1 Jun 2012

SPRM Bebaskan Shahrizat, Azmin Pula Dijerat Semula

PKR kecewa SPRM buka kes Azmin, bebaskan Shahrizat

SHAH ALAM - Dua pemimpin kanan PKR kesal dengan keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - mengisytiharkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersih daripada tuduhan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) manakala kes rasuah 17 tahun lalu Azmin Ali mahu dibuka semula.

"Kami berasa kesal dengan dua keputusan penting yang dibuat SPRM pada hari ini berhubung kes NFC dan penglibatan Shahrizat serta tuduhan terhadap Azmin Ali," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kedua-dua mereka berkata, sungguhpun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Shahrizat dari tuduhan rasuah bersabit NFC, keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.

"Rakyat boleh menilai tindakan tangkas SPRM berhubung tuduhan terhadap Azmin walaupun laporan dan siasatan Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) telah menyatakan bahawa tidak ada unsur rasuah ketika siasatan dibuat dalam tahun 1995.

"Berbeza pula dengan pelbagai dolak dalih yang diberikan SPRM dalam kes NFC dan Shahrizat walaupun NFC dan menteri bertanggungjawab membuat keterangan di Parlimen mengenai proses pemberian tender kepada sebuah syarikat milik keluarga beliau," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Shahrizat didapati tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang dimilki suami dan anaknya.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil hari ini berkata kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup.

Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga pengerusi NFC.

Berikutan isu pinjaman itu, Shahrizat telah meletakkan jawatan menteri berkenaan apabila tempoh beliau sebagai senator tamat pada 8 April lepas.

Suaminya kini menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.

Perbicaraan akan bermula 5 hingga 9 November ini disusuli antara 3 dan 14 Disember ini.

SPRM: Adun Sri Muda, Batu Caves 'bersih'

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan rakan sejawatannya kerusi Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor, dengan rasminya telah ditutup.

Kedua-dua merupakan wakil rakyat PKR di Selangor.

Menurut Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil, walaupun sebelum ini kes itu telah dibuka semula namun hasil siasatan terkini mendapati kedua-dua Adun tersebut tidak bersalah di bawah undang-undang SPRM.

"Kami secara rasminya telah bersetuju untuk tutup kes kedua-dua Adun tersebut kerana mendapati mereka tidak bersalah atas dakwaan terhadap mereka berdua," katanya.

Sebelum ini, kenyataan media melaporkan Suhaimi dan Amirudin telah disiasat oleh SPRM berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.

Selain itu, Shuhaimi telah didakwa kononnya beliau terlibat dalam penyelewengan pasir bermula pada 23 Mei 2009 apabila Adun Sri Muda itu bertemu wakil syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Hotel Sunway, Seberang Prai. -SH


Ulasan GB

Apa yang GB ramalkan sebelum ini di SINI jadi kenyataan! Petikan:

Sekarang ini semacam wujud satu fenomena baru iaitu mewujudkan isu-isu lapuk untuk memburukkan imej kerajaan PR Selangor seperti siu pasir, isu gambar bogel Elizabeth Wong dan sebagainya menjelang PRU13 di dalam misi UMNO BN Tawan Selangor.

Mereka ketandusan isu, lantas cuba "menggilap" isu lama dengan harapan rakyat terpedaya.

Maka diperalatkan Pengarah Eksekutif NFCorp dan RPK yang sekarang ini tersepit dengan pelbagai skandal dan isu yang melanda mereka berdua.

Mengapa isu pasir dan Ariffahmi ditimbulkan? Kerana untuk memerangkap Pakatan Rakyat: jangan kecoh-kecohkan hal Shahrizat, kami juga boleh buka semula kes pasir dan lain-lain!

Hasilnya nanti ialah: Shahrizat akan diisytiharkan bersih dari penyelewengan, sekali dengan isu pasir dan Ariffahmi!

Hal yang sama pernah berlaku dimana dua kes ditutup serentak oleh SPRM dahulu untuk menyelamatkan Ketua Menteri Melaka dimana kes politik wang membabitkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam disekaliguskan dengan 7 kes lain dan salah satunya ialah kes lembu korban yang membabitkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun nyata Ali Rustam bersalah dan Tan Sri Khalid tidak berslaah, tetapi ia disekaliguskan untuk pastikan rakyat tidak "menyoal" mengapa Ali Rustam dilepaskan. SPRM akan menjawab: kami juga lepaskan MB Selangor!

Kes-kes lain yang ditutup termasuk siasatan terhadap timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Datuk T Murugiah; kes bekas speaker DUN Perak, V Sivakumar; kes bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin; kes dakwaan salahguna kuasa dan peruntukan ADUN Jawi Tan Beng Huat; kes ADUN Batu Tiga, Selangor Rodziah Ismail serta dua anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR yang didakwa cuba merasuah calon bebas DUN Penanti, Pulau Pinang Aminah Abdullah.

Kesemuanya disekaliguskan untuk menyelamatkan profail-profail BN.

Tetapi SPRM jawab: "Tengok, bukan saja pemimpin BN, tapi pemimpin PR pun dilepaskan sebab tiada kes!"

Demikianlah yang bakal berlaku untuk kes NFC.

Dan sebaik saja SPRM mengumumkan demikian nanti, maka pilihanraya pun dipanggil dengan harapan rakyat tidak lagi bersuara mengenai Shahrizat dan NFC.

Nak bersuara tentang Shahrizat, maka SPRM akan keluarkan sekali isu pasir dan Ariffahmi semula. Begitulah taktiknya, hasil baccan GB, dan sekalian orang yang mahu mengikuti kebenaran dan keadilan.

SPRM bijak bukan? Tapi mereka terlupa bahawa Allah Maha Bijaksana!


Kes pasir ADUN Sri Muda sudah dua kali dibuka dan dua kali ditutup. Tak mustahil akan dibuka semula apabila mereka ketiadaan modal lagi. Itulah yang berlaku ke atas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Skandal yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat terlalu kurang. Kalau ada ada pun kesnya lemah dan tiada bukti kukuh yang mereka ada melakukan penyelewengan. Oleh itu yang boleh dilakukan ialah penyegaransemula dan kitarsemula kes-kes lama.

SPRM sudah lama menjadi alat kepada UMNO BN. Sebelum ini di SINI GB pernah nyatakan, petikan:

Inilah yang dikehendaki sekarang iaitu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

SPRM? Sukar untuk kita letakkan harapan kerana sejarah sudah membuktikan bahawa SPRM itu tidak cekap dan tidak profesyenal contohnya di dalam kes Teoh Beng Hock. Malah mereka cuba melindungi pula perbuatan jahat pegawai-pegawai mereka. Ia akhirnya hanya terbongkar melalaui Suruhanjaya Siasatan DiRaja.


Demikianlah rencana mereka.

Dengar sini, GB ingin mengingatkan pihak-pihak yang terlibat, bahawa Allah sudah berfirman:


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merancangkannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi Sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPRM ni untuk org yang hilang kuasa, kakitangan kerajaan yg dah nak pencen, polis pangkat rendah dan ahli politi pembangkang. Itu pandangan rakyat biasa mcm saya.

Tanpa Nama berkata...

Hadenan abdul jalil tu abang shahrizat abdul jalil ke haa?

Tanpa Nama berkata...

Adil? Ganti kerajaan yang dah nak reput

Tanpa Nama berkata...

inilah SPRM=SURUHAN JAYA PENGGALAKAN
RASUAH MALAYSIA..KALAU MENTERI B ARUA
N GARA,B ANJINGAN NEGARA DAN B ANKRAP
N EGARA akan dipandang sebelah mata@
hukuman yg paling ringan..cth kes KHIR TOYOL..apa lagi kalau rakyat biasa curi seluar dalam coli kena 5-10tahun penjara.inilah politik HARAMJADAH UM NOO

Tanpa Nama berkata...

Biasanya fail siasatan (dokumen) yang berusia 15 tahun ke atas akan disimpan di Arkib Negara. Jadi bahan sejarah.