Kita boleh melihat jin jika ia menukarkan bentuknya tetapi tidak boleh melihat bentuknya yang asal sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud :
“Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al-A’raf Ayat: 27)
Al Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, “kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal.”
Al Imam Asy Syafie r.a mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar Rabi’ yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi r.a di dalam Kitab Manaqib Asy Syafie,“ Barangsiapa yang mengaku dia melihat jin kita tolak pengakuannya kecuali ia seorang Nabi.”
Walaubagaimanapun dapat kita buat satu kesimpulan bahawa seseorang itu dapat melihat jin dalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asli.
Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan baginda ternampak Ifrit melintas baginda sewaktu baginda sedang sembahyang, sebagaimana sabdanya yang bermaksud :
“Ifrit melintas di hadapan aku semalam untuk mengganggu sembahyangku, Allah s.w.t membenarkan aku sehingga aku ingin mengikatnya di pagar masjid sehingga subuh dan kamu boleh melihatnya tetapi aku teringatkan perkataan / doa saudara ku Sulaiman, “ Ya Tuhanku, kurniakanlah kepoadaku kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh orang selepas aku.”
Di dalam hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan :
1. Keupayaan manusia melihat jin adalah sesuatu yang mustahil. Firman Allah s.w.t yang disebutkan itu adalah secara umum tetapi para Nabi dikecualikan. Mereka ada kebolehan yang diberikan Allah untuk melihat bahkan boleh menguasai mereka sebagaimana Nabi Sulaiman boleh menaguasai jin.
2. Menunjukkan jin itu tidaklah kekal dalam bentuk asal mereka (api).
3. Melihat Ifrit oleh Baginda Rasulullah s.a.w adalah sesuatu yang khusus untuknya sebagaimana Baginda boleh juga melihat malaikat dalam bentuknya yang asli sehingga dapat melihat Malaikat Jibril yang mempunyai 600 kepak.
Manusia-manusia yang lain tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang Allah anugerahkan kepada Nabi-nabi berkenaan. Walaubagaimanapun setengah-setengah binatang juga dapat melihat jin sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila kamu mendengar kokok ayam, mintalah kurnia dari Allah kerana ia melihat malaikat dan apabila engkau mendengar suara himar berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana yang dilihatnya ialah syaitan.” (Al Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Kelebihan binatang-binatang ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana ulama telah mentahkikkan (memperakukan) kelebihan binatang yang boleh melihat sesuatu yang kita tidak dapat melihatnya.
Lebah boleh melihat cahaya, mereka boleh melihat matahari di waktu awam gelap. Burung hantu dapat melihat tikus di waktu malam yang gelap gelita.
Sumber: Perubatan Islam Darussalam Malaysia

12 ulasan:
Cabar minda sikit - kalau macam tu kita pun sebenarnya tidak dapat melihat manusia dalam bentuk asal sebab yang ujud di bumi ni hanya sarung jer... yg akan musnah bila tiba masa nyer... betuul tak?
Tak kan sebagai khalifah (sebahagian) manusia tidak dpt melihat jin - padahal binatang dapat melihat syaitan (jin) - so ada konflik kat artikel ni....
Cabar minda sikit jer...
AzMiR
Assalamualaikum !Ketika saya berumur
10 tahun saya nampak lembaga hitam te
gap yang selalu pada jam 12malam akan mengangkat keatas kemudian meletaknya kembali.Nampaknya macam tahyul tetapi peristiwa itu benar benar berlaku dalam kehidupan saya sehingga usia 12thn.Orang tua saya
mengajar Tajuid pada Penduduk kampung
yang mana saya sudah khatam pada usia
12itu juga.Macam macam ayat yang saya baca namun dia tetap mengganggu juga.Sebenarnya saya tidak boleh membaca habis kerana
mulut saya dikunci Jin tersebut.Dipendekkan cerita saya pergi kekampung Datuk saya dan mempelajari Ilmu membaca ayat ayat suci didalam hati.Sebulan saya mempelajarinya Saya mahir.Untuk pengetahuan anda semua Jin itu akn mengacau di rumah kami sekeluarga saja.Saya kembali kerumah saya dengan penuh yakin.Apabila Jin itu datang pada tengah malam, saya membaca ayat ayat yangdiajar datuk saya
tetapi tidak boleh lalu saya ubah teknik membaca melalui hati maka Jin itu terkena sepakan saya dengan tepat dan terpelanting.Jin itu sangat sakit nampaknya.Sesungguhnya apa yang diberi Allah pada pada seseorang
itu berlainan bagi tujuan Ujian.sehingga saya sekarang berusia 57thn masih lagi kadang
kadang boleh melihatnya.Kitab karangan Imam Syafie menggetarkan jiwa saya tetapi peristiwa itu benar benar berlaku.Saya serahkan semuanya kepada Allah swt.
betul .... tepat sekali... melayu kena terima hakikatnya, manusia normal tak akan nampak hantu/jin ..
betul tu, manusia normal tidak akan nampak hantu/jin
Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al-A’raf Ayat: 27)
Wahai sahabat petikan ini dari kalam Allah S.W.T. Jgn cuba nak cabar minda. Siapa kita ingin pertikaikan kekuasaan Allah S.W.T yg mencipta seluruh makhluk di dunia dan di langit.
Ayat tersebut "Kamu" merujuk diri yg mana? Kena mengaji Sifat 20 baru tahu... Diri Jasmani mmg terhijab... tapi diri batin bole melihat alam yg tinggi..
Mereka2 yg belajar Al-quran mengikut 3 jalan sahaja yg mampu memahami maksud tersurat dan tersirat Kalam Allah.. Wallahualam
Ikan bole melihat anak bulan pd hari pertama.... burung dapat melihat anak bulan pada hari kedua... manusia dapat melihat anak bulan pada hari ketiga...fikir-fikirlah..
Saya tak kata ayat Quran silap - tapi saya kata Cabar minda, ok?
Tak kan semua ayat Quran nak tafsir secara lateral jer? Ada ayat yg boleh di tafsir secara lateral dan banyak juga ayat yg tersimpan rahsia alam tinggi.
Kena pi mengaji lagi la bro.
AzMiR
Untuk pengetahuan sedare2 kat sini...setiap perkara berkenaan agama apa2 pon kena ikut disiplin ilmu lah...
tak mesti kita tau cara tafsiran itu pelbagai bentuk...
tetapi bukan bermakna kita bebas untuk menafsirkan dengan ilmu yang cetek yang kita ada...
Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang aku tak katakanya maka dia itu sedang menempah satu seat kat dalam neraka...maksud hadis... allahu a'lam...
renung-renungkanlah...
manusia normal tidak akan nampak hantu/jin
Hurm disebut nampak dalam "bentuk asal", so kalau lembaga hitam, lembaga putih, berbentuk orang, adakah itu bentuk asal?
Jangan sahaja mencabar minda, takut menjadi ikutan orang lain.
Sudah jelas, takkan nak terangkan literal maksud al-quran? sedangkan yang diturunkan al-quran adalah kalam Allah, mampukah kita mengukir isi literal al-quran. Usah cabar minda.
Sapa2 bole nampak hantu,jin ke, toyol ke dll yg sebangsa dgnnya, tu kurnia Allah padanya yg tak diberi pada org lain.
Allah lebih mengetahui pada sapa yg nak diberinya kelebihan tu.
Aku so far umur nak masuk warga mas lom pernah terserempak/jumpa.
Perangai mcm setan ade le, antarnya yg suka mengapi-apikan org lain supaya jgn buat baik.
Catat Ulasan