SSatu gambar yang diletak di laman rasmi Facebook milik Pemuda Umno kelmarin kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.
Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.
Poster yang kontroversial itu menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu). ”
Gambar yang diposkan di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan sebahagian pengguna Internet menyokong kenyataan itu.
Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di masyarakat majmuk di Malaysia.
“Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je...(Bodoh punya Pemuda Umno, dah terang-terang dalam Perlembagaan (bahawa) Islam agama rasmi...DAP pun sokong perlembagaan, saja nak tunjuk bodoh! Tapi DAP sependapat dengan Umno tentang hudud, itu saja)” kata seorang pengguna internet yang hanya dikenali sebagai Mohd Ghazali di laman Facebook Umno Pemuda itu.
“Org islam/melayu pun x sokong dgn gambar nie...so, someone go report this admin to police station...this is serious matter(jadi sila laporkan admin ini kepada balai polis...ini hal serius) ...boleh masuk ISA nie kalo ISA masih wujud,” kata seorang lagi pengguna Facebook yang mengelar dirinya sebagai Ellvin Jesele.
Seorang pengguna Facebook yang hanya dikenal pasti sebagai Firdaus Adnan telah menuliskan komen yang menghina DAP, salah satu parti dalam Pakatan Rakyat (PR).
Firdaus menuduh pengerusi DAP, Karpal Singh telah berkali-kali menghina agam Islam tetapi pengguna Facebook itu tidak memberi bukti untuk tuduhan itu.
“Babi punya DAP jgn nk kait dap k.karpal sigh hram jdah byk kali hina islm. org islm bleh wt apa? dap komunis mlaysia (Babi punya DAP jangan nak kait DAP ok. Karpal Singh haram jadah banyak kali hina Islam. Orang Islam boleh buat apa? DAP komunis Malaysia,” beliau berkata di laman Facebook Pemuda Umno.
Seorang pengguna Facebook lagi, Agazaman Awang, kelihatan turut menyokong amaran tersirat Umno supaya orang Islam di kalangan rakyat Malaysia tidak menyokong PR.
“Orang yang kata pisahkan politik dari agama aadlah tak berpijak di bumi yang nyata. sedangkan apa yang kita perjuangkan seperti agama bangsa dan negara matlamat politik kita. bagaiamana kamu hendak pisakan islam dari politik melainkan kamu ada agenda lain dalam politik unutk kepentingan peribadi," tulis Agazaman.
DAP telah berulang kali digambarkan sebagai anti-Islam oleh media arus perdana yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno, hanya disebabkan DAP menentang pelaksanaan hukum hudud.
Kontroversi yang terbaru ini timbul selepas debat yang hangat akhir-akhir ini mengenai penubuhan teokrasi Islam di Malaysia, dengan panggilan untuk melaksanakan hokum hudud.
Debat itu dilihat sebagai percubaan untuk mendapatkan sokongan pengundi orang Melayu yang juga penganut agama Islam pada pilihan raya umum ke-13 yang mesti dipanggil pada April tahun depan.
Gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Pemuda Umno teringat tentang laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu.
Tahun lalu, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia.
Pemimpin Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap politik tersebut.
Beliau turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.
“That was not sanctioned by Umno Youth. The FB page is not administered by Umno Youth anymore. I am trying to find out who is responsible for this (Itu tidak dipersetujui oleh Pemuda Umno. Laman FB itu tidak lagi diurus oleh Pemuda Umno. Saya sedang cuba mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ini,” Khairy memberitahu The Malaysian Insider apabila dihubungi.
Gambar yang menyinggung perasaan itu ditarik balik dari "wall" Facebook pada kira-kira 6.30 petang, tetapi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat memberi komen ke atas gambar itu.
“Tdk waras utk nyalakan sengketa antara agama. (Tidak waras untuk nyalakan sengketan antara agama),” kata ketua de facto PKR itu di akaun Twitter @anwaribrahim apabila disuruh untuk memberi komen ke atas isu itu oleh seorang pengguna Twitter @kayheshyutaibah. -TMI

13 ulasan:
Skg org UMNO nilai la mana satu anti Islam....nmpk sangat BN ni lah penghalang Islam selama ni....DAP akui Islam Agama Persekutuan....tp sekutu BN Di sebaliknya...fikir2 lah pemuda UMNO.......jgn cuba nak cetus kan perbalahan agama....insaf la sebalum terlambat........
MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam
Nigel Aw
6:20PM Ogos 18 2012
Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.
"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.
"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini
Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.
Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.
Di Petik Dari Malaysiakini
Kejayaan PR dlm PRU ke13 nti mberi jaminan kedudukan Agama Islam lebih trjamin,ini dikuatkan dgn pemimpin2 paktan rakyat kususnya dlm PAS ramai dikalangan Ulamak2 jika dibdingkan dgn pemimpin2 UMNO.
2. Dibawah plembagaan negara kita kedudukan Agama Islam,Raja Raja Melayu dn Adat istiadat Melayu,dilindungi dibawah kuasa Raja Raja Melayu.tNpa bolih DICABAR olih mana2 kuasa/pehak.
3. Orang Melayu(Islam)kaum majoriti dimalaysia dn kawasan parlimen yg diprtdingkan pula byk dilangan Melayu/Bumiputra dpada kaum2 lain.
4. kenyataan pemuda UMNO ini satu kenyataan bodoh yg tidak brpijak dibumi nyata dn desparate dlm mhadapi PRU ke13 ini,....InsyaAllah warga Malaysia tidak mudah tprdaya dgn ucapan sbegini,lihatlah apa yg mereka buat selama brkuasa trhadap kesucian agama Islam.!!!
''Saya sedang cuba mencari siapa yang bertanggungjawab untuk ini,”
oi, bukan kerja hang la.....buat laporan polis!
Betoi ka..?
Hahaha... nak cover up isu mca selangor. Wei umno, skrg ni tahun 2012... bukan 1972.
assalamualaikum.. nk tny GB.. agak2 depa ni kena x 114a? hehe
"Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina".
Dimana mudharatnya perbuatan tersebut, ke geng - geng MCA ni selalu buat benda lain masa tengok wayang, saya menyelam minum air.
Sama juga dengan hukuman potongan tangan untuk pencuri, kalau tak buat salah kenapa nak takut. Yang takut kena potong tangan ni ialah pencuri, sebab dia tahu sapa yang mencuri akan kena potong tangan.
Tahniah pada MCA, sekarang jelas siapa yang menentang ISLAM, DAP ka MCA ka! Karpal kata tak boleh nak laksanakan hudud sebab ia bertentangan dengan perlembagaan, betullah tu. So kalau nak laksanakan hudud kena ubah perlembagaan dulu.
orang kalau dah tak ada modal politik, dia akan ambil apa saja idea yg boleh mengharubiru keadaan, ini lah kalau dah tak ada org cerdik dlm UMNO, lagipun apabila penyakit dah mereput hingga ke usus segala macam ubat akan di gunakan, ini lah kalau dah tak kira sensitiviti agama dan kaum, nyahkan UMPORNO dari alam maya ini di PRU13.
kalau orang melayu islam sendiri tak tau tentang islam memang dia cakap bahaya tapi kalau dia betul betul faham islam macam mana nabi ajar hang walau pun berniaga sayor disebelah kedai babi perniagaan tetap kena jalan tak caya jom pi hatyai memang melayu umporno ni baka bodoh agama belaka
Apa la Pemuda UMNO ni. tak payah nak main isu agama untuk menang pru 13. Bukankah PR kini dah semakin lemah kerana telah kehilangan Panglima2 nya dan penyokong tegar PR selama ini. Cuba tengok PR dah kehilangan YB Zul Nordin, YB Hasan Akidah, YB Zahrin dan terbaru YB Nasha serta penyokong tegar selama ini YB Berahim Ali. Sejak mereka tidak lagi bersama PR - PAS, PKR dan DAP dah jadi tak keruan. Jadi Pemuda UMNO tak payah lah nak main isu agama lagi. PRU13 sah milik BN sebab orang Melayu tak boleh hidup tanpa UMNO.
Manusia seperti Firdaus Adnan, Agazman Awang, .... yang menyebabkan manusia keturunan Melayu nampak macam manusia bodoh dan bangang, atau lebih tepat lagi macam manusia yang tak pernah mengaji (belajar). Allah swt suruh kita siasat dan sentiasa siasat apabila suatu berita didengar dan dibawa terutama sekali oleh puak fasik maupun munafikun. Jangan telan bulat-bulat sebab yang mendapat padah ialah diri kita sendiri.
Yang Pertama sekali:
Alkisah pada suatu masa dulu, panglima singh, Al-Karpal telah dituduh menentang perlaksanaan Hukum Hudud. Maka geng ala-yahudi @ Apco telah bersatu hati menyatakan Al-Karpal ni telah menghina Islam walhal yang menghina Islam dan Melayu tu ialah Apco sendiri. Yang berkuasa ialah Apco. Yang dok memerintah selama ni ialah Apco. Depa lupa bahawa Al-Karpal telah memberi kata-kata hikmah kepada puak Islam iaitu "Mana boleh kita laksanakan HUKUM HUDUD sedang ianya bercanggah dengan PERLEMBAGAAN MALAYSIA?" Faham tak wahai orang "Melayu Kita" yang buat "bodoh" dan "bangang" atau memang macam tu? Jadi siapa yang boleh ubah perlembagaan kalau bukan Apco sebab depa tengah dok berkuasa? Kalau depacadang di Parlimen, sudah tentu PAS akan sokong 100%. Begitu juga dengan MP Islam yang lain. Kalau tidah, kita tahu siapa yang murtad atau munafik? Kalau orang bukan Islam dalam DAP seperti Al-Karpal tidak menyokong tidak apa sebab memang bukan kerja depa.
Yang Keduanya:
Alkisah dituduhnya DAP merancang mengkristiankan Malaysia apabila Jeff Ooi berjumpa dengan paderi dan orang-orang kuat agama lain. Siasatlah dulu siapa Jeff Ooi sebelum buat fitnah. Jeff Ooi tu namanya nampak dan sebut pun macam orang Kristian tapi dia beragama Buddha. Logikkah seorang yang beragama Buddha nak "promote" agama Kristian? Lebih baik dia promote agama Buddha jadi agama rasmi Perlembagaan Malaysia, kan? Kalau manusia yang buta hati, maka butalah segala-galanya. Yang nampak dunia aja dan hidungnya dicucuk si puak munafikun. Inilah contoh manusia yang paling bangang di dunia. Tentang ni, kita boleh dapat pingat EMAS kat Olympik ~ JUARA FITNAH.
Setakat itu dulu ceritanya. Akan bersambung ......
Nak heran apa PEMUDA UMNO tu kan.. bukannya cerdik sangat tgk je sapa ketuanya... dulu kini dan selamanya bangang.. cam lah orang ramai tak tahu perlembagaan.
How low can you go to win the elections? Well, this must be the lowest!
Catat Ulasan