1 Jun 2012

[JAHANAM] Belanja Hari Belia RM20 juta. "K-Pop" Dibayar RM2.04 juta

Himpunan Belia: Kerajaan belanja RM20 juta?

KUALA LUMPUR 29 Mei: Kerajaan Umno BN didakwa berbelanja sebanyak RM20 juta bagi menjayakan Himpunan Jutaan Belia minggu lalu.

Menurut sumber yang enggan namanya didedahkan memberitahu, Kementerian Belia dan Sukan turut melantik sebuah syarikat baru yang dikhususkan untuk mengurus sepenuhnya program yang berlangsung sepanjang lima hari di Putrajaya itu.

“Saya dapat maklumat daripada orang dalam iaitu rakan saya yang bertugas dari Kementeria Belia dan Sukan sendiri memberitahu bahawa kerajaan telah berbelanja sebanyak RM20 juta untuk penganjuran Himpunan Belia di Putrajaya itu.

“Malah beliau turut memaklumkan kementerian juga melantik sebuah syarikat yang baru dua bulan ditubuhkan bagi mengendalikan pengurusan program tersebut,” kata pesara kakitangan kerajaan itu menghubungi pejabat Keadilan Daily, hari ini.

Berikutan itu, lelaki itu menuntut penyiasatan lanjut mengenai perbelanjaan kerajaan mengadakan himpunan itu.

“Saya minta perkara ini disiasat kerana sudah tentu kerajaan menggunakan duit rakyat untuk penganjuran program ini,” katanya.

Bertemakan ‘Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok’, 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan kerajaan lebih ghairah menghidangkan elemen hiburan berbanding kerohanian.

Aktiviti hiburan seperti tarian dan nyanyian juga bertentangan dengan konsep wasatiyyah yang dicanang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Adakah penganjuran seperti ini menjadi kebanggaan kerajaan walaupun Himpunan Jutaan Belia tahun ini ‘tercemar’ apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 pada Sabtu.

Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas sebelum melanggar penonton.

Mangsa kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut. -KD


PUTRAJAYA, 21 MEI 2012 - Bersempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 di Putrajaya, satu perjanjian telah di tandatangani antara Stadium First dengan Majlis Belia Malaysia ( MBM ) bagi menyemarakkan lagi acara yang bakal berlangsung di sepanjang tempoh 23 hingga 27 Mei ini.

Perjanjian ini antara lain bertujuan bagi menarik penglibatan artis dengan para belia pada himpunan belia itu nanti..

Majlis pemeterai perjanjian itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Antara artis yang hadir bagi memeriahkan majlis semalam ialah Fizo Omar, Akma AF, Farhan AF dan ramai lagi.

Penglibatan selebriti itu bakal menjadikan HBN kali ini lebih meriah dan mampu menarik lebih ramai belia untuk bersama-sama menjayakan program terbesar di negara ini.

Nampak tak dalam laporan kat atas tu? Ramai artis Malaysia yang diundang dan yang tak ada dalam laporan itu ialah dua kumpulan artis ‘K-Pop’ dari Korea turut diundang.. mungkin yang menulis laporan tu malas nak buat kerja kot pasal tu lah dia tak tulis..

Dua kumpulan ‘K-Pop’ yang diundang itu ialah Dal Shabet dan Teen Top.. ada satu blog pencacai UMNO kata menjemput mereka ini adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia oleh Kementerian Belia dan Sukan..

Begitu ramai artis Malaysia.. mereka dibayar RM1.8 Juta..

Tetapi untuk dua kumpulan dari Korea itu pula bayaran buat mereka adalah RM2.04 Juta…

Lihat jumlah sebenar tuntutan yang telah dibuat oleh Stadium First di bawah ini.. Nilainya RM15 Juta..




-darisungaiderhaka


11 ulasan:

Keadilan Hulu Langat berkata...

rujuk

http://kajang-news.blogspot.com/2012/05/hari-belia-negara-30-juta-akan.html

http://kajang-news.blogspot.com/2012/05/hari-belia-negara.html

Tanpa Nama berkata...

ya allah,engkau hapuskan segala kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku, turunkan petunjuk kepada mereka yang menganjurkan segala kemungkaran dan maksiat. Segala hasil dan keringat hamba mu yang miskin dan teranaiya yang ditindas oleh manusia yang berhati batu,dan tidak berhati perut ini,hancurkan fahaman umnonisme yang bertuhankan wang dan bertakhtakan kuasa. Kembalikan kuasa ini kepada yang mereka yang hak,yakni mereka yang menengakan agamamu,hukum dan kitabmu ya allah.engkau tutupkan mulut mereka serapat-rapatnya sebelum mereka berbicara seolah2 mereka tahu,walhal sebenarnya jelas mereka membelakangkan hukuMU,,turunkan peringatan secara jelas2 kpad ahli2 ulama mereka (yakni ulama bisu akhir zaman) menyedarkan mereka akan kemungkaran yang berlaku,sesungguhnya merekalah yang banyak membawa dan membinasa serta membisu hal2 kemaksiatan.jauhkan kami dari kelalaian dari segala mcm kemaksiat yang mereka anjurkan.jatuhkan mereka serenda-rendahnya agar mereka diberi petunjuk,,,amin amin amin ya rabalalaminnnnnnn.......

Reza berkata...

semoga blog sebegini dapat dibaca belia belia undi saluran ke 3. Saluran 1,2 susah nak terima fakta, dapat milo, gula dan beras sekampit dah memadai untuk pangkah golongan yang tak bersyukur dengan pemberian rakyat terhadap mereka....Teruskan berblog brader...Rakyat=kerajaan, kerajaan=rakyat. Tiada konsep terhutang budi, itu zaman feudal,

Asmah berkata...

Amin Ya Rabbal 'alamin...Ya Allah makbulkan lah doa di atas itu...

Tanpa Nama berkata...

Inilah melayu sepakat islam berdaulat. ingatkan murtad tu sbb org percaya nabi isa anak tuhan berlaku secara direct ke? Inilah faktor awal utk murtad kalau geng melayu sepakat nak faham.

Amuraria berkata...

bila sang penyamun & pengkhianat diberi kuasa pegang tambuk memeritah,khazanah negara disauk,faraid & punahkan sesuka hati ,lagi berat disogok hiburan melalaikan & mengasyikkan belia islam jadi lembu pawah ccuk hidung, meransang kearah munkar & menjauhi makruf ! ABU saja jawapan untuk rakyat Malaysia !

Tanpa Nama berkata...

Belia2 yg diasuh ole UMNOoooo mmg suka perkara2 tu.
Mak bapak depa pun kbnyakan klu konsert 60an siap pergi tu.
Sepatutnya dah tak perlu minat giler mcm masa muda2 dulu2, cukup2 le muda2 dulu pi berhempet tngok konsert, dah tua2 ni pi le surau/masjid , majlis ilmu ke.

What to expect from UMNO. Masih tak sedar ke?
Depa kata, negara aman, negara aman, banding Syria, Afrika tu.

Klu kita cakap, dakwah elok2, silap2 kita diboykotnya. Mereka kata, mereka pun faham quran.

JAKA berkata...

puak mungkar semakin akan terdedah diri mereka sendiri.

mereka cuba bermuka2 tetapi tgn2 mereka sendiri akan mendedahkan siapa diri mereka.

begitulah simboliknya apabila anggota2 badan akan bercakap benar di depan Tuhan nnti.

bukan mereka tk tahu semua itu akan menjadi kemarahan rakyat tetapi demi nafsu mereka buat juga.

bukan firaun tak tau Musa as belah laut dan bahaya kalau dia ikut memburu Musa as dgn masuk laut itu, tetapi demi ego, demi nafsu...mereka teruskan jg.

1 Malaysia berkata...

HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH, .... SUNGGUH.
HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH .... SUNGGUH.
HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH, .... SUNGGUH.
Setan, Persetan, ......
AKU berdoa pada mu, Ya Allah swt. Jangan Kau lindungi puak ni dan kalau boleh, aibkan mereka di dunia dan juga di akhirat. Masukkanlah dan humbankanlah depa ke neraka jahanam Mu.
HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH, .... SUNGGUH.
HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH, .... SUNGGUH.
HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH, .... SUNGGUH.

hairan berkata...

dia orang dulik apa!
bukan guan duit bapak dia orang! guna duit rakyat gak!

islam cara umno... maksiat dihalalkan...

tertunggu2 gak suara mufti2 dan ulama muda umno utk beri fatwa meghalalkan k-pop dan bercampur lelaki fomfuan! Bengap kan! orang nak bagi ceramah kat masjid diharamkan tapi maksiat disenypakan! MUFTI AKHIR ZAMAN!!

sedih......

abuamir berkata...

Mana pergi hassan aqidah? mufti2 semua buat apa? konsert k-pop itu harus, halal atau haram? atau halam............ ulama terompah kayu.