6 Jun 2012

Rais Yatim Naik Jobo Lagi! - Sakmongkol

Masyarakat Melayu harus bersatu demi kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan hak mereka tidak diketepikan pembangkang, kata menteri Kabinet hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim “tidak sayangkan Melayu, sistem beraja atau budaya Melayu.” Dalam menarik undi masyarakat Melayu, Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) turut menuduh negeri Pakatan Rakyat (PR) mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat Melayu.

Penyakit apa yang mengenai Rais Yatim ni? Apa hal mesti bersatu di belakang UMNO? Apa yang special dengan UMNO Mahathir ini? adakah ianya memberi kita kebebasan bertindak mengatasi undang2? Dalam UMNO kita kena bertindak tertakluk kepada undang2- di luar UMNO pun sama, kita semua mesti operate di bawah undang2. Jadi tidak ada special nya berada dalam UMNO. Perkara yang boleh di perjuangkan bersama UMNO, boleh juga di perjuangkan diatas wadah bukan UMNO. Berada dalam UMNO, adakah ianya memberi kita kekuatan luar biasa? Tidak ada. Jadi kenapa mesti kita bernaung di bawah UMNO yang telah membawa kerosakan kepada bangsa Malaysia?

Semenjak 2008, UMNO telah kehilangan standing untuk bercakap bagi pihak bangsa Melayu. Lebih besar jumlah orang Melayu yang tidak menyokong UMNO. UMNO hanya dapat 2.381 juta undian. Jika kita andaikan 380 ribu pengundi ketika itu adalah bukan Melayu, maka calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Baca sekali lagi- 2 juta undi!

Apa sudah jadi dengan dakwaan UMNO ada 3.2 juta ahli? Ini membuktikan bahawa 1.2 juta ahli UMNO sendiri telah menolak UMNO. Adakah 1.2 juta ini di rundung mala petaka kerana UMNO tidak menjaga mereka?


PAS adalah parti orang Melayu yang lebih Melayu dari UMNO. Maka jika kita guna lojik ekau-den Rais ni, maka orang Melayu are better off menyokong PAS dari UMNO. Amacam? Mari kita pakat ramai2 sokong parti PAS.

Adakah mereka jatuh sengsara kerana tidak menyokong UMNO? Melayu di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah tidak pun musnah kerana tidak menyokong UMNO. Inilah yang terjadi apabila mulut lagi pantas dari otak dan inilah yang akan terjadi bila apa yang sepatutnya keluar dari lubang bawah, keluar dari lubang atas. Hanya Rais sahaja yang boleh lakukan perkara ini.

Apa yang kita perolehi kalau berada dalam UMNO ialah rasa selamat kerana berada dalam kumpulan. Safety in numbers. Itu sahaja. Perasaan yang sama di perolehi kelau orang Melayu bersatu kerana meyetujui suatu matlamat. Melayu bersatu dibawah perasamaan matlamat. Orang Melayu bersatu sesama sendiri tidak sama dengan MESTI bersatu di bawah hegemony UMNO. Bersatu sesama sendiri tidak semestinya bersatu di bawah telunjuk UMNO. UMNO tidak memberi orang Melayu matlamat. UMNO hanya memberi alasan untuk segelintir Melayu mengambil kesempatan.

Bagaimana orang Melayu memperjuangkan hak mereka? Tentu sekali bukan dengan bergantung kepada UMNO. Orang Melayu mencapai hak mereka dengan bersandar pada undang undang. Orang Melayu mencapai hak mereka dengan melayakkan diri mereka dengan berkerja kuat, dengan menyokong pendaulatan undang undang dan dengan memutuskan tali pergantungan kepada UMNO. UMNO hanya mengeksploitasi dan mengambil kesempatan keatas amanah yang di berikan orang Melayu.

UMNO telah memudaratkan orang Melayu dengan dasar dasar yang meruntuhkan orang Melayu. Kita ambil contoh layanan UMNO keatas warga Felda.

Orang Melayu FELDA suatu hari nanti akan jadi buruh estet yang menjual hasil mereka kepada syarikat FGV yang di miliki dan di kuasai oleh pihak ke3. Dari memiliki harta dan asset yang boleh di kuasai secara lansung, orang Melayu menggadai masa depan anak dan cucu mereka. Orang Felda yang menyokong penyeneraian FGV adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Bagaimana peneroka hari ini mahu mempertahan diri mereka dari di tuduh membeloti kepentingan masyarakat Felda? Tidak kah kita malu terlompat dan terkinja kinja menerima wang RM 15 ribu untuk sogokan menyerahkan jiwa dan raga Felda kepada bank2 dan perunding? Dan setiap keluarga hanya dapat RM 800 sahaja manakala pihak lain , yang sebermulanya tidak ada kena mengena dengan Felda, dapat lebih besar dari itu? kamu telah menggadai masa depan semua warga Felda apabila bersetuju menyerahkan segala asset dalam Felda Holdings kepada pihak putar alam. Jadi siapa yang mengkhianati bangsa Melayu dan siapa yang tidak sayangkan bangsa Melayu?

Bangang punya montori. -sakmongkol

6 ulasan:

hairan berkata...

tak payah nak komen pjg2!

tgk aje rencana kat bawah tuh... sapa yang nak menjahanamkan melayu kalo bukan umno sendiri! agaknya orang kelantan dan pelajar unsel tuh semuanya bangsa yahudi kot????

goblok punya menteri!

Tanpa Nama berkata...

Melayu melayu melayu......mmg kite kene bekup bangsa kite...kbnykan pemimpin kite melayu....tp pemimpin melayu ni la yg sibok menjahanamkan anak muda melayu.....meracun pak cik mak cik melayu dgn duit atas tiket sumbangan....buat konsert melata dlm negara...pg petang nyanyi sokmo...anak muda tulang belakang negara habis jd tulang xubah mcm bangkai...pemimpin melayu ni la yg letak hukum Allah jauh kebelakang...
Wahai pemimpin dan gerakan kerajaan....aku akan mati...kamu semua akan mati...sblum itu terjadi mari U-turn kpd islam...Allah cipta kite so Dia lagi taw mn undang2 yg terbaik...fikirkan agama mu.....baru fikir tentang melayu....

1 Malaysia berkata...

AKU cukup konsisten dalam pandangan AKU terhadap orang Melayu terutama MELAYU UMNO BARU. UMNO asyik dok main lagu yang lama, yang rentaknya pun masih sama. Bezanya hanya pada nada sebab penyanyi dah berubah. Maklumlah pendengar pun bukan yang serupa. Masalahnya ialah walaupun penyanyi dah berubah dan begitu juga dengan pendengarnya, masih ada pendengar yang sudi mendengar. Yang hairannya ialah pendengar yang bukan ahli UMNO pun.
AKU dah bulatkan nekad bahawa AKU hanya akan memilih Islam sebagai matlamat AKU. Yang lain AKU tak peduli sebab yang lain bukan boleh membantu AKU ke syurga.
Walaupun Ulama UMNO mengatakan undi parti PAS sesat, AKU tetap undi PAS sebab AKU tahu kalau AKU undi UMNO, lagi sesat AKU.
Tak pernah pun AKU dengar Tok Guru Nik Aziz menuduh pemimpin UMNO tu syaitan mahupun dajjal tetapi sanggup pula ulama UMNO menuduh Tok Guru itu Kepala Syaitan @ Dajjal. Di sini pun kita dah dapat membezakan siapa yang syaitan dan siapakah yang merupakan malaikat?
PAS - Parti Ajaran Sesat seperti tuduhan ulama muda UMNO dan juga pemimpin UMNO. Cuba bayangkan satu parti yang memperjuangkan wadah menegakkan Islam dituduh depa sebagai SESAT? Apa pulak dengan sebuah parti UMNO yang memperjuangkan wadah kebangsaan itu benar dari sisi Allah swt? Dajjal punya pemikiran. HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH sungguh.

Tanpa Nama berkata...

ini menteri paling celaka

Tanpa Nama berkata...

Yang menganiayai peneroka Felda merupakan puak haram jadah.

Tanpa Nama berkata...

Menteri yang dah bakar jembatan ni betul-betul tak sadar diri dan buta hati.Tolong beri sikit jawapan: 1.7 juta hekta tanah kepunyaan Melayu siapa kebas? Biasiswa yang patut diberi kepada pelajar-pelajar Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,siapa hentikan? Lebih dari 2 juta PATI yang diberi taraf warganegara,apa implikasinya kepada orang Melayu dalam tempuh 15-20 tahun akan datang? Dan siapa yang hilangkan kuasa dan kekebalan Raja-Raja Melayu?