30 Jul 2012

[KISAH BENAR] Keretanya Hilang Selepas Alat Kawalan Jauh Tidak Berfungsi

Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote).

Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.


Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ. -Muhammad Hanifa Hamdzah

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kadar jenayah makin turun? Hari - hari saya dengar berita tentang jenayah yang keluar di newspaper hari - hari. Ditambahkan polis sekarang makin hari makin bodoh dan para penjenyah makin hari makin bijak, macam mana KDN boleh cakap kadar jenayah turun? You UMNO kasih train polis jadi bijak semula supaya kadar jenayah dapat diturunkan, tetapi saya fikir UMNO tak akan lakukan sampai bila - bila sebab kalau polis dah jadi bijak conform sokongan polis keatas UMNO akan berkurang.

Tanpa Nama berkata...

Polis sibuk KEJAR SAMAN bukan Kejar Penjenayah !!

Tanpa Nama berkata...

ko ingat polis rajin sangat ke????

sesetengah polis memang jenis pemalas tahap gaban!tuh pasal jenayah mencanak naik,
yg kata turun cuma abg hishamudin kita aje, maklum ler nak jaga waterface dia.

tapi pada sesetengah polis kita yang ikhlas dan berkerja kuat demi Allah dan undang2 aku tetap tabekkkkkkkkkk!

p/s tengah tunggu berita pakcik ketua polis kita dan abg hishamudin rasa tempias jenayah nih, mudah2an baru dia sedar macamana perasaan rakyat yang tak aman walaupun berada didalam rumah.