22 Mei 2012

[TERKINI] Mahkamah Tetapkan 2 Julai Perbicaraan Anwar, Azmin & CheguBard -updated

Mahkamah Majistret Kuala Kumpur di Jalan Duta sebentar tadi telah menetapkan 2 Julai 2012 tarikh perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dan hakim Mahkamah Sesyen, Mahmud Abdullah bersetuju bahawa ikat jamin sebanyak RM 500 dikenakan kepada tiap-tiap seorang bagi pertuduhan pertama iaitu melanggar perintah majsitret hadir dan berhimpun semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang dikeluarkan pada 26 April 2012.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan, ketiga-tiga mereka dibenarkan ikat jamin persendirian.

Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertindak sebagai peguambela Anwar.

Turut mewakili Anwar adalah ahli parlimen Jelutong, Karpal Singh.

Sementara Azmin diwakili oleh ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah manakala Latheefa Koya mewakili CheguBard.

Anwar bersama dengan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9 pagi.

Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut.

Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.



Bersih 3.0: Anwar Didakwa

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa didakwa atas kesalahan terbabit dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Mahkamah Sesyen di sini membebaskan Anwar dengan ikat jamin RM500 selepas beliau mengaku tidak bersalah.

Anwar mohon dibicarakan sambil menyifatkan dakwaan berkenaan dibuat atas dasar politik.

Sebutan semula kes berkenaan pada 2 Julai depan.
-mstar


Tindakan dakwa Anwar, 2 lain motif politik

SHAH ALAM - PKR menyifatkan tindakan kerajaan mendakwa tiga pemimpin parti itu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara pagi ini sebagai satu tindakan terdesak yang bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selain Ketua Umum PKR itu, dua lagi akan didakwa di Mahkamah Majistret ialah Timbalan Presidennya, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin.

"Peguam Negara sekali lagi bertindak atas perintah Barisan Nasional. Selepas gagal dalam usaha menghalang Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwat, mereka cuba sekali lagi," kata anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, R. Sivarasa dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga pemimpin itu menerima notis saman agar hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur berhubung perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Mereka akan dikenakan tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"(Nampaknya) sesuatu ketara apabila pendakwaan pertama di bawah Akta Perhimpunan Aman dituju ke atas Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang.

"Jadi, dakwaan terbaru ini yang bermotifkan politik sangat jelas," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Subang dan seorang peguam.

Malah kata beliau, tindakan terbaru ini juga usaha pihak kerajaan untuk menghalang misi Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putarajaya dalam PRU13.

"PKR memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pendakwaan ini sekali lagi memperlekehkan dakwaan beliau bahawa mahu menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik di dunia (dengan mengadakan Akta Perhimpunan Aman).

"Kami akan menggerakkan rakyat Malaysia untuk membantah penyalahgunaan yang ketara dan manipulasi institusi-institusi kita," katanya lagi.
-SH


Media antarabangsa, penyokong penuhi kompleks Mahkamah

KUALA LUMPUR 22 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Mahkamah Jalan Duta dekat sini kira-kira jam 9.10 minit pagi tadi.

Kehadiran disusuli Timbalan Presiden, Azmin Ali juga ditemani isteri beliau, Shamsida Taharin yang berpakaian sedondon kuning dan diikuti Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Mereka disambut laungan ‘reformasi’ oleh ratusan penyokong yang menunggu sejak awal pagi tadi.

Berpuluh-puluh media tempatan dan antarabangsa memenuhi perkarangan kompleks mahkamah untuk membuat liputan.

Antara pimpinan yang hadir, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Datuk Chua Jui Meng; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri dan Ahli Parlimen Kuala Kerai, Dr Hatta Ramli

Ketiga-tiga pimpinan KEADILAN itu menerima writ saman untuk ke Mahkamah Tinggi hari ini pada petang semalam.

Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3.00 petang pada 28 April lalu.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut.

Difahamkan jika sabit kesalahan, ketiga-tiga pimpinan KEADILAN itu akan hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
-KD



PELIK TAPI BENAR


Yusof: Bukan peribadi dengan AG

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah, bekas peguam cara negara II Mohd Yusof Zainal Abiden juga mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam perbicaraan 'liwat' II.

Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara.

Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.

"Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya.

"Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari. -mk


Tuduhan bermotif politik, Anwar minta dibicara

KUALA LUMPUR 22 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendakwaan ke atasnya di bawah Akta Perhimpunan Aman bermotif politik.

“Pertuduhan bertujuan politik dan saya minta dibicarakan,” kata Anwar selepas pertuduhan dibacakan.

Beliau berkata demikian di hadapan Hakim Mahmud Abdullah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi tadi.

Bekas peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden merupakan ketua pasukan pendakwa dalam kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini.

Namun, hari ini, beliau bersama peguam kanan, Karpal Singh dalam pasukan peguambela ketua pembangkang itu.


Mohd Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes Fitnah II tersebut. -KD


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Awat dak dakwa kesemua pendemo 250,000 orang yang hadir aritu.....lakonan UMNO semakin menjijikkan....Dato'Lee Hwa Beng dari MCA, Datin Paduka Marina Mahathir pun hadir sama....nape pilih2 bulu aku tak faham betul yang aku faham sekarang ini ialah ABU!!!!!!!!!

Asmah berkata...

Benar..kenapa tak dakwa sekali yg 250,000 yg lain termasuk nama2 yg terkenal tu, tok2 guru, kanak2 dan org tua2, oku2...dll..memang tujuan nya berbau busuk..Mereka lupa Allah SWT bersama2 org2 yg di zalimi...

Tanpa Nama berkata...

Yang dia berani dengan DSAI... cuba sentuh TGHA ke TGNA.. bukan 250,000 yang akan hadir ke mahkamah 25 juta akan gegar....

Tanpa Nama berkata...

Lawan... Tetappp Lawan. Selagi hayat dikandung badan. Segala ujian2 yg dilalui tu akan mendapat ganjaran yg tak terhingga drpd ALLAH SWT. Harap jadi org2 yg bersabar dan sentiasa redha dgn ketentuan ALLAH TAALA...
Dunia ni hanya SEMENTARA aje... Tak lama lagi dunia dah nak kiamat. Lagi lebih kurang 20 thn lagi, tanda2 besar hari kiamat akan bermula...
wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Kalau semua peserta Bersih 3 didakwa di mahkamah kangaroo meisia, alamak...aku pun kena didakwa juga