PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel
Permohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut.
Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.
Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."
Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.
Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1" ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu.
Pinjaman 'ditangguhkan'
Dalam satu lagi jawapannya pada 31 Mei berhubung isu sama, moderator berkenaan menyatakan bahawa "pinjaman bagi pelajar yang ingin menyambung pengajian di Unisel ditangguhkan buat sementara waktu."
Mengulas tindakan itu, naib canselor Unisel Prof Dr Anuar Ahmad berkata perkara itu mula disedari apabila pelajarnya cuba memohon pinjaman tersebut melalui sistem dalam talian sejak April lalu.
Katanya, permohonan pinjaman untuk siswa kampus tersebut buat masa ini dibekukan.
Katanya, Unisel kemudiannya mengadakan perbincangan dengan PTPTN berhubung keputusan tersebut sejak minggu lalu.
Bagaimanapun, sebab pembekuan itu tidak dapat didedahkan kerana perbincangan masih berjalan, katanya lagi.
"Kita sedang berbincang dengan PTPTN jadi tidak banyak yang boleh didedahkan. Jika hujung minggu ini tiada makluman dari PTPTN kita akan hubungi mereka semula," katanya.
'Mangsa politik'
Tambahnya, tindakan tersebut mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.
"Jadi mereka ini kita benarkan meneruskan pengajian dan kita cuma minta bayar yuran pendaftaran RM500 sahaja," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sewaktu dihubungi berkata beliau tidak dapat memberikan sebarang ulasan mengenai perkembangan tersebut.
"Saya sukar hendak komen hal ini. Minta maaf," katanya.
Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali pula dalam satu kenyataan berkata PTPTN seharusnya bersikap profesional dan tidak menjadikan siswa berkenaan sebagai "mangsa politik pihak tertentu."
Katanya, PTPTN tiada sebab untuk mendiskriminasi pelajar dari IPT tertentu yang memohon pembiayaan.
"Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel," kata anggota lembaga pengarah Unisel itu lagi seperti dipetik laman TV Selangor. -mk
Ulasan GB
Langkah PTPTN membekukan pinjaman kepada para pelajar UNISEL adalah satu bentuk kekejaman dan kezaliman UMNO BN ke atas kerajaan PR Selangor dimana kali ini para pelajar dijadikan mangsa selagai langkah amat terdesak UMNO BN merampas negeri Selangor.
Sepertimana UMNO BN telah menganaktirikan Kelantan selama lebih dua dekad dengan menyekat pembangunan dan menafikan hak royalti negeri tersebut, kini mereka melakukan kaedah yang serupa untuk menekan kerajaan PR Selangor.
Namun hukum kebenaran dan keadilan menyatakan setiap perencanaan yang jahat itu akan kembali menimpa si perencana tersebut.
Justeru itu, pada hemat GB, langkah sekatan pinjaman kepada para pelajar UNISEL bakal mempercepatkan keruntuhan kerajaan UMNO BN di Putrajaya.
Allah sudah berfirman:
Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

Dr Halimah: PTPTN Digesa Bersikap Professional
SHAH ALAM 5 JUN : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa bersikap professional dan tidak menjadikan para pelajar Universiti Selangor (Unisel) sebagai mangsa politik pihak tertentu, tegas Dr Halimah Ali.
Dr Halimah yang merupakan Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Insan,yang dihubungi mengulas isu pembekuan pinjaman PTPTN berharap perkara itu dapat diselesaikan segara demi memastikan masa depan pelajar agar tidak terjejas.
“Sepatutnya isu pendidikan tidak wajar dijadikan dijadikan isu politik, malahan tujuan PTPTN itu diwujudkan adalah untuk membantu golongan yang memerlukan pembiayaan,” kata Dr Halimah.
Tambah beliau, tiada sebab untuk pihak PTPTN mendiskriminasikan mana-mana pelajar institut pengajian tinggi bagi mendapatkan pembiayaan itu jika berkelayakan.
Tindakan tersebut menurut Dr Halimah mungkin menjejaskan pengajian lebih seribu pelajar yang baru mendaftar di Unisel.
“Namapun Satu Malaysia, tetapi mengapa wujud sikap pilih kasih terhadap pelajar Unisel,” ujarnya.
Dr Halimah juga berkata, ibu-bapa pelajar berkenaan berhak mengambil tindakan undang-undang jika hal demikian berlanjutan tanpa penyelesaian.
“Perkara ini boleh diselesaikan dengan cepat jika pihak PTPTN bersikap professional dalam hal ini,” katanya.
Sebelum ini, portal Malaysiakini melaporkan bahawa di satu laman forum PTPTN bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel “ditangguhkan buat sementara waktu.”
Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel.
Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama “ptptn1″ ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu. -selangorku
Ulasan GB
Langkah PTPTN membekukan pinjaman kepada para pelajar UNISEL adalah satu bentuk kekejaman dan kezaliman UMNO BN ke atas kerajaan PR Selangor dimana kali ini para pelajar dijadikan mangsa selagai langkah amat terdesak UMNO BN merampas negeri Selangor.
Sepertimana UMNO BN telah menganaktirikan Kelantan selama lebih dua dekad dengan menyekat pembangunan dan menafikan hak royalti negeri tersebut, kini mereka melakukan kaedah yang serupa untuk menekan kerajaan PR Selangor.
Namun hukum kebenaran dan keadilan menyatakan setiap perencanaan yang jahat itu akan kembali menimpa si perencana tersebut.
Justeru itu, pada hemat GB, langkah sekatan pinjaman kepada para pelajar UNISEL bakal mempercepatkan keruntuhan kerajaan UMNO BN di Putrajaya.
Allah sudah berfirman:
Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]
9 ulasan:
Semoga Allah Taala yang Maha Besar melaknati golongan munafik yg zalim ini yakni umno dan sekongkolnya diketuai oleh si manusia zalim...najib dengan menimpalah bala kekalahan keatas mereka dengan hinanya ini dan berilah kemenangan yg berjaya kepada kami insan yg hina ini dalam memperjuangakan agama-MU yg agung lagi suci dibawa oleh junjungan besar kami yakni kekasih-MU ya Rasulullah S.A.W...amin...
INI MESTI KERJA DAJJAL ARAHAN DARI PEMIMPIN ATASAN UMNO-APCO YANG SANGAT DENGKI & KHIANAT,MEREKA MELEPASKAN GERAM PADA PENUNTUT PULA ! MEMANG HARAM JADAH PUNYA PERANGAI,ABU SAHAJA JAWAPAN BAGI UMNO-APCO !
Ya Allah tuhan sekelian alam samaada dibumi atau dilangit kau hancurkanlah kerajaan umno bn yang sombong dan bongkak ini , kau berilah kesempatan kepada pakatan rakyat untuk menerajui kerajaan malaysia dengan adil.
Pelajar yang tidak berdosa menjadi mangsa politik HARAM JADAH.
Perangai macam ISRAEL.
para mahasiswa kena kental menjana pendapatan utk menyara pengajian dgn kerja sambilan. telah ramai yg berjaya samada dalam negara ataupun luar negara, spt di mesir, jordan, unuted kingdom, australia, amerika syarikat, tanpa bantuan kewangan institusi kerajaan. begitu juga para pengurusan, pensyarah perlu menjadi contoh menerima gaji yang lebih rendah untuk membantu kurangkan kos pengurusan unisel dan menjadi contoh peribadi kental kpd mahasiswa. pasti unisel bertahan dan berjaya.
KETUANAN MELAYU !!!
agaknya kebanyakan yang masuk unisel tuh bukan melayu kot????!!!
celaka aje melayu2 nih yg cakap nak membantu melayu tapi sebaliknya sengaja nak menjahanamkan melayu. Itulah yang berlaku pada kelatan yang disingkirkan walapun majoriti rakyat kelatan melayu.
itu salah satu sebab aku langsung tak percaya yang umno nih nak praktik ketuanan melayu darI dulu lagi! umno sebenarnya nak MEMPERBODOHKAN MELAYU!
AKU sedar dan amat sedar UMNO memang sukan memperbodohkan Melayu. TAPI yang depa lupa ialah Melayu la ni berbeza dengan Melayu dulu. Majoriti Melayu dah sedar bahawa UMNO ini sebenar pengkhianat Melayu malahan pengkhianat NEGARA kita.
Kalau kita perhati suasana di negara kita. Cina dah tak boleh diperbodohkan oleh UMNO. India pun sama. Jadi yang tinggal hanya Melayu aja.
Jadi bila lagi Melayu nak berubah? Ketuanan Melayu? Raja Melayu? Islam? yang mana lebih penting.
SALAM HIJAU BUAT SEMUA..... RASA-RASA DUIT DAH TINGGAL SIKIT KOT... SBB BANYAK DIHABISKAN UNTUK BELIA DAN BELIAWANIS DI PUTRAJAYA.......
Perangai HASAD DENGKI memang sebati dengan UMNO!!!
Catat Ulasan