18 Jul 2012

[IKTIBAR] Sedapnya Lelaki Itu Makan Biskut Aku...

Kisah ini berlaku di sebuah lapangan terbang. Seorang wanita membeli sebungkus biskut dan disimpannya dalam beg tangannya. Sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah di sebuah restoran. Wanita itu melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di restoran tersebut, dimana seorang lelaki sedia ada duduk di sebelah wanita tersebut.

Kebetulan tiada lagi tempat/ meja lain tanpa pelanggan. Wanita itu rasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan setelah minuman dipesan dihidangkan diatas meja dihadapannya.

Beliau mula membasahkan tekak dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut daripada atas meja itu.

Wanita itu rasa amat geram dan tidak senang hati apabila lelaki di sebelahnya turut memakan biskut tersebut. Dalam hatinya berkata "Sedapnya kamu memakan biskut aku tanpa meminta izin pun". Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut, setiap kali itu jugalah lelaki itu mengambil dan memakannya.

Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu kelihatan sangat ceria dan tersenyum lebar meskipun dia sedar wanita di sebelahnya sangat tidak senang dan memandang negatif kepadanya.

Sehingga tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu dan kali ini wanita ini berhenti daripada mengambilnya. Dalam hatinya berkata : 'Aku mahu melihat apa lelaki itu buat pada biskut yang sekeping itu".

Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mahu mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan dipatahkannya menjadi dua- sebahagiannya diberikan kepada wanita itu, manakala sebahagiannya lagi lalu dimakan. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.!

Setelah mendengar pengumuman penerbangan, wanita tersebut terus bangun menuju ke pesawat.

Di dalam pesawat, wanita itu membuka beg tangannya dan alangkah terkejutnya, didalam beg tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi. Barulah wanita itu tersedar biskut yang dimakan tadi adalah biskut lelaki tadi!

Ya awda, apa bezanya wanita itu dan lelaki tersebut? Meskipun lelaki itu berkongsi biskutnya dengan wanita itu tetapi tetap ceria meskipun reaksi negatif wanita yang memakan biskutnya, bahkan sanggup berkongsi biskut yang terakhir. Sebaliknya wanita itu tidak gembira dan sakit hati justeru dibelenggu prasangka buruk.

Mengakhir coretan ini dan moral dari kisah ini ialah "never judge the book by it's cover". - jangan menilai buku berdasarkan kulitnya, begitu jugalah jangan mudah menilai orang dari luaran, apatah lagi kesannya menjadikan awda mudah berburuk sangka pada orang lain. Selalunya seseorang itu bukanlah sebagaimana yang kita ni sangkakan.

Renung-renungkan, fikir-fikirkan bersama. -arab-families.com

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak kenalah kesimpulan cerita tu 'dont judge a book by its cover'.Yang lebih tepat adalah jangan terburu2 membuat kesimpulan dan jangan mudah menghukum orang cuma berdasarkan sangkaan dan sentimen.

Sentiasa berlapang dada dan ikhlas.

Tanpa Nama berkata...

kisah pengajaran yg baik

kdg2 kita x suka sesuatu perkara sedangkan rupa-rupanya kita x sedar yang kita juga membuat kesalahan yg orang lain x suka, malah lebih dasyat...

http://www.centplay.com/affiliate/id_878/ berkata...

nice

Suasana Politik Malaysia berkata...

Hahahaha nice one!

waksab berkata...

Bersangka baiklah pada orang lain biarpun nampak org itu lebih buruk..kerana sangka baik pada org lain adalah sunnah nabi dan mendpt pahala...Insyaallah..

waksab.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Tak kan wanita itu tak perasan biskut itu siapa yang punya.

Tanpa Nama berkata...

Ana rasa masalahnya ialah tidak ada komunikasi dan perbincangan. Perempuan itu membuat andaian dan ikut rasa.

Kalau ada komunikasi dan perbincangan yang baik dari awal, masalah salah faham dan buruk sangka dapat di elakkan.

Berkomunikasilah dgn baik dan terbuka.

Tanpa Nama berkata...

iklan puasa adibah noor tv3..last2 dia tgk muka kwan tu suma atas train/flight.ahaha

Tanpa Nama berkata...

saya pernah tersalah masuk kerumah majlis resepsi perkahwinan seseorang.jemputan itu diadakan dikediaman suatu kawasan perumahan dan kebetulan pula saya terjumpa kawan baik dimajlis itu[hanya melambai tangan berlainan meja].selepas memakan jamuan yang dihidangkan secara buffer saya dan kawan tadi pergi berjumpa tuan rumah,alangkah terperanjatnya saya tuan rumah bukanlah saya kenal langsung.bilamana saya bersalaman memohon maaf serta menyatakan yang sebenarnya tuan rumah terus memeluk saya sambil berbisik "terimah kasih kerna sudi memeriahkan majlis kami".hadiah yang saya bawa terus saya serahkan kepadanya sambil memohon dihalalkan makan minum saya tadi.