10 Ogo 2012

[BERGAMBAR] Atlet Wanita Arab Saudi Diberi "Standing Ovation" Di Olimpik, London


Kata orang, kemenangan bukanlah perkara utama, namun lebih penting ialah penyertaan dalam sesuatu acara sukan. Dalam hal ini, Sarah Attar diberi penghormatan dan tepukan gemuruh oleh penonton di stadium ketika menyertai acara larian 800 meter di Sukan Olimpik London.

Standing ovation yang diberikan kepada Sarah bukanlah kerana dia menang acara itu, namun dia merupakan atlet wanita pertama yang mewakili Arab Saudi dalam acara di trek di Olimpik.

Penyertaan Sarah merupakan saat bersejarah apabila Jawatankuasa Olimpik Arab Saudi membenarkan atlet wanita negara itu menyertai Sukan Olimpik di London.

Sarah menamatkan larian sebanyak dua pusingan trek itu hampir 45 saat di belakang pemenang acara itu, iaitu atlet Kenya, Janeth Jepkosgei Busienei yang menamatkan larian pada catatan 2 minit 01.04 saat.








Sarah, 19, merupakan pelajar seni di Pepperdine University di Malibu, California. Dia memiliki dua kerakyatan dan memilih untuk mewakili Arab Saudi, negara asal bapanya. 

Bercakap selepas acara larian itu, dia berkata "Peluang mewakili Arab Saudi merupakan suatu penghormatan dan amat membanggakan. Saya harap penyertaan ini dapat memberikan impak yang besar."


Mengikut rekod, catatan yang dibuat oleh Sarah dalam acara yang 800 meter di Olimpik ini 4 saat lebih perlahan daripada catatan peribadinya. Namun begitu, atlet ini diberitakan lebih gemar acara 1500 meter berbanding dengan acara 800 meter. -DCM












10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaek...

muslimah malaysia tutup aurat tapi lembik, x mau lansung join sukan.

Tanpa Nama berkata...

ayat tak beragak anon atas ni..mak, kakak, adik hang join ka??
masing2 ada kekuatan masing2 bro..jangan merendahkan org lain.

Tahniah buat Sarah Attar!~

Tanpa Nama berkata...

Ayat anon atas sekali tu memang bodoh

meluat berkata...

puji org lain lepas tu mengutuk muslimah Malaysia.

apa punya orang. 'menggalakkan' & 'mengkondem' tu jauhnya mcm langit ngan bumi.

meh aku nak kondem kau plak. lelaki macam kau lembik sgt ke sampai tak mampu nak sumbang emas utk Malaysia?

reti pulak panas hati eh?

Tanpa Nama berkata...

jgn kondem org mcmtu. . . adik aku pun ustazah. . .tp ligat aktiviti lasak . . ustazah kat sekolah nampak lembut jer tp bila di padang, dia lebih lasak dr aku yg tak tutup aurat dgn sempurna. .kalau nak menilai jgn yg depan mate jer tau. . .

Tanpa Nama berkata...

Agak2 ar bg komen, ikut sedap molot kao jer, ckp bodoh kang marah lak tu, melantun-lantun tak tentu psl, apahal?!?

Tanpa Nama berkata...

Maaf saya pn nk komen, tp bg saya ni penghormatan yg xsepatutnya sebab mcm arab saudi dh benarkan muslimah pakai pakaian ketat, kita dituntut tutup aurat, bukan balut aurat..sekadar pandangan saya..

Tanpa Nama berkata...

anon 11:58

takkan nak berlari pakai baju jubah kot?

dalam Islam dulu ada juga muslimah yang turut berperang dan tentulah mereka berperang dgn pakaian yg sesuai di medan perang.

balut aurat itu hanya istilah sdra sj.

Tanpa Nama berkata...

Kalau muslimah tak masuk olimpik berlari dgn pakaian ketat, xmendatangkan mudarat ke islam..zaman rasulullah tak pergi perang ada kemungkinan ada mudarat utk islam..tutup aurat kena sempurna saudara

Tanpa Nama berkata...

anon 9:43

pandang dari sudut sukan dan bukan olimpik.

jika tak praktis guna pakaian tutup aurat sedemikian seamasa sukan mana mungkin berjaya untuk pakai semasa perang?

bukalah minda.