Petaling Jaya: Dalam keghairahan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan anak muda, penganjur Himpunan
Jutaan Belia Negara di Putrajaya baru-baru ini sanggup mencampur aduk perhimpunan dengan program maksiat.
Ramai golongan masyarakat yang mengkritik kerasionalan pihak penganjur menjemput kumpulan K-Pop dari Korea Selatan untuk membuat persembahan.
Persembahan mereka jelas menyinggung sensitiviti budaya, adat resam serta agama yang dianuti oleh masyarakat di negara ini apabila artis-artis kumpulan itu mengenakan pakaian yang menjolok mata.
Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) memandang berat isu hiburan keterlaluan dan melalaikan ini yang menjadi hidangan minda kepada masyarakat Malaysia khasnya anak muda.
“Kami tidak menolak aspek hiburan kerana ia merupakan keinginan anak muda namun ia harus difahami hiburan itu perlulah yang mendidik bukan lebih menggalakkan ke arah gejala sosial dan merosakkan minda anak muda sebagai pewaris masa depan negara.
“Cukuplah dengan kebejatan sosial yang sedang dialami sekarang ini,” kata penyelaras negeri SAMM Johor Ahmad Anwar Asyraf dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut anaksungaiderhaka.blogspot, kerajaan membayar RM2.4 juta untuk menganjurkan persembahan artis dari Korea Selatan itu.
Jumlah itu sebahagian dari bayaran tuntutan sebanyak RM15 juta yang dibuat di Stadium First Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan program itu manakala kos untuk memanggil artis tempatan pula melibatkan RM1.8 juta.
Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed berkata, kos kumpulan itu oleh Stadium First berjumlah RM900,000 ditanggung oleh pihak penaja.
Tetapi apa yang dikesalkan ialah persembahan tidak bermaruah oleh artis-artis dari Korea Selatan mendapat restu dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
“Najib dengan penuh sukarela naik ke pentas bersama dengan penari berpakaian lucah dari negara itu. Ini menunjukkan persembahan itu mendapat restu dari PM sendiri.
“Kalau hendak berpolitik sekali pun, janganlah sampai menggunakan majlis nyanyian dan tarian lucah serta maruah pun sanggup tergadai,” kata seorang pemerhati. -FMT
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

4 ulasan:
Umno dengan Lucah tu Ibarat Isi dengan Kuku & Umno dengan Lembu adalah satu family.
Musuh Islam sudah dapat meresap masuk dalam masyarakat dan budaya Islam Malaysia melalui kerajaan sendiri.
ADAKAH INI PUN NASIHAT DARI APCO ? JUTA-JUTA BAYAR KAT SYARIKAT ZIONIS WO !
yang buat gitu sebab nak pertahan jawatan,
x lah pelik sangat, yang sokong macam nak mampos tu...apa nak jadi
Catat Ulasan