30 Jul 2012

Terjawab: Polis Sahkan Eksekutif TV9 Mati Dijerut, Suspek Direman Petang Ini -updated

Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.

Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar (gambar), 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.

"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek akan direman petang ini
.

Bilik dimana Syaleza ditemui

Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya pada kira-kira 7 malam.

Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.

Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.

Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama




Laporan sebelum ini
klik untuk baca





10 ulasan:

hangit berkata...

Alfatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..

P/S- mohon jasa baik tuan GB pautkan juga blog http://blog-hangit.blogspot.com ..tq

Awanama berkata...

Kalau betul dia bunuh isterinya, dia bunuh sebab nafsu.

Dlm ramadan syaitan telah diikat. Bukan kerana hasutan syaitan.

Awanama berkata...

Teringat kes engineer petronas yg bunuh isterinya tahun 2000 dulu.

Alasan tidak siuman.

Awanama berkata...

Sian pada anaknya yang masih kecil. Maknya dah tak ada. Bapaknya tak lama lagi mungkin....................... tak ada.

Awanama berkata...

Al - fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.

Jenayah lagi. Cakap kadar jenayah turun apasal benda ini boleh berlaku dengan berleluasa lagi. Mana dasar NKRA mu wahai pemerintah kerajaan BN yang you cakap boleh turunkan kadar jenayah di dalam negara?

Awanama berkata...

Wahai anon 12.25

Awak memang bodoh la,

1- Orang mati disabitkan dengan BN/ Kerajaan ( bukan nak sedekah Al-Fatihah )
2- Perselisihan dalam rumah tangga adalah urusan peribadi ( suami isteri ) Apa kena mengena dengan NKRA kerajaan.

Awak memang bodoh la, nak hentam BN tak kena tempat....

Awanama berkata...

wahai anon 3:34am

anon 12.25 dah sedekah al-fatihah pun...

betullah perselisihan dalam rumah tangga adalah urusan peribadi, tapi takkanlah sampai bunuh membunuh. kalau dah membunuh, kes jenayahlah tu! kalau kes ini nanti diputuskan sebagai kes bunuh, maka meningkatlah statistik jenayah. betullah tu ada kaitan dengan NKRA.

Awanama berkata...

Maafkanlah anon 3.34 am tu...

Dia mengantuk kot..ataupun tak pandai membaca..bukan bodoh tau..:)

Wanita Bertudung Hitam berkata...

anon 3.34 am tu tengah high la, baca pon tak betul..hahaha.. al fatihah kepada mangsa..semoga kematiannya terbela..

Awanama berkata...

al fatihah.kebenaran akan terbukti.