22 Mei 2012

Rais & BERNAMA Kata Peserta Perhimpunan BERSIH 3.0 Cuma 22,270 Orang - Ulasan GB

Rais: Hanya 22,270 sertai Bersih 3.0

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini.

Beliau berkata, rumusan tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.

"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.

"Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: "Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis.

"Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya selepas merasmikan kursus asas mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno di sini.

Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya.

"Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar.

"Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR," katanya.

Ditanya adakah jumlah itu merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata, junmlah yang dicapai Bernama adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC.

Rais berkata, beliau tidak keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa akan datang.

"Saya ingin mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin," kata beliau. - Bernama

Ulasan GB

Menteri UMNO/BN bersama-sama agensi berita pencacai BERNAMA masih lagi di dalam sindrom penafian dan penipuan apabila memberikan angka rasmi peserta perhimpunan BERSIH 3.0 sekitar 22, 270 orang.

Bagi mereka yang mengikut perkembangan berita-berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA mengenai kehadiran orangramai terhadap acara-acara yang duisertai Pakatan Rakyat biasanya akan disusutkan dengan membahagikan angka itu dengan 10, iaitu jika yang hadir 200,000 maka dikhabarkan hanya 20,000 dan jika yang hadir di dalam mana-mana program anjuran PR seperti ceramah itu mencecah 50,000 maka ditulisnya 5,000. Jika 3000 maka ditulisnya hanya 300 orang.

Contoh semasa perhimpunan BERSIH 1.0 dahulu, BERNAMA tanpa segan silu menyatakan kehadirannya cuma 4,000 orang!

Aneh! BERNAMA kata hanya 4 ribu sahaja....

Memang telah menjadi dasar berita BERNAMA selama ini, untuk membelitkan apa juga laporan yang tidak menyenangkan kerajaan BN/UMNO.

Di dalam berita yang diterbitkan oleh BERNAMA dan disiarkan oleh MSTAR dikatakan:

"Bagaimanapun, hanya beberapa ribu orang sahaja menyertai perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) itu yang sebelum ini merancang menghimpunkan seramai 100,000 orang."

Di dalam satu berita lain pula BERNAMA menyatakan:

Sekitar 4,000 orang telah berhimpun secara haram di sekitar perkarangan Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek hari ini dan polis telah menahan 245 orang.

Bukankah itu melucukan sedang dunia menyaksikan puluhan ribu manusia (laporan AFP meyatakan 30 ribu sementara BERSIH Malaysiakini dan lain-lain pertubuhan menyatakan 40 ribu) yang berhimpun di perkarangan Istana Negara, belum lagi dicampur yang masih dalam perjalanan dari tempat berhimpun masing-masing?

Jika di Dataran Merdeka sememangnya kosong, bukan kata 4 ribu, seorang pun tidak ada, tempat yang sepatutnya Perhimpunan Aman itu diadakan. Tetapi malang, peserta perhimpunan dihalang dari memasuki kawasan Dataran merdeka, justeru itu peserta 100,000 orang itu terpaksa berpecah di empat tempat yang berlainan iaitu Sogo, Masjid India, Masjid Negara dan Pasar Seni.

Jika tidak kerana kawalan ketat polis di ibu negara sudah tentu lebih ramai wargakota dan rakyat Malaysia amnya menyertai perhimpunan hari ini...
-Greenboc [10/11/2007]


Tetapi mana-mana program anjuran UMNO BN, maka angka sebenar akan didarabkan dengan 10. Misalnya jika kehadiran itu 8,000 ditulisnya 80,000. Di Gua Musang baru-baru ini, program Najib yang disertai 3,000 orang ditulisnya 30,000 dan apa juga program NGO yang sehaluan dengan UMNO BN seperti JATI juga demikian, 800 akan ditulisnya 8,000. Jika ada NGO sedemikian buat demo yang dihadiri 20 orang maka akan ditulisnya 200 orang.

Hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditipu. Sungguh bebal BERNAMA ini. Mengubah angka semata-mata nak "gah"kan UMNO BN dan merendahkan PR.

Bagaimana pula laporan BBC yang melaporkan hanya 25,000 orang? Wartawan berkenaan membuat liputan dari satu tempat, bukannya keseluruhan, mungkin hanya di perkarangan Masjid Negara atau Petaling Street di mana wartawan itu berada. Jika demikian memang hanya 25,00 orang. Dan jika 1 tempat 25,000 kalau 5-6 tempat jumlahnya berapa?

Najib sedar beliau sendiri mendapat maklumat palsu oleh agensi berita dan para menterinya ini. Najib sendiri pernah membuat pengakuan belia di"kencing" dengan berita-berita palsu ini:

'Syok sendiri' antara punca BN tewas di S'gor

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menempelak pemimpin tertentu dalam parti itu yang masih menjalankan program "syok sendiri" dan memberi laporan tidak tepat berhubung sokongan masyarakat akar umbi.

Katanya, anggota parti itu sepatutnya sedar bahawa tindakan seperti itulah yang menyebabkan BN kehilangan Selangor dalam pilihan raya 2008.

Tambahnya, pemimpin berkenaan hanya "menipu diri sendiri" sekiranya melaporkan bahawa program yang diadakan itu merupakan satu kejayaan.

Walhal ia hanya dihadiri oleh 300 orang di kalangan mereka sendiri, katanya ketika bercakap kepada kira-kira 3,000 orang yang hadir dalam konvensyen BN Selangor di Shah Alam hari ini.

"Jangan hantar laporan, 300 orang berhimpun, berjaya. Siapa 300 orang itu?



Justeru itu untuk mendapat angka sebenar jumlah orang yang menyertai sesuatu program, maka jika program itu ada kaitan dengan UMNO BN, maka jumlah yang dilaporkan oleh BERNAMA itu anda bahagikan dengan 10 manakala jika ianya program PR makan anda darabkan dengan 10. Itu realitinya.

Rumusan: Jika BERNAMA tulis peserta perhimpunan BERSIH itu 22,270 maka realitinya ialah 222,700 orang!

11 ulasan:

putra JB berkata...

Hahaha...UMNGOK cuma pandai ilmu Hisap menghisp saja, sebab tu semua ahlinya tak tau mengira sebab matematik fail.

Kalau lepas campur tolak, lepas pusing kiri & pusing kanan, baru-baru ni buat sambutan ulang tahun UMNO(B) yang ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Mahadet, maka dapatlah jawapan 66tahun.....UMNO(B)= UMNO(Bangang)...hahahaha

tanda soal berkata...

macamana la dia ni boleh jadi menteri? bodoh lebih dari lembu yg paling bodoh di dunia...

Tanpa Nama berkata...

Rais mmg begok....budak tahun 6 pun bolih conggak berapa yg hadir dol?..goblok punya anak c yatim....

Tanpa Nama berkata...

Sungguh bodoh menteri ini...

Abdul Atan berkata...

jgn lupa himpunan raksasa umngok yg lepas..media umngok habaq 120,000 yg hadir...Klu ikut teori bahdi 10..kira baru 12,000 la..kah kah kah..tu pon jenuh dok agkut naik bas dari seluruh pelusuk negara..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

dia kata BBC kata 25k... cer flood BBC tanya betul ke derang pun buat kira-kira bodoh jugak?? memalukan sebuah agensi berita antarabangsa bodoh macam berita bawah tempurung dirantai orang...

lenkali cer ludah muka sorang sekali, tengok wartawan dia leh kira tak berapa banyak ludah...

Tanpa Nama berkata...

BERNAMA dan media pencacai UMNO ingat rakyat sekarang boleh diperbodohkan macam dulu2.

Mereka ketinggalan dan terlupa bahawa skrg maklumat berada di hujung jari.

Zaman 70an bolehlah tipu rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Pantun yang sesuai untuk UMNO/BN:
Siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama jadi menteri.

Tanpa Nama berkata...

KESIAN... Tengok menteri2 lembu UMporNO yg tak pas metemetik... Jgn di layan menteri lembu yg dah nyanyok tu. KIra jumlah org pon tak pandai. Memang BODOH GILA.
Kesian... Kesian... Lebih baik suruh bini pak raisyatin tu tutup aurat. Jgn dok tayang rambut colour tuuu...
KUBUR dah memanggil-manggil... Payah nak jawab soalan dlm kuburrr.

Tanpa Nama berkata...

Rais..oh rais..kenapa la ko ni bodoh sgt ni...apa la punya menteri BN ni..bodo mcm lembu...MENTERI2 UMNO MEMANG LEMBU PUN....HAHAHAHAHA...

Tanpa Nama berkata...

ya...betul...
Peserta BERSIH cuma 2,270 orang jer...
Polis plak 20,000 org.
"Datuk" Rais patut bagi statement mcm ni..
Kan ker polis nak kena jaga keselamatan peserta ngan orang ramai...
Kalau nak menipu pun..biar kaw kaw punyer...baru ada 'akai'...