23 Jun 2012

Dah Dasar Hidupnya Menipu, Dapat Bakal Menantu Pun Seorang Penipu, Fair & Square

Kes bakal menantu: Tak mustahil Najib pun boleh ditipu – Srikandi

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Jika Daniyar Nazabayez boleh menipu bapa tirinya sendiri, tidak mustahil beliau juga boleh menipu bakal bapa mertuanya iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Peringatan itu diberikan Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail mengulas mengenai bakal menantu Najib yang banyak terlibat dalam banyak kes penipuan dan jenayah.

“Takkan Najib ingin bermenantukan seorang penjenayah? Kalau bapa tirinya senidiri boleh ditipu, tak mustahil Najib pun boleh ditipu. Ini dah macam penipu (Daniyar) menipu penyamun (Najib),” katanya.

Justeru beliau mendesak Najib menyatakan pendirian terhadap status pertunangan anak perempuannya kerana ia melibatkan maruah negara dan imej Perdana Menteri sendiri.

Portal New York Post minggu lalu mendedahkan Daniyar, 24, menipu bapa tirinya Bolat Nazarbayez, seunit kondominium bernilai USD20 juta (RM60 juta).

Daniyar turut memalsukan dokumen kelulusan hingga membolehkannya belajar di Universiti Columbia iaitu tempat beliau berkenalan dengan Noryana Najwa.

Portal itu turut melaporkan ibu Daniyar, Maira Nazarbayez dikehendaki pihak berkuasa dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Aishah berkata, penipuan dilakukan Daniyar bukan perkara remeh kerana ia melibatkan nilai yang besar dan menjadi buah mulut masyarakat dunia.

Lebih memalukan katanya, Najib juga dikaitkan dengan skandal Scoorpene dan pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shariibu yang kini turut menjadi perhatian antarabangsa. -KD

Ulasan GB

Itulah hukum kebenaran dan keadilan. Tuhan mempertemukan dua keluarga dari satu jenis perangai yang serupa. Walau pun jauh beribu batu, tidak sukar bagi Tuhan untuk mendekatkan mereka.

Tahniah dari rakyat Malaysia.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

elok laa.ni baru dikatakan buku bertemu ruas..

Tanpa Nama berkata...

Kalau si isteri pulak di latih menipu dan bila dah khatam mesti test kat kedua2 orang tua nya dulu... adui malang rakyat mesia, habis la kiter..

Tanpa Nama berkata...

Aku sangat2 suka kalau najib/rosmah kena tipu.

Padan muka kau.

Aku betul2 suka.

Amuraria berkata...

orang baik-baik akan bertemu orang baik-baik,orang tak baik akan bertemu orang yang tak baik-baik ! kata orang tua-tua baik-baik ;)

hj bakhil berkata...

padan muka kau setaaaannn

Basteng berkata...

inilah sunatullah.... kita buat baik walaupun sebesar zarah, maka Allah akan menilainya..apatah lg jika kita berbuat kejahatan walaupun sebesar zarah, pastinya Allah s.w.t akan menghitungnya..dah dasar penyamun & guna duit rakyat ikut sedap hati dia saja..maka Allah utuskan bakal menantu kepala penyangak! hukum karma!

matnuar berkata...

hehhee...biar die rasa...kite tgk mcm mner...kalau dia jatuh...insyaALLAH kita selamat...mmg dasar muke penipu..

Tanpa Nama berkata...

Matching gitu...

ckdin berkata...

jangan doa nanati duit rakyat habis...biarkan dia ...dengan bakalmenantunya....yang penting PRU 13....akan menentu nasib..mereka..

Tanpa Nama berkata...

Kedua2 pihak ada misi yang bertentangan. Menantu misi nak rompak Malaysia, mertua nak rompak Kazakhstan