23 Jun 2012

Kisah Seorang Wanita Tua Dengan Seekor Kucing Di Tanah Suci Mekah

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..


Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

WallahuA'lam


Artikel berkaitan
klik untuk baca





10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itulah sucinya kucing.
ada juga manusia tak
berhati perut menyanyai kucing.
curi ikan (lauk) potong tangan dan kaki.
gua ada 31 ekor kucing.
kadang2 bermasam muka
dengan jiran sebelah menyebelah.
tapi gua buat don't know aje.
kalau kita tak pelihara, siapa lagi.
mereka tu bukan pandai
cari makan sendiri.
ramai yang tak sedar,
sebenarnya pelihara kucing,
memurahkan rezeki
dan menjauhkan penyakit.
doa kucing sangat makbul.
insyaalah.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun ade le sikit2 bela kucing, beri & layan kucing makan minum mana yg aku mampu.

Tapi kan, aku perhatikan kbnyakan kucing2 betina lebih disiplin drp jantan esp bab kencing.

Kat tayar kete aku tu bau hancing . Tapi aku sabor aje le, so far tak le aku cederakan, berleter ade le..

Tapi kan, bela & layan kucing2 ni, bole buat kita sabar insyaAllah.

Yong berkata...

Yong ada 6 ekor kucing. tapi yang datang buat rumah macan restoran foc entah berapa ekor.

Yang tak seronoknya demer berkelahi. Kucing rumah tak bagi kucing luar datang tumpang makan.

Tanpa Nama berkata...

Yong,
Kena ajo kucing2 belaan tu bermasyarakat & bercampor.. tapi kan, kucing belaan biasanya lebih berdisiplin, tu yg depa menyampah nak campor yg x berdisplin, klu boleh diajar tak pe le, ni tak... takut2 yg dah elok2 berdisplin, terpengaruh yg tak disiplin lak.

Parah, parah.. hehhe.. maaf yong, bergurau aje

Tanpa Nama berkata...

rumah saya kalau ada kucing liar datang belakang umah,
ktorg bagi je makan.
tapi bila bagi kat sekor, makin banyak la datang..
bila dah banyak, ada pulak si kafir laknatullah ni racun kucing2 ni..
tau2 aje kembung dah dalam longkang.
kucing rumah 2 beradik pernah sawan then mati.
veterinar sendiri kata diracun..

matnuar berkata...

Amin...insyaALLAH,mudah2an beliau mendapat haji yg mbrur...mari kte pakat doakan same2 kebahagian seorg wanita tua/wrga emas dan ibrtkn seperti ibu kiter....siapa lg kalau bukn kiter...ank2 beliau buat ap...xde k?
teruskan usaha mkcik agr diberkati dan dimurhkan rezeki.

Zee berkata...

Terharu sangat2;(

Zee berkata...

Tak sangka ada orang sanggup buat macam tu..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Moga ramai lagi insan yang berhati mulia yang membela nasib kucing. Kat rumah saya juga banyak kucing. Kesemuanya adalah kucing terbiar yang saya bela.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Moga ramai lagi insan yang berhati mulia yang membela nasib kucing. Kat rumah saya juga banyak kucing. Kesemuanya adalah kucing terbiar yang saya bela.