[BERGAMBAR] "Qiam With Me" Bersama Sultan Kelantan


Sejarah negeri Kelantan sekali lagi tercipta 'Qiam with me' bersama Sultan Kelantan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan Serambi Mekah....

Istana bukan tempat kemegahan...sebaliknya menjadi tempat pengabdian diri kepada Allah... Tahniah Sultan Kelantan... rakyat Kelantan mencari Lailatul Qadr bersama Sultan di Istana Kelantan....
















Ribuan sertai qiam bersama Sultan Kelantan

KOTA BHARU: Ribuan rakyat negeri Kelantan tidak melepaskan peluang untuk menghidupkan Ramadhan bersama Sultan Kelantan dalam program Qiam With Me di Istana Negeri di sini malam tadi.

Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.

Suasana malam tadi menyaksikan Dewan Jubli Perak, di Istana Negeri, Kubang Kerian itu penuh malah kesemua khemah diluar dewan juga sesak.

Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V.

Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat.

Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.
-HD


28 comments:

View Comments/Post a Comment

28 comments:

umno_baru said...

semoga Tuanku diberi hidayah & perlindungan dari Allah swt dlm memimpin rakyat.

Anonymous said...

airmata menitis syukur masih mampu melihat pemimpin besar merasa kecil di hadapan tuhannya...walau bukan anak kelantan tapi ku bersyukur ada pembesar yg menjadikan kelebihannya memimpin umat menuju syurga...hanya Allah yg berkuasa melimpahi hidayahNya buat pembesar kelantan...

Anonymous said...

harap2 sultan negeri lain.....

Anonymous said...

ni baru sultan namenye.istana dibina guna duit rakyat.xsabar nk smayang kt istana negara.

Anonymous said...

contoh sultan yg baik...semuga diberkati....amin..

Anonymous said...

hari ini dalam sejarah...rakyat sembahyang dalam istana....ampun tuanku....moga dipanjangkan uasia tuanku...dilimpahi rahmat keatas tuanku....amin...

acop Melaka/Phg said...

kami nak Raja yg mcm ni..selama ni dgn raja yg xboleh diharapkan

Anonymous said...

Menitis airmata melihat Tuanku yg begitu merendah diri. Moga Allah redha sentiasa akan Tuanku. Beruntungnya rakyat Kelantan. Bilakah pulak Sultanku berbuat demikian? Entahlah!!!

jori said...

alhamdulillah.. kalau Tok Guru tak payah mengangkat sembah lagi cantik.. Sultan tak kisah pon..

Anonymous said...

agak2 ada tak sultan lain yg berani mencontohi sultan kelantan?

sEtuLusQasiHku^_^ said...

menitis air mata melihat...
akhirnya,masih ada jugak insan bergelar sultan yang sebegini...

Ampun Tuanku....Moga Allah memanjangkan usia tuanku dan memakmurkan bumi Kelantan dengan Islam...

Anonymous said...

semoga Allah merahmati dan memuliakan tuanku sultan serta rakyat

Sid Najmi said...

Ku Bermohon Semoga Allah SWT Memberi Hidayah dan Dibukakan Pintu Hati Sultan-Sultan & Menteri-Menteri Malaysia Menerima Ajaran Islam Sepenuhnya

Anonymous said...

Salam kepada semua,

Pengajaran dari peristiwa ini ialah pilihlah pemimpin yang betul mengikut ajaran Islam atau jika dia kafir haruslah kafir yang adil. Bagaimana? Pilihan di tangan kita PRU13 ini. Inilah cita-cita hidup kita!

Anonymous said...

Seltan aku masyur dgn kembara motor besar...journey to He'll.

Anonymous said...

Takbir untuk Al sultan Kelantan.sultan2 negeri lain selain kelantan, tak de rasa kemaluan langsung bila melihat gambar2 ini. apa la nak jadi dgn jawatan sebagai ketua umat islam setiap negeri..yang nampaknya mereka membawa rakyat islam kat malaysia ini ke arah neraka dengan bersongkongkol dgn regim umno laknatullah

Ali Rustam said...

kalaulah hj najib jd mcm ni.. menangis teresak-esak aku melihatnya.

Ngah Phg asal Melaka said...

sultan2 lain kalau nak buat mcm ni tapi X mampu kerana nipisnya iman..

Anonymous said...

sultan yang macam ni memang layak untuk didoakan dalam setiap kali solat jumaat...
yang lain tak le pakai....

hisham said...

ya allah aku bersyukur kepada mu,aku dilahirkan dikelantan,dibesarkan dikelantan,dan memberikan kepada ku dan seluruh rakyat kelantan pemimipin yang alim,walaupun engkau beri ujian kepada ku dan rakyat kelantan diatas kezaliman kerajaan umno,tapi engkau masih memberikan ruang kepada ku untuk memiliki pemimpin yang alim dan adil,YA ALLAH sesungguh setiap perkara yang engkau berikan tidak dapat aku ukur dengan apa yang aku lakukan.amin

Anonymous said...

Kalau la aku masih bertugas di Kelantan… sure aku join

hansafire

Anonymous said...

ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI, TEGUH, KUKUH,KEIMANAN DN KETAKWAAN TUANKU, SENTIASA DI LIMPAHI CAHAYA KEIMANAN.

Anonymous said...

Xsabar nk tggu sultan kelantan jd Yang Dipertuan Agong, confirm nnti dy bukak istana negara utk rakyat. Maka kembali lah kegemilangan institusi beraja di Malaysia

Anonymous said...

Sebagai rakyat kelantan walaupun duk di negeri lain rasa bangga kerana memiliki sultan yg betul2 berjiwa islam dan rakyat. sultan negeri lain? payah nak dengar cerita macamni..kalu adapun dah jadi biasa sebab bee end tak suka cerita yng baik2 dari kelantan. nak tunggu Al-Sultan kelantan nak jadi Agong, rasanya tak tercapai kot selagi bee end jadi kera jaan.Ubahlah PRU13 nanti.. kalu PR jadi kerajaan mungkin ada perubahaan. yang penting asal jangan bee end dan UMANOTAK je dok perintah.

Anonymous said...

Harap kerajaan slgor dapat ubahkan istana selangor pula lepas I I...

Anonymous said...

Alhamdulillah...inilah pemimpin negeri yang dicari-cari...pemimpin unggul kalaulah.. pemimpin negara macam nie....berkatlah hidup kita semua...Semoga Allah panjangkan usia tuanku dan hidup dilimpahi rahmat....amin... (sebak)

Anonymous said...

tahniah...moga dapat di aplikasikan di peringkat negara...amim ya Allah

Anonymous said...

alhamdulillah... Masih ada lagi pemimpin yang sebegini.. Harap menjadi contoh tuk yang lain.. Hampir menitis air mata... Jika rasullullah masih ada mungkin baginda tersenyum.. Sultan kelantan mengingatkan saya pada zaman khalifah ar rasyidin...

Kembali ke Laman Utama




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: