30 Jul 2012

[VIDEO] Lajim Ukin - Ayuh, Tinggalkan Kapal BN Yang Bakal Tenggelam

Beaufort 30 Julai: Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Seri Panglima Lajim Ukim mengajak rakyat Sabah supaya meninggalkan ‘kapal Barisan Nasional (BN) yang bocor’ dan bakal tenggelam.

Pada pelancaran Pakatan Perubahan Sabah di rumahnya di Beaufort malam tadi, beliau menggesa rakyat negeri itu, khususnya pengundi Beaufort menaiki kapal baru.

“Ayuh kita masuk kapal baru. Jangan ikut kapal BN yang bocor dan akan tenggelam,” katanya depan kira-kira 20,000 penyokongnya.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi KEADILAN Sabah, Thamrin Jaini; bekas menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan pimpinan KEADILAN lain.

Lajim menyifatkan tindakan itu perlu kerana Umno BN selama ini membuli rakyat Sabah dengan mengabaikan mereka lantaran menganggap mereka sebagai pengundi ‘deposit tetap’.

“Umno BN buat sesuka hati mereka sebab kita dipandang sebagai fixed deposit (deposit tetap). Saya beri amaran kepda BN, jangan buli rakyat Sabah lagi,” katanya.

Setiap kali Lajim mengajak penyokongnya menukar kerajaan, orang ramai akan bersorak dengan melaungkan ‘Tuuukar’ -slogan PPS dan Angkatan Perubahan Sabah (APS).

“Sabah kaya dengan hasil balak dan minyak banyak tapi yang kaya adalah kroni Umno di Sabah dan Semenanjung. Rakyat Sabah tetap sama – miskin,” katanya.

Lajim juga menegaskan sokongannya terhadap Pakatan Rakyat bukan untuk kepentingan diri, sebaliknya demi kebajikan rakyat Sabah.

“Saya sudah kaya tapi apakah rakyat Sabah juga kaya? Tidak. Mereka masih miskin. Dulu, saya sokong Umno masuk ke Sabah dulu, sebab mahu tolong rakyat tapi tidak, nampaknya.

“Ada yang tuduh, pembangkang beli saya. Apa sangatlah duit pembangkang. Yang sibuk mahu beli ialah BN,” katanya. -KD



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nothing can sinks umno...

Kata Ali Rustam

Kita tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

kedengaran terbaru najib n muhidin dh mula tegang..meeting siap tebuk tebuk meja...kah kah kah.
org UMNO BN patut menang pencalonan pelakon terbaik sbb pandai sorok muka dlm tv..padahal belakang dahi berkerut, nk berak pun taik keras, sbb stress...BN akan mampos baham tanah

Tanpa Nama berkata...

Datuk Seri Panglima Lajim Ukim ni, baru aje letak jawatan Timbalan Menteri Kabinet.
Bercita2 dan berjuang nak jadi Ketua Menteri Sabah .....inilah muka2 orang gila kuasa.

Dulu dlm kabinet buat apa?
Serupa macam Anuar, dulu ada jawatan buat apa? Sibuk tolong Talam tambah land bank, buat land acquisitions?

kapal layar berkata...

dah nak tenggelam baru nak tukar kapal?

tak kesah laa, janji BN tumbang :)

Tanpa Nama berkata...

Hidup DS Lajim . Allah bersama sama kita . Lawan tetap lawan ..

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya kedua MP ini tubuh parti yang betul2 Sabah Bah dan bukan nya dipayungi PKR.

hairan berkata...

lantak la dia nak sokong mana lak pas nih, yang penting Asallllll Bukannnn umNOOOOOOOO

Tanpa Nama berkata...

semoga allah tumbangkan UMNO dan BN diganti pemerintah yang benar-benar beriman dan menjaga rakyat

Tanpa Nama berkata...

JKKKP SOKONG LAGI UMNO?, KEMPEN CEPA JATUHKAN UMNO

Tanpa Nama berkata...

Dulu aku umno..tp skrg aku ahli pas..jom smu kita ubah krjan kta..nsb kta xkn terbala lau umno mrintah..myak xkn trun lau krajaan x tkr..trn ron97 nk wakpr..hdp pakatan!!!!