengarah MADA menetapkan kadar kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid hanya RM5,000 sebulan.

Agensi Kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini. Noh Omar telah memberikan kuota kedua-dua agensi ini pada musim lepas kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. (kroni Noh Omar)

TKSU MOA, Dato Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah IPB (Industri Padi Beras) telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama datuk Hashim KSU MOA. Dato Baharum Jani tidak mahu bersetongkol dengan Noh Omar berhubung perkara ini. Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (dibawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD.

Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000tan. Noh Omar dan konco-konconya menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd - 22.000tan, Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000tan). Jika berlaku apa-apa kepada syarikat-syarikat ini, maka akan berlaku krisis makanan yang serius kepada negara. Noh Omar dijangka mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini.

KEKAYAAN LUAR BIASA NOH OMAR

Noh Omar hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah. Pegawai-pegawai beliau seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah kaya raya. Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan tour mengelilingi Eropah (tiket MAS first class). Pegawai Khas beliau, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu. Tidak ketinggalan juga Bodyguard dan pemandu Noh Omar yang juga hidup mewah dan kaya raya. Begitu juga 10 pegawai-pegawai khas beliau yang lain.

Adalah menjadi harapan kami, warga MOA agar MOF menubuhkan pasukan khas bagi meneliti semula kontrak ini.

Kami pegawai-pegawai MOA, merayu agar YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan MEMBATALKAN segera kontrak ini demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Kami juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai skandal terbesar ini.

Ini adalah satu skandal yang amat serius. Yang menjadi mangsa adalah petani yang miskin. Yang menjadi kaya raya hidup mewah sombong dan bongkak adalah Noh Omar. Noh Omar adalah Menteri Pertanian yang paling korup dalam sejarah Kementerian Pertanian. Beliau umpama lintah darat. Hidup mewah atas keringat dan titik peluh petani yang miskin. Cakap tak serupa bikin. Menuduh orang lain korup, tetapi dialah BAPA KORUP !!!!

Kami warga MOA sekali lagi amat mengharap YAB Perdana Menteri mengambil tindakan tegas kepada Menteri kami yang amat korup ini.

Menteri sekor nie memang banyak masalah, jenis syaitan yang Mahathir dok kata, Kalau jadi MB Selangor mengalahkan Mike Tyson dan Khir Toyo. -kedah.kini

Ulasan GB

Dah terbarai dah. Hanya baru semalam GB ulas mengenai Noh Omar yang GB kira berpura-pura mengamuik di dalam isu burung walit di SINI. Petikan:

GB lihat macam buat-buat mengamuk supaya kelihatan jantan macho gitu...
sebab banyk sangat skandal Noh Omar ni.. kalau tak tunjukkan jantan macho,
takut terbarai semua... :)



15 ulasan:

Awanama berkata...

DASAR PEROMPAK HARTA RAKYAT....KALAU BENAR SPT YG DINYATAKAN....MEMANG HARAM JADAHHHHHHHHHH

Amuraria berkata...

BILA SUDAH ADA LAPORAN & BUKTI HARAP SPRM JANGAN DUDUK DIAM AAR ! BUAT KERJA DENGAN TELUS,IKHLAS & ADIL ,SIASAT SAMPAI KEAKAR UMBI DARI MANA MANGKUK TU & GENG DAPAT KEKAYAAN LUARBIASA ! ABU !

Awanama berkata...

Mengapa Noh Omar jadi menteri? Kalau tengok mukanya, percakapannya, idealismenya, takda satupun yang boleh dibanggakan untuk melayakkannya jadi menteri.

Hanya satu, dia tahu rahsia orang dan membantu yang mengangkatnya jadi menteri, mungkinkah itu?

Awanama berkata...

Bukan dia saja... banyak menteri lagi..SIASAT & BONGKAR !!!!

Awanama berkata...

apa dah jadi lepas satu satu
ubahlah bila sampai masa

Awanama berkata...

apa dah jadi ngan malaysia sekarang undang2 diorng buat diorng boleh tepis,,kalau rakyat biasa tahap cikai tak byar saman pun masuk penjara ..takan nak tgu bala dari Tuhan ...

Awanama berkata...

Dua timbalan menteri kdn zaman dolah ... mesti la tau banyak rahsia.....

Awanama berkata...

Dari sumber yg saya dapat, pegawai sprm nak siasat banyak benda yg dilakukan syaitan2 yg dikenali. Tapi kerana wahyu yg diturunkan melalui abu kassim baba, dia orang tak boleh proceed.

Akhir kalam, pegawai2 sprm ni pun buka laman web lucah di pejabat.....

abu kassim baba pun nak kaya mcm ali baba.

Awanama berkata...

Kita rakyat dah masak dengan kerenah ,kegelojohan , kezaliman dan pelbagai sifat2 syaitan yang dikenali. Diharap2kan sangatlah PDRM, SPRM dan KDRM bersama-sama menyiasat pak2 menteri itu serta pihak2 yang berwajib tadi agar menjalankan amanah serta tanggungjawab yang sepatutnya lama sudah dilaksanakan, kalau tidak malaikat maut menunggu semua kamu2 itu dengan keadaan yang amat bengis sekali. Itupun kalau pihak2 tadi tu takutkan azab ALLAH nanti.

ZAINCHEROSE berkata...

kalau benar lah ..memang celaka dunia akhirat.kesian ayah aku sebagai petani miskin.

Awanama berkata...

tu tak keluar lg skandal ngan janda lama....nak tahu semua.......?????

Awanama berkata...

Kepada rakyat M'sia janganlah sampai krisis makanan berlaku baru kamu tolak UMNO sebab pada masa itu sudahpun terlambat. Fikir - fikirkanlah. Kepada warga MOA dan MOF yang inginkan perubahan teruskan lagi pendedahkan kerana rakyat M'sia berhak tahu apa yang berlaku dalam kementerian tersebut.

Awanama berkata...

Jiwa syaitan..biar la dia byk mkn rasuah,idup bkn lm mane pun,klu pdrm sprm kdn pun xnk jlnkn tugas kite nk wat ape..demo dn doa pd tuhan moga2 mereka akn binasa..inshaallah tuhan bersama kite..sedih sgt2kite ni di tipu sje, yg tipu bngsa sendiri yg bercakap idup melayu..tp mereka ini syaitan sebenarnye

Awanama berkata...

hilanglah lagak adik beradik beliau yang menumpang "tuah" D.N nie... baru tahu langit tinggi rendah... akan tersungkur jugak akhirnye...nak2 lagi pada adik beradiknya yang terlampau berlagak menggunakan veto yang ada pada D.N nie... huhuhuhuhuhu..bongkar jangan tak bongkar..tak baik biar lama2 makan duit rakyat nie...

Awanama berkata...

Meh kita ramai-ramai buat demo kat kementerian pertanian klu sahih berita tersebut...Beginilah jadinya kalau tak takut pada yg Maha Esa Allah S.W.T.